Followers

Cerita Raya Aku...



Assalamualaikum...


semoga belum terlambat nak wish SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA KEPADA SELURUH MUSLIMIN DAN MUSLIMAT DI DUNIA.... bagus sangat kau sha, dah berhabuk bersawang blog ni plus perut berlapis-lapis makan rendang baru nak wish Selamat Hari Raya kan... :)  belum lambat lagi kan kan kan?? =D




raya haji tahun ni 'paling bermakna' sangat sangat dalam hidup aku...  huh!!  memang bermakna raya apabila masa dihabiskan dengan tidur sampai pukul 4 petang dan bangun-bangun tidur semua orang dah bersiap nak balik kampung.. 



maka bermula la satu kisah perjalanan yang berliku-liku untuk pulang ke kampung halaman yang dah dua tahun tak balik...  kisah diteruskan dengan makan jem sampai kenyang dekat highway dan brek kereta pulak tak makan....  so, naik kereta pun dah macam naik roller coaster bila ayah asyik tekan brek je nak test ok lagi ke tak....  


dan bertambah perfect kisahnya bila dah sampai depan pagar rumah Opah dekat Slim River, tak ada orang pun dekat rumah, semua dah balik Ipoh termasuk la Opah sekali...  how fantastic my raya life kalau setiap kali raya macam ni... =____=



raya kedua tahun ni semua sedara sepupu sepapat berlipat-lipat berkumpul dekat rumah Mak Uda sebab anak dia nak dirisik eh bertunang... maka bila segerombolan manusia dah berkumpul, banyak jugak la ketupat yang berjaya dihasilkan...  kalau bukak kedai jual ketupat, sebulan jugak la baru boleh habis orang beli...  hihi...  0ps!!  ingat pesan mak, tulis blog jangan mengumpat orang...  sorry mom, tersengaja....  h0h0





2 comments:

Dikbi Kamaruddin said...

jalan jem teruk... 3 jam perjalanan jadik 7 jam...huhu

kura said...

selamat rayo! :P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...