Followers

Haruslah kopak tabung...



Assalamualaikum....



kasut oh kasut...  semenjak aku masuk UKM ni 2 tahun lepas, kasut yang aku pakai cepat je rosak...  kasut sandle, kasut sarung n lain- lain kasut, mesti nak jadi lidah buaya la, putus la, terkopak la beserta ter ter yang lain...  setiap sem mesti kena tukar kasut dan apabila tukar kasut, purse pun bersedia la nak terkopak sama...  



untuk sem ni, baru masuk minggu ke-6, sandle yang aku pakai hari-hari pergi kuliah dah mula menunjukkan tanda-tanda nak murtad kepada tuannya....  dan itu juga memberi petunjuk untuk aku mengeluarkan zarah-zarah kepingan not not kertas yang ada untuk dihabiskan...  




oleh sebab itu, pagi tadi diriku telah dibawa oleh ktm ke The Mines untuk menghabiskan zarah-zarah duit yang ada bagi membeli sepasang kasut...   bagi student sengkek yang selalu pakai kasut cap pasar malam macam aku ni, harga kasut-kasut dekat The Mines sangat la membuntangkan mata dan mentepukan pemikiranku...  harga nya boleh bagi aku makan Snake Plate KFC 5 set okeii...  



tapi oleh sebab esok dah kena pergi fieldwork kat Cameron takkan la aku nak pakai selipar toilet je pergi sana kan? mesti la nak eksyen bajet gadis korea sikit.... terpaksa jugak la mengkopakkan segala tabung yang ada...huhu!!




kasut esarli yang less 50% je yang termampu...  yang mahal-mahal kena tunggu prince arab mai masuk meminang dulu... tapi dalam nak kopak-kopak tabung tu bole pulak 'ter'sambar beg satu...  nak buat macam mana dah beg tu pandai sangat menggoda...  siap lambai-lambai tangan lagi, sapa tak terpikat kan...  hihi...





ayat dalam hati cakap ' takpe, raya korban nanti boleh kutip duit raya banyak-banyak isi tabung balik'   haha....  ^_____^






2 comments:

aiNa yaZiD said...

Bdw, bag tu memg mnggoda. hehehe Kiut je! The Mines skrg mmg tgh sale. Saja je kan nk suruh student perabih duit. Hari tu pn aiNa da grab sepasang kasut dkt Lee Sandee. grrrr..... ^^

aisya said...

miss purple harus dgn beg warna purple tau.. hehe..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...