Followers

Aku pun tumpang bangga



Assalamualaikum..


BANGI: Tiga sahabat baik penuntut Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), di sini, mungkin layak digelar graduan 1Malaysia apabila masing-masing berketurunan Melayu, Cina dan Sikh berjaya menamatkan pengajian peringkat sarjana di universiti itu semalam.

Mengaku bersahabat baik sejak lima tahun lalu, Mohd Faradi Mohamed Ghazali, 26, Terry Woo Kit Wan, 25, dan Jasminderjit Kaur Shabay Singh, 25, adalah antara 900 pelajar peringkat sarjana yang menerima skrol dalam istiadat konvokesyen UKM ke-40, di sini, semalam.

Menurut Faradi, dia gembira kerana berjaya menamatkan pengajian selama lima tahun bermula di peringkat sarjana muda pada 2007 sehinggalah tamat sarjana bersama dua lagi sahabatnya itu.
“Kami berkenalan pada minggu orientasi semasa mula-mula memasuki universiti dan terus berkawan rapat sampai sekarang walaupun mengambil kursus yang berlainan,” katanya.

Faradi yang berasal dari Kuala Terengganu menamatkan Sarjana Sastera (Kesusasteraan Melayu) dengan memperoleh jumlah nilai purata gred (CGPA) 3.57.

Perasaan sama turut dikongsi Terry yang berasa bertuah kerana dapat menyelami budaya hidup masyarakat Melayu dan Sikh apabila turut bergaul dengan keluarga dua sahabat baiknya itu.
“Sepanjang belajar di sini, kami tidak dilihat sebagai individu yang berlainan kaum,” kata graduan Sarjana Sains Sosial (Linguistik) itu yang memperoleh CGPA 3.67.

Bagi graduan Sarjana Ekonomi Kewangan, Jasminderjit, dia sudah lali menjadi perhatian apabila mereka bertiga keluar bersama.



sedutan paper Harian Metro semalam....







kenapa aku sebuk sangat post pasal berita ni??  sebabnya mereka mereka dan mereka ni adalah felo kolej aku...  and aku kenal sangat la mereka mereka dan mereka ni...  hihi...  mesti la tumpang bangga kan orang yang kita kenal masuk paper....  haha...  



diorang bertiga ni memang rapat pun...  bukan diorang bertiga je, semua felo-felo kolej aku memang rapat... tapi Kak Min dengan Kak Terry ni memang sangat rapat walaupun berbeza agama dan kepercayaan... best kan kalau rakyat Malaysia semua macam ni.... ??



tapi diorang ni pun suka gaduh-gaduh manja...  kadang-kadang kita pun gelak tengok perangai diorang... tapi aku bangga dapat felo 1 Malaysia macam ni...  :)




4 comments:

Dikbee said...

glemernyer...siap masuk paper lagi.

Cikrosecute said...

seronoknya...bertuah dorang..

Unknown said...

yg indian tu selalu nmpak.. hehe.. yg dua org tu maybe ada lah terserempak tu.. hehe.. tahniah buat mereka bertiga.. :)

IntaNBerliaN said...

a'aa kalau org yg kita kenal msk paper mmg rasa bangga n teruja kan.. hihii

*yap, sy duk kat chemor perak... seri desa tnh hitam :-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...