Followers

Syaiton Jangan Kacau Azam Aku!



Assalamualaikum...



sejak balik dari kampung semalam, niat di hati yang tulus mulus ni nak buat azam baru.  tiba-tiba terasa diri makin pemalas ya rabbi sampai esaimen yang lecturer bagi masa first day masuk sem hari tu pun tak sentuh lagi.


sebulan sebelum masuk sem baru hari tu kemain lagi niat beserta semangat yang jitu alim suci bersih konon sem ni nak buat yang terbaik cemerlang gemilang terbilang bagai. masuk first week niat masih suci walaupun dah mula menampakkan tanda-tanda murtad di situ.


kusangkakan panas sampai ke petang, masuk je 2nd week naluri dah mula menunjukkan tanda-tanda berbisik 'takpe, banyak lagi masa nak buat esaimen tu. lambat lagi nak kena hantar. hapdate je blog banyak-banyak, tak payah nak rajin sangat buat esaimen awal-awal'  dan beginilah akhirnya apabila syaiton telah memasuki fikiran manusia.


orang lain buat azam awal-awal tahun, aku pulak dah hujung bulan sepuluh baru terkedek-kedek nak pasang azam gantung dekat leher tulis 'aku nak mulakan hidup baru bersama yang tersayang'.  ehh!


sempena bulan mulia lepas raya haji ni,  aku dah set impian dan harapan setinggi gunung everest tak nak tidur lepas subuh dah.  sebelum-sebelum ni bangun solat subuh lepas lipat je telekung terus menggelupur atas katil lepas 2 saat dah sampai korea jumpa nichkun.



dengan azam baru ni nak bangun-bangun lepas solat subuh pergi turun naik tangga tingkat tiga tujuhpluhpatlima kali dengan harapan seminggu kemudian perut yang buncit jadi kempis seperti papan lapis playwood.


lepas excersize duaplohpat saat blogwalking sampai lebam pastu dah penat tidur balik. haha. boleh ke macam tu? sama jugak keje tak jalan jugak.  NO! tingkatkan keazaman. mari kita beresaimen sampai lebam.   Zzzzzzz~



1 comment:

Noor Atikah Ramli said...

azam yg baik.insyaallah azam tu akan dipermudahkan :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...