Followers

Trip To USS Singapore


Pejam celik pejam celik, dah masuk bulan Mac dah. Dah setahun ulangtahun aku menjejakkan kaki ke USS Singapore. So hari ni aku nak tulis pasal trip ke Singapore dulu. A year ago.

Trip kitorang satu bas dari UKM ke Singapore. Kami bertolak hari sabtu dan tidur di Johor Bahru. Pagi ahad baru bertolak ke USS. Dari hotel ke USS dalam satu jam lebih, termasuk berhenti untuk cop pasport kat sempadan Malaysia-Singapore. 

Kami pergi hari ahad yang bukan cuti sekolah, so tak jem sangat kat sempadan. Bas just drop sekejap untuk kita turun cop pasport dan teruskan perjalanan. It's easy sebenarnya nak pergi Singapore. Dan dari sempadan ke USS pun kejap je. 


Ni trip paling best bagi aku, sebab bersama geng-geng felo yang sporting. Dalam group felo ni, diorang yang lain semua dah pernah pergi USS, aku seorang je yang baru first time. So, diorang yang bawak aku round-round satu USS dan suggest mana yang best.



Tempat wajib bergambar sebagai bukti dah sampai USS.

Masuk je USS, semua dah aim nak main apa. Yang paling best semestinya Transformer dan Mummy. Masa kami pergi ni Roller Coaster tutup, so tak dapat merasa naik. 



Apa yang aku suka kat sini, sebab it's like we enter a new dimension. Dunia yang penuh fantasi. 


Tengok cerita Donkey 4D kat Far Far Away pun best. Real je kena hingus donkey bersin  -,-'

Sekali dengan tiket masuk, aku dapat baucer makan 5 USD. Tapi nasib baik aku bawak duit 10 USD sebabnya baucer makan memang tak cukup. Harga makanan memang lebih 5 USD, tak masuk air lagi. 


Kami makan kat Malaysian Food Street betul-betul di luar pintu masuk USS. Lepas makan boleh masuk balik tapi jangan hilangkan gelang.


Ni suasana dalam Malaysian Food Street. Macam suasana Chinese or Baba dan Nyonya. Ada banyak kedai makan. Tapi kena pilih betul-betul sebab ada yang tak halal.


Sebab tak cukup duit, kena la tong-tong duit lebih sorang sikit untuk beli air. Dah kalah orang miskin merempat. Masa ni la baru rasa teruknya kalau tak ada duit. 

Tips yang paling penting kalau pergi sini, wajib bawak air mineral. Memang akan haus sebab berjalan. Kalau nak beli,kat dalam ni ada jual. But mineral water in Singapore is very expensive. Better bawak je dalam beg.

Puas la main semua game walaupun ada yang kena beratur panjang. Transformer masuk dua kali, kali kedua guna fast track. Keluar-keluar cari toilet dan muntah. -,-'

Masa mula-mula balik dari USS hari tu aku rasa biasa je. Environment macam kat Lost World of Tambun je. But now, I miss USS. 


Luahan Seorang Anak Berkerjaya



My mom ada impian. Dia nak ada rumah besar yang bila anak-anak dia dah kahwin, semua boleh duduk sekali satu rumah. Harapan dia semoga semua anak-anak dia tak payah duduk jauh dan semua boleh tinggal dengan dia.

Rasanya setiap ibu mesti ada impian macam ni kan. Tak nak berpisah dengan anak-anak??

My sibling and me sangat rapat dengan mak. Masa kecil dulu, bangun pagi je cari mak dulu. Mak pergi mana semua nak ikut. Setiap benda semua nak cerita dekat mak. My mom memang bestfriend anak-anak dia. 

Bila masuk sekolah menengah dan U, semua duduk asrama tinggal yang bongsu je. Sejak my younger sister habis sekolah dan sambung belajar, mak tinggal dengan ayah berdua je kat rumah. Bila ayah keluar kerja, mak tinggal sorang. Rumah hanya akan meriah, bila anak-anak cuti sem je.

Masuk tahun 2015, alhamdulillah kakak aku dapat kerja tetap di Damansara. Dan aku kerja di Seri Kembangan. Dua-dua di KL. Adik aku sorang di UM dan sorang di Ipoh. Semua makin jauh dan makin jarang balik. Tapi selalu call mak untuk update aktiviti harian.

Bila aku call mak, dia selalu mengadu bosan duduk rumah sorang-sorang. Kadang-kadang tak boleh tidur bila ayah balik lambat. Setiap kali mak cakap macam tu, aku hanya mampu dengar je. Suruh mak tengok tv, kunci pintu dan jaga diri. Nak cakap macam mana lagi? Kalau ikutkan hati, masa tu jugak nak balik. 

Memang sayu, risau, sedih semua ada. Kadang-kadang aku rasa macam nak berhenti kerja, balik duduk kat rumah teman mak. 

Kadang-kadang aku jeles dengan kawan-kawan satu kampung. Walaupun diorang belajar tak tinggi dan hanya kerja kilang, tapi at least diorang dapat tinggal dengan parents. Tak payah merantau jauh-jauh.

Dulu ada seorang pakar motivasi cerita. Mak dia mengadu cakap jatuh basikal. Dia hanya suruh mak dia bangun dan teruskan perjalanan. Masa tu aku rasa dia tu teruk sangat. Tak kesian langsung kat mak dia. 

Tapi sekarang baru aku faham perasaan dia. Kita sebagai anak yang duduk jauh ni nak buat macam mana. Nak ajak mak duduk sekali kat KL, mak masih ada tanggungjawab pada ayah.


Jumpa Fatin Liyana


Assalamualaikum..


Rezeki tak dijangka. Kadang-kadang kita teringin nak sangat something tu, tapi tak dapat. Dan kadang-kadang, tiba-tiba kita dapat something yang tak dijangka. It goes to me..


Dulu zaman fanatik berblogging, aku suka sangat baca beberapa blog yang famous. Antaranya blog Yuyu Zulaikha, Fathin Liyana and Mama Kembar 3. Dan aku teringin sangat nak jumpa dengan mereka-mereka ni. Yela, blogger famous kan. 


Dan bila dah lama, dah tak fanatik nak berblogging (almaklumlah hidup buzy kalah perdana menteri), dan tak terfikir pun nak jumpa mereka-mereka ni, then terjumpa. At the moment yang tak dijangka pulak tu.


Hari tu aku ke HUKM untuk melawat pengetua kolej yang masuk hospital. Masuk kali ni, kali ke-4 aku melawat dia sepanjang 2 kali dia masuk situ. Dan kebiasaannya, aku akan parking kat tempat pelawat yang berbayar tapi hari tu tiba-tiba pulak kitorang parking tempat lain dan ikut lif lain. 


Tengah-tengah tunggu lif then I saw her. Fatin Liyana. Tunggu lif sekali. Perghhh, Jumpa Dr. blogger kat hospital. Untuk sape yang tak tahu, FL ni sekarang houseman kat HUKM bahagian surgery. 




Then weolz sempat la chit-chat kejap sementara tunggu lif yang lambat -,-' . She is very humble and simple. Tapi dia ingat aku kakak, hurmmmmm -__-


Saat-saat Genting


Assalamualaikum..


Minggu ni dah masuk minggu ke-14 pembelajaran. Bagi student degree dan ke atas, minggu ni minggu last kelas sebelum study week. Dan selalunya minggu ni la semua lecturer nak buat kelas ganti, nak buat presentation dan minggu untuk submit esaimen yang dah dikumpul dari minggu 1 dulu. 


Bagi student master pulak, minggu ni adalah minggu untuk submit tesis. Sem ni aku lega sikit sebab esaimen tak de la sebanyak sem lepas. Tapi sem ni lagi genting sebab lepas submit tesis, maknanya lepas tu akan ada viva dan aku dah nak habis belajar!


Lagi sekali aku akan habis belajar. Dulu masa degree aku harap sangat lepas habis terus dapat kerja. Dan doa aku dimakbulkan, tapi aku dapat kerja yang bukan bidang aku dan aku resign. Dan kali ni sekali lagi aku berharap. Kalau dulu aku kecilkan scope aku nak kerja dekat Ipoh je sebab nak duduk rumah, tapi kali ni aku dah pasrah kalau dapat jauh pun. Yang penting aku nak kerja cepat dan bagi parents duit.


Harapnya semua urusan aku dipermudahkan. Tak sabar nak habis master dah ni. 




Kena Start Menulis Balik



Assalamualaikum..


Setiap hari aku mesti buka blog ni walaupun dah berabad berzaman tak menulis. Rindu memang rindu. Cerita banyak nak update. Tapi mood nak mengarang ayat tu, adoiii. Hilang sudah skill mengayat yang Cikgu Salmah ajar masa sekolah menengah dulu. 


Tadi aku baca blog yang mesti semua orang kenal, BEN ASHAARI. Then terbaca ayat ni yang membuatkan rasa nak kembali menulis.




Rasanya aku dah kena start aktif berblog semula. Maklum la tak lama lagi dah start jadi penganggur bertauliah semula. Tinggal sebulan je lagi. Pejam celik, pejam celik dah habis belajar lagi sekali. Cepatnya masa.....  



Memori



Sendiri...
Berjalan sepi meniti denai..
Menggamit memori lalu..


Wajah itu..
Penuh dengan lantunan jenaka..
Senyum.. Tawa...
Riang kedengaran gelak ketawa..
Tiada rasa gundah gulana..
Tiada benak dipenuhi noda buatan dunia..


Wajah itu...
Tidak pernah gentar ngauman petala..
Tusukan lidah tajam tidak pernah dihirau..
Hatinya sekental benteng di pantai..
Tidak betah terhakis oleh derasnya deruan ombak..
Kerna bentengnya gagah bertahan..


Buat kesekian kalinya hati ini disapa duka..
Dimana perginya jati asal diri itu?
Dimana hilangnya senyum tawa seloka dan jenakanya?
Yang dahulunya menjadi identiti yang jitu..
Hilang... Lesap...
Ditelan pasang surut ombak dunia..


Andai dapat kuundur waktu..
Kembali seperti dahulu..
Jauh dari hiruk pikuk kesibukan dunia..


Namun..
Insan itu hanyalah manusia..
Yang turut berubah bersama masa yang berputar..
Sambil menggalas amanah yang dibawa..


(Cik Tasha ~ Sept 2014)


Comeback !



Hai readers...


Tak tahu ada readers lagi tak dekat blog ni. Dah lama sangat tak berupdate but i'm really miss to write something here. I'm having really hectic life couple back month. Now I'm realize doing master in coursework a bit challenging. Esaimen, esaimen, esaimen. Tapi syukur Alhamdulillah. Im really enjoy my life now. (Except in study life -,- )


Masuk bulan 6, budak sekolah mesti happy giler sebab cuti sekolah. Tapi bagi student U, u will have really hectic life in Jun. Exam weh exam!! Dulu aku pernah cakap yang aku tak nak sambung master sebab I'm really HATE exam. But i don't know why aku sambung jugak *tampar diri sendiri*. Seriously minggu ni minggu paling mencabar dalam hidup aku. 3 hari exam berderet and all are very tough subject. Dengan esaimen last minit yang lecturer bagi. Kalau tengok rupa zombi macam mana, macam tu keadaan aku. Makan takde selera, nak tidur tak boleh sebab asyik ingat exam. I think in this 3 days aku tidur tak sampai 10 jam, for total 3 hari! Habis 3 paper rasa macam dah habis exam terus, padahal ada 2 exam, 2 esaimen and 1 presentation lagi. Mohon tasha sedar diri semula -,-





Habis cerita pasal exam, nak cerita pasal my happy life pula. *terus excited* I'm really enjoy my life now. Dikelilingi insan-insan yang sangat baik, abang and kakak senior kolej yang sangat sporting and member-member yang gila-gila. And I'm travel a lot!! Tu kita sambung story lain ye. Too many stories to share tapi malas nak buat karangan. :)



xoxo publish! :p


Keresahan Diri


Assalamualaikum....


Semenjak aku sambung master, aku rasa makin konfius dengan perjalanan hidup sendiri. Aku tak tahu apa yang akan jadi lepas ni, even apa yang akan jadi next month pun aku tak boleh nak jangka. Rasa hidup sangat tak tersusun. Dengan esaimen, projek, tesis lagi. And aku baru dilantik jadi felo. Lagi bertambah busy with meeting and program what so ever.

But aku suka master, sebab i feel like degree dulu nothing. Nothing for me coz zaman degree dulu aku tak tahu apa yang aku belajar. It's all about theory, theory and theory and i hate theory. Even bila aku dah habis belajar, aku tak tahu apa yang aku akan jadi. Even aku tahu aku akan kerja bahagian mana, tapi aku tak tahu macam mana nak buat kerja tu (tak paham buat-buat paham).

When doing master, it's half-half theory and practical. I have to read more, and the more i read, the more I love what I am doing. I know environmentalist buat apa, macam mana diorang buat analisis-analisis udara, air, tanah semua tu. Aku lebih nampak sekarang. Even lecturer yang ajar pun ajar macam mana nak praktikkan ilmu bila dah kerja.

But I'm still manusia. Kadang-kadang rasa frust, masa tak cukup, penat, malas dan macam-macam lagi faktor penghasut yang melemahkan semangat. Dan perkara yang paling aku tak boleh get along is HOMESICK. Dah tak boleh balik macam selalu dah. Pengorbanan terhadap family paling besar. And I have to be strong.



Apa yang aku akan buat bila mula rasa lemah, I will read blog-blog motivasi untuk naikkan semangat. Antara blog yang aku suka ialah Sabri Hassan dan drinspirasi .. Dua-dua blog ni best sebab cara penyampaiannya yang santai tapi bermakna. Aku akan rasa bersemangat balik bila baca blog-blog ni. Thanx to them. Akhir kata dari aku, baca quote kat bawah. ^__^




Duit BR1M 3.0 2014 Dah Masuk



Assalamualaikum..


Pukul 11 pagi tadi kawan aku up status kat twitter mengatakan duit BR1M dah masuk. Katanya kawan kakak dia pergi cek akaun pagi tadi dan duit tu dah ada. Then, kawan aku lagi sorang pun cek akaun dia dan tengok dah dapat dah. 

So siapa yang ada apply boleh la pergi cek. Apa yang aku tahu kita tak boleh semak online. Kalau nak semak online pun kena hantar email kat br1m3@treasury.gov.my atau br1m2@treasury.gov.my. Ataupun call hotline diorang kat 1-800-88-2716. Kalau nak senang, pergi cek manual je dekat mesin ATM yang berdekatan. Senang terus withdraw je.




Kalau ikutkan, keputusan sama ada kita dapat ke tak duit BR1M ni 22 Feb 2014 baru tahu dan duit tu mula diedarkan 23 Feb 2014. Tapi 22 dan 23hb kan jatuh pada hari sabtu dan ahad. So mesti lah diorang awalkan atau lewatkan sampai minggu depan nak tunggu hari bekerja. 

Ekceli aku pun tak sabar nak cek dapat ke tak. Hihi. Jom pergi serbu mesin ATM. >,<





JPJ Bakal Laksanakan Ujian Memandu Kereta Automatik



Selepas tertangguh hampir tiga tahun yang lalu, semalam Harian Metro melaporkan bahawa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah mengumumkan ujian memandu kereta automatik dijangka bakal diimplementasikan bermula April ini. Ia selaras dengan pelaksanaan pengenalan silibus baharu memandu yang turut akan dilaksanakan dalam tempoh yang sama.

Menurut Ketua Pengarah JPJ, Datuk Seri Ismail Ahmad berkata, pelaksanaan ini sudah tertangguh sejak setahun yang lalu disebabkan masalah MySikap.


Melalui pengenalan ujian memandu dengan kereta automatik ini membolehkan orang ramai membuat pilihan, selain daripada transmisi manual. Ia juga sebagai langkah memudahkan lebih ramai rakyat negara memiliki lesen memandu terutama golongan yang telah berumur dan wanita.

Ia turut memberikan penekanan kepada usaha melahirkan pemandu yang berhemah dan berdisiplin berbanding kurikulum sebelum ini yang lebih kepada kemahiran dan pengetahuan tentang undang-undang di jalan raya.

Walau bagaimanapun, mereka yang lulus ujian menggunakan kenderaan gear automatik akan mendapat lesen yang mengandungi catatan khas sebagai lesen kenderaan automatik dan hanya dibenarkan memandu kenderaan jenis itu saja, manakala yang memilih ujian manual boleh memandu kedua-dua jenis kenderaan.

Sepatutnya ujian memandu menggunakan kereta automatik ini dilaksanakan pada Mei 2012 yang lalu. Namun pada awal Jun tahun yang sama, ia terpaksa ditangguhkan. Menurut Kementerian Pengangkutan (ketika mengumumkan penangguhan tersebut), ia disebabkan kementerian masih menunggu kelulusan peruntukan untuk mencetak buku dan peralatan bagi institut memandu selaras dengan pengenalan kurikulum baru pendidikan pemandu.




- Info dari Oh Media via Infokereta.com


New Stage In My Life



Assalamualaikum...


New stage in my life yang dimaksudkan oleh tajuk kat atas tu bukan kahwin ye. Bukan tunang jugak. Its all about study. Budak tak cukup umur tak boleh cerita pasal kahwin-kahwin lagi. ^,^  


As I mention before, aku kan baru daftar sebagai student master. Dan semalam merupakan first day lecture for my master life. Situasi tak banyak berubah as I'm taking the same course as my degree. Lecturer yang mengajar pun sama macam degree dulu, kelas pun tak banyak beza. Cuma yang membezakannya ialah my new coursemate. 


My new coursemate is not like Malay, Chinese, Indian or others yang Malaysian juga. But there are from Iran, Yaman, Afghanistan, Iraq. Kalau aku tak belajar dekat U yang aku dah penah belajar, mesti aku akan rasa macam 'hmm, aku study kat negara Arab ke ni?'. Untuk course aku je memang tak ada Chinese and Indian langsung. Perempuan majoriti Melayu plus satu dua foreigner, lelaki majoriti foreigners plus dua tiga Melayu. 


Dan kalau tengok umur masing-masing, perempuan Melayu ni je yang muda-muda lepas grad. Yang lain tu, I think dah anak dua tiga dah kot. Yang foreigners tu pun ada yang teacher. Yang aku tau teacher tu je la. Yang lain tak tau kerja apa. 


Untuk yang coursemate aku dulu, empat orang je yang sambung sama dengan aku. And kitorang je la yang memang dari kos yang sama masa degree. Yang lain tu ada dari geologi, kimia and so on. Btw, rindu zaman degree dulu. But life must go on. :'(




:'(



Kisah Cinta Tun Dr Mahathir & Tun Dr Siti Hasmah Yang Sweet


BUKAN mudah mengahwini insan ternama. Apa saja yang dilakukan pasangan, pasti tempiasnya terkena jua. Namun, bak kata orang, jika takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai. Mungkin itulah pegangan bekas Wanita Pertama Malaysia, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.
Bersuamikan orang politik, apatah pula suaminya, Tun Dr Mahathir Mohamad pernah memegang memegang portfolio tertinggi sebagai orang nombor satu negara, bermakna beliau perlu bersedia berkorban masa dan tenaga.
“Saya fikir, saya mampu memahami kerjaya suami sebagai ahli politik kerana kami sama-sama bermula sebagai doktor. Kerjaya ini (doktor) ada kalanya menyebabkan suami perlu balik lambat, tetapi saya memahami kerana saya juga seorang doktor. Apapun, kita harus percaya dan bertoleransi dengan suami. Jangan cemburu tanpa sebab. Apa yang penting, biar sesibuk mana sekalipun, kita perlu cari masa untuk meluangkan masa bersama pasangan dan anak,” katanya ketika ditemui, baru-baru ini.

Dalam hubungan ini, Dr Mahathir akui, meskipun isterinya reda dan tabah mengharungi pelbagai cabaran bersamanya, sebagai suami perasaan bersalah tetap ada, terutama apabila meninggalkan isteri sendirian bersama anak. Antara kenangan tidak dapat dilupakannya apabila beliau dalam dilema terpaksa memilih antara berada di sisi isterinya menyambut kelahiran anak mereka, atau menghadiri sidang Parlimen pertamanya.




“Saya masih ingat lagi satu kejadian pada 1964, ketika itu saya baru memenangi pilihan raya pertama saya. Dia (Dr Siti Hasmah) pula sedang menunggu masa melahirkan Mukhriz. Saya sedang bersiap sedia untuk menghadiri sidang Parlimen saya yang pertama, tiba-tiba air ketuban dia sudah pecah. Tetapi, dia beriya-iya suruh saya pergi juga. Bayangkan ketika itu perjalanan dari kedah ke Kuala Lumpur ambil masa yang lama dan saya hanya dapat melihat mereka (Dr Siti Hasmah dan Mukhriz) selepas dia bersalin. 
“Memang saya rasa bersalah, tetapi kami berpendapat dalam rumah tangga, suami dan isteri perlu saling memahami. Paling penting, kita tidak terlalu mendesak masa untuk bersama, tetapi tidak bermakna sampai tiada masa langsung untuk keluarga,” katanya.

Ini diakui sendiri Dr Siti Hasmah. Sebagai isteri, katanya, beliau memahami sidang berkenaan amat penting bagi suaminya, menyebabkan beliau sendiri menyuruh Dr Mahathir segera berangkat memandangkan perjalanan yang terpaksa dilalui agak jauh.
“Pada tahun pertama saya gagal, dia nak ajar saya fizik secara percuma, jadi rapatlah, ketika itulah saya mula rapat dengannya” – Tun Dr Siti Hasmah.
Beliau meluahkan perasaan beliau kepada Bonda Tun Dr Siti Hasmah dalam hujan …
Mereka pergi ke suatu tempat, kemudian Tun Mahathir menghantar Tun Siti ke stesen bas.
Disitu, Tun Mahathir nampak Tun Siti dalam hujan apabila dia sudah berlalu pergi terus kembali ke Tun Siti Hasmah.
“Why you came back? U are wet!” Tanya Tun Siti Hasmah
“I came back because I love you” balas Tun Dr Mahathir.
Bukan cinta pandang pertama 
MEREKA berkenalan ketika menuntut di Kolej Perubatan King Edward di Singapura pada 1947. DrMahathir mengakui, cinta mereka bukan cinta pandang pertama, namun menjadi rapat kerana sering belajar bersama.
SALING memahami. 
“Dia satu-satunya pelajar wanita Melayu, sebab itulah kot (jatuh hati). Ada enam pelajar lelaki lain, semuanya sentiasa bersedia hendak tolong angkat beg dia. Saya pula dibesarkan dalam keluarga yang ramai lelaki, jadi tidak tahu bagaimana hendak ‘tegur’ perempuan. Saya tengok kawan lain tolong angkat beg dia, saya pun buat juga. Tetapi, saya selalu ajar dia (pelajaran), itu yang mungkin membuatkan hubungan kami menjadi rapat,” katanya..
Mereka mendirikan rumah tangga pada usia agak lewat bagi zaman itu, iaitu Dr Mahathir pada usia 30 tahun, manakala Dr Siti Hasmah, 29 tahun.
Dr Siti Hasmah berkata, kelewatan itu disebabkan mereka hanya berkahwin selepas menamatkan pengajian dan housemanship bagi memenuhi permintaan bapanya.
“Ayah saya tahu mengenai hubungan kami itu. Jadi, satu hari dia telefon saya dan kami berbual mengenainya. Dia minta saya berjanji supaya menamatkan pengajian dulu sebelum berkahwin. Suami saya tamat pengajian pada 1953, dan saya pula pada 1955. Setahun kemudian kami berkahwin,” katanya.
Lumrah bercinta, ada pasang surutnya. Begitu juga dengan perhubungan mereka sebelum berkahwin. Ketika ditanya mengenai cabaran itu, Dr Siti Hasmahtidak menafikan sepanjang persahabatan itu mereka berdepan pelbagai dugaan, tetapi demi janji yang dipegang sejak sekian lama, mereka berjaya melaluinya.
Malah, Dr Mahathir turut mengakui seperti pasangan lain ketiak muda dulu, cemburu tetap ada, terutama apabila melihat Dr Siti Hasmah dengan lelaki lain.
“Ada juga masa berkawan dulu, saya nampak dia berbual dengan lelaki lain, saya cemburu. Begitu juga apabila dia melihat saya bersama wanita lain. Tetapi, lama kelamaan kami faham sebenarnya tidak ada apa yang berlaku. Jadi, perhubungan itu berkekalan,” katanya.
Dr Siti Hasmah akui, sepanjang perkahwinan mereka, beliau sudah masak dengan tumpuan yang diterima suaminya khususnya daripada orang ramai. Malah, sering kali juga beliau terpaksa ke tepi bagi membolehkan orang ramai yang ingin merakam gambar kenangan bersama Dr Mahathir.
“Pernah sekali ketika kami ke Suria KLCC, ada sekumpulan wanita yang terserempak dengan kami berasak-asak hendak mengambil gambar bersama dia (Dr Mahathir) sehingga saya terpaksa bergerak jauh ke tepi. Kebetulan saya terpandang ada pasangan yang ketika itu berada pada tingkat atas melihat senario itu dan mereka ketawa melihat keadaan berkenaan, lalu menjerit ke arah saya ‘tak jealous ke Tun?’. 
“Saya juga ketawa kerana apa yang berlaku itu perkara biasa bagi saya. Tiada cemburu, kerana kami saling memahami, katanya.
Pastikan perselisihan faham tidak berpanjangan
Melihat pasangan berkenaan yang saling usik mengusik sepanjang wawancara dilakukan, jelas sekali keserasian dan kebahagiaan antara mereka. Kini sudah lebih 50 tahun pasangan bahagia itu melayari bahtera perkahwinan bersama.
Namun, Dr Siti Hasmah akui, seperti pasangan lain, perselisihan faham tetap ada. Bak bait puitis lagu Seniman Agung Tan Sri P Ramlee, sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula manusia biasa. Begitu jugalah dengan Dr Mahathir dan Dr Siti Hasmah.
“Dia selalu komplen, saya lambat (bersiap terutama untuk menghadiri majlis). Kita ni wanita, biasalah banyak barang yang perlu seperti beg dan aksesori yang bersesuaian dengan baju. Jadi itulah yang lewat bila hendak cari yang sesuai. Suami saya pula seorang yang organize. Setiap malam, dia sudah sediakan semua keperluan seperti baju dan kasut untuk keesokan hari. 
“Selain itu, sebagai ibu, kita selalu ada benda yang hendak arah anak sebelum keluar dari rumah, terutama pada waktu malam dan saya juga ada tabiat, mesti tutup lampu bilik sebelum keluar. Jadi, selalu kena marah, masuk kereta masam muka danapabila tiba di majlis tidak bertegur sapa. Namun, akhirnya saya sedar kesilapan yang dilakukan dankami berbaik semula. Tetapi, bagi menyelesaikan masalah ‘lambat’ itu saya suruh dia (Dr Mahathir) yang tutup lampu,” katanya tersenyum memandang suaminya mengenang peristiwa lalu.
Menariknya, Dr Mahathir berkata, beliau turut mempunyai jalan bagi menyelesaikan masalah berkenaan.
“Sebenarnya, saya seorang yang obses dengan ketepatan masa. Susah nak faham perempuan, ginculah, beg mesti sama warna dengan kasutlah… Oleh kerana dia selalu lambat, saya akan duduk dalam dressing room dan tolong carikan apa yang dia perlukan. Kasut ke, aksesori ke, beg ke, bagi pastikan dia dapat lebih cepat (bersiap),” katanya tersenyum.
Melihat kepada senario hari ini yang mana semakin ramai pasangan baru mendirikan rumah tangga sudah bercerai, Dr Mahathir mengakui sedih dengan keadaan itu. Baginya, perceraian akan meruntuhkan keharmonian keluarga dan mendatangkan lebih banyak masalah khususnya trauma kepada anak-anak.
Beliau berkata, apa yang berlaku hari ini mungkin disebabkan perubahan nilai budaya. Jika dulu, kebanyakan pasangan muda baru berkahwin mendapat perhatian daripada keluarga masing-masing, tetapi hari ini yang mana kebanyakan generasi baru sudah berhijrah ke kota menyebabkan tiada yang memerhati dan memberi nasihat.
“Orang dulu anggap perceraian itu sesuatu yang teruk sekali, tetapi hari ia seperti perkara biasa. Sebaiknya, apabila kita sudah mendirikan rumah tangga dan mempunyai anak, kita perlu memikirkan bahawa kita sudah mempunyai tanggungjawab. Jika kita ada rasa tanggungjawab itu, kita akan fikir caranya untuk berbaik semula apabila bergaduh, bukan terus bercerai. 
“Sedih mengenangkan ramai wanita yang menjadi ibu tunggal. Saya berasal daripada keluarga yang konservatif. Bagi kami, kita hanya ada seorang isteri saja. Bapa saya berkahwin dua, tetapi dia berkahwin dengan isteri keduanya selepas emak, isteri pertamanya meninggal dunia. Paling penting, kita perlu saling bertoleransi dan jangan berharap supaya pasangan anda menjadi seperti apa yang anda mahukan. Dia ada personaliti sendiri, jadi anda perlu bersedia menerima kekurangan masing-masing,” katanya.
Paling penting, kata Dr Siti Hasmah, perlu saling memahami dan bertoleransi. Jangan hanya kerana perkara remeh membawa kepada perceraian kerana kesannya ialah anak yang kehilangan kasih sayang ibu dan bapa.


Life Come Back : Jadi Student Semula


Assalamualaikum...


Hai.. hai.. haii...

Dah lama sangat tak update blog. Almost 3 months menyepi finally dapat juga buka blog dan bermain kata kembali. So, whats happened in my life? Too many thing to share. InshaAllah, semuanya akan dicurahkan ke dalam blog ni. 


Majlis Konvokesyen

Biggest thing first, Alhamdulillah syukur sangat-sangat dah berjaya menerima segulung Ijazah SarjanaMuda Sains Sekitaran dari UKM 4 bulan yang lalu. Lama dah pun, tahun lepas. 29.10.2013. Bersyukur sangat-sangat sebab dapat habis pada masa yang ditetapkan tanpa perlu extend walaupun banyak sangat cabaran dan dugaannya. 




Kerja

Macam yang aku share sebelum ni, aku kerja dengan satu company swasta. Tapi mungkin rezeki aku tak ada dekat situ. After 2 months tanam anggur yang tak berbuah, kawan ayah offer jadi kerani part time kat Stesen Petronas dia. Kat sini banyak sangat perkara baru yang aku belajar. Walaupun sempat kerja sebulan je, tapi best dan sayang sangat nak tinggalkan tempat tu. Nak buat macam mana, Allah dah tentukan jalan lain untuk aku.



Sambung Belajar

Alhamdulillah, rezeki aku dekat sini. I'm back to UKM. Dulu aku sendiri yang tak nak sambung master, last-last aku juga yang kembali kat sini. Hopefully ini jalan yang terbaik for me and my family. Lambat kahwin pun lambat la. Pasrah je. -_-

Kali ni kena lagi gigih, 6 bulan duduk rumah tak ada fikir pasal belajar langsung, dah tepu sangat otak ni. Kena cari pengasah balik ler nampaknya. Hopefully pengalaman masa degree dulu akan bantu aku untuk hadap benda alah master ni. And hopefully tak ada homesick homesick dah. Dah besor wei, tak boleh berkepit ngan mak je.


And all that happened in my life either good or bad, i'm positive with it. Allah ada perancangan yang terbaik untuk kita. With that, I will always happy and bersyukur. InsyaAllah.


Bila Anak Bongsu Masuk Hostel

Assalamualaikum...


Semalam, Jiha, adik bongsu yang tak pernah duduk jauh dari family, masuk politeknik. Kalau kakak-kakak dia dari form 1 lagi dah duduk hostel, dia ni never ever duduk hostel. Jangan cakap duduk hostel, berenggang duduk jauh dengan mak pun tak pernah. So, semua orang risau dekat dia. Risau dia tak boleh survive, takut dia tak makan, jadi kera sumbang tak ada kawan, everything ! Walaupun hostel dia dengan rumah dekat je -__-


And as usual, my mom never failed to cry whenever her daughters masuk asrama. Dari anak sulung sampai bongsu, dari sekolah, matrik sampai la universiti. Setiap kali hantar kali pertama, mesti menangis. Dan bila anak bongsu ni, sedihnya mesti lebih sikit. Sampai aku pun naik sedih sekali.


Yang paling sedih bila tengah tengok tv, tiba-tiba mak cakap teringat dekat Jiha dan air mata dah bergenang.  :'(


So, semalam masuk hostel, hari ni dah pergi jenguk dia. Siap hantar lunch lagi. Hurmm, bestnya jadi anak bongsu kan.  -,-


Published with Blogger-droid v2.0.10

Apa Nak Jadi Dengan Budak Sekarang?



Akhir-akhir ni dekat kampung aku, kecoh dengan kes rompak rumah ngan curi motor. Aku pun naik takut kalau nak keluar tinggalkan rumah. Yang tak bestnya, kita suspek dekat orang besar ngan remaja. Tapi yang buat kerja jahat ni sebenarnya budak-budak yang dianggap tak tahu apa-apa.

Dua tiga hari lepas, budak-budak umur dalam lingkungan 12 hingga 14 tahun kena tangkap sebab curi motor. Baru darjah 6, sekolah rendah lagi tu, dah pandai mencuri.

Curi motor tu pulak dekat masjid. Ada orang nampak, pastu kejar sampai dapat. Bawak pergi balai untuk soal siasat, baru pecah tembelang port diorang bukak motor-motor curi tu. At last, lebih 20 buah kerangka motor curi yang diorang dah buka, polis jumpa. Siasat-siasat, 8 orang budak-budak ni punya kerja. Ketua dia, dah cabut lari tapi nasib baik dapat tangkap jugak. Budak jugak !

Kalau kecik lagi dah buat kerja jahat macam ni, besar nanti macam mana? Nak salahkah diorang 100% pun, diorang kecik lagi. Parents yang sepatutnya kena ambil peranan untuk kawal anak-anak. Jangan back up sangat anak sendiri sampai anak tu naik lemak. Bila dah kantoi, baru nak menyesal tak guna dah.



Published with Blogger-droid v2.0.10

Cerita Sebulan



~Assalamualaikum~

Hello hello's...


"Selamat hari raya aidiladha"


Dah masuk raya haji kedua baru sempat nak update blog. Dah lamanya aku tak update blog. Pejam celik pejam celik dah nak dekat sebulan aku tak update pape cerita semenjak habis praktikal. Dan dalam masa tak sampai sebulan ni macam-macam yang dah jadi dalam hidup aku. 

Sebelum aku habis belajar dulu, aku selalu doa moga cepat-cepat nak dapat kerja. Kalau boleh hari ni habis praktikal, esok dah start keje. Sebab utamanya mestilah sebab nak cepat-cepat dapat pegang duit sendiri. Lagipun nanti duduk relax lama-lama kat rumah, dah malas nak kerja pulak. Pastu badan dah naik lagi sayang nak buang lemak balik.

Alhamdulillah, lepas seminggu habis praktikal, aku dapat kerja. Actually, aku ingat nak kerja part time dulu sementara tunggu nak konvo. Then, aku tengok dekat Pusat Kerjaya Amanjaya ada open interview untuk jawatan kerani. Ok la tu kan untuk part time dulu. Aku try pergi interview tu tapi company tu tak dapat datang pulak.

So alang-alang dah sampai, aku try interview untuk jawatan customer service pulak. Alih-alih company tu offer aku untuk jawatan lain.  And jawatan ni memang tak ada kaitan langsung dengan kos environment yang aku ambil. Tapi aku try je untuk cari pengalaman and aku percaya yang kita tak semestinya akan kerja dalam bidang yang kita belajar.

Try punya try, nampaknya rezeki aku tak ada dekat situ. Hanya sebulan mampu bertahan. Uhuk uhuk. Bukan sebab kerja susah atau stress, kerja okei, bos pun sayang kemain. Tapiiii..... banyak benda lain yang perlu difikirkan. Memang sayang untuk berhenti. Kalau aku stay, peluang untuk naik pangkat memang tinggi. Tapi mungkin bukan rezeki aku. Huhu.

And now, aku kembali tanam anggur. Yes, baru seminggu berhenti kerja, lemak dah bertepu-tepu. I loikeee ittt :-). Jangan terkejut kalau konvo nanti aku ambil jubah saiz xxl. Kihkihkih.


Testing Buat Mini Pavlova


Salam...


Sempena last day Kak Azna praktikal hari tu, aku try buat pavlova. Ekceli, kakak aku dah selalu sangat buat pavlova ni dekat rumah. So, aku selalu la cerita dekat Kak Azna dan dia cakap dia teringin nak rasa. Sempena dia last day tu aku pun TERrajin la nak buat bagi dia. First time aku buat sendiri sebab kakak dah balik Penang. Dan nasib baik menjadi. Memang rezeki Kak Azna la tu. 




Cara nak buat pavlova ni sangat senang tapi aku lupa nak tangkap gambar step by step dia. Dah sampai office baru teringat nak tangkap gambar. Kalau aku rajin nanti aku bagi resepi dia ye. 


Kompilasi Kisah Raya



Salam....



Pejam celik pejam celik, dah nak habis raya sebulan dah. Dan aku baru berpeluang nak update blog. Raya tahun ni semua orang pakai liplapliplap kan. Dari atas kepala sampai kaki bermanik labuci bagai. Semua dah macam baju orang kawen. Kalau bawak pergi kenduri orang kahwin mesti orang semua konfius yang mana satu pengantin. Fesyen sungguh!!


Tahun ni beraya dalam musim praktikal. So raya sebulan terpaksa dipendekkan kepada seminggu. Harus bersyukur sebab dapat cuti sebelum dan selepas raya. Dua hari je. Tu pun subuh-subuh sehari sebelum raya dah bertolak balik Kedah sebab takut jalan jam. Harus lah ikut seruan rancanglah perjalanan anda kan. Tu pun still banyak kereta lagi. Jangan harap la nak singgah RnR nak pergi toilet, kalau tak nak kena beratur panjang gila babeng. -,-


So, first raya tahun ni aku beraya di Kedah. Actually dah lama dah tak merasa pagi Syawal dekat kampung. Memang setiap tahun hari raya pertama dekat rumah then petang raya baru balik kampung. Paham-paham je la kalau beraya dekat rumah, bosan giler. Pagi raya pukul 10 baru mandi, lepas tu tak payah pakai baju raya pun tak apa sebab duduk dapur je buat kerja. Yang datang pun just anak murid ayah je, budak-budak. Dah besar ni memang tak de la nak pergi merayap raya rumah orang. Wa segan weh. Pemalu la katakan :p


Bersama Tok Kedah.

Hari raya kedua, kami ke Padang Besar dan Wang Kelian, Perlis. Bajet duit raya banyak sangat hari raya kedua dah nak pergi shopping, alih-alih kedai semua tak bukak lagi. -__-  Yang mak-mak biasa la pergi cari periuk. Yang anak-anak ni asyik menambah koleksi tudung dengan baju je. 




Kat Malaysia kedai banyak tak buka, sampai Thailand kitorang shopping. Hambek kau nak shopping sangat! Hehe... Tak ada la. Kitorang masuk Thailand untuk ke Satun. Jalan kaki je. Kereta tinggal dekat sebelum post imigresen Malaysia, pastu jalan kaki je pergi masuk Thailand. Tak payah pakai pasport pun. Tapi tak tahu la memang boleh masuk suka-suka hati atau masa raya je. 


Malam raya kedua dah balik Ipoh sebab raya ketiga nak balik kampung mak dekat Slim River pulak. Raya keempat pula pagi-pagi dah bersiap nak balik Ipoh sebab kawan aku kahwin dekat Bukit Merah. Kawan aku kawen wehhh.. Macam tak percaya je Jijoi dah jadi suami orang. Umur baru 22 tahun. Muda lagi tu.



Semoga bahagia dan kekal ke anak cucu Jijoi & Lina.

Raya tahun ni jugak adalah raya yang paling bermakna sebab aku dapat reunion dengan kawan sekolah yang dah 5 tahun tak jumpa. 5 tahun tu. Rasa macam kejap je dah 5 tahun tinggalkan sekolah menengah. Masing-masing semua dah berubah. Makin cun melecun gitue. Tak lama lagi dah nak kawen. Wahwahh...




Tahun ni paling banyak ambil gambar family. Semua pun sporting je. Rasa macam lain macam pula. Hurm hurmmm. Semoga kami semua dapat bertemu Ramadan dan Syawal lagi tahun depan. Amin. :)


Tudung Aidijuma Murah



Murah wehhh.... Memang dah lama dengar yang Aidijuma dekat Mydin Mall MeruRaya ada buat jualan murah. Tapi setiap kali pergi situ, mesti lupa nak singgah. Yela, kedai tu dekat luar, kita selalu shopping dekat dalam kedai kan. Mesti la tak perasan.

So semalam last minit punya plan, me and my mom berbuka puasa dekat luar. Ayah hantar sebab dia ada kerja lain. Sampai Mydin dah pukul 7.00 malam dan nasib baik hari Isnin, tak ramai orang. Tapi foodcourt Mydin tetap full as usual. =____=

Biasa la dah nak dekat raya ni memang banyak jualan murah. Sampai luar Mydin diorang buka gerai macam-macam. Then lalu depan Kedai Aidijuma tengok ada dua bakul besar tudung dia letak dekat tepi kedai tu. Tapi tak ada orang yang tengok pun.

And Uollz guess what, dalam bakul tu ada tudung bawal three tone yang harganya RM3 SAHAJA!!. Mula-mula macam tak percaya juga. Murah sangat tu. Selalunya paling murah pun lima hinggit kan? Ni tiga hinggit je, sapa tak terkezuttt kan??


Tudung cantik, tuan dia pun cantik. :)

Lepas kitorang start belek-belek tudung tu baru la orang lain datang ramai-ramai duk kerumun. Nasib baik dah habis pilih dah. 5 helai aku bantaii. Puass... !! Yang best tu sebab kualiti dia okei. Selalunya kalau tudung murah sangat ni mesti kualiti tak okei. Benang tercabut la, warna tak cantik la, jarang sangat la. Tapi yang ni memang kualiti sangat elok. Tak payah nak pilih teruk-teruk, pilih nak warna apa je. 


p/s : Tudung halfmoon RM3 ada tak? haha


Rutin Hidup Praktikal



Hye peeps.

Akhir-akhir ni aku suka baca satu blog ni . Bobostephanie.com . Okei, pernah tengok tak? This blog is Blogger of The Month for July dekat Nuffnang. Of coz la blog ni menarik, kalau tak takkan la boleh jadi blogger pilihan Nuffnang kan? Yang best pasal blog ni sebab dia banyak cerita pasal dia travel ke oversea and about her LOTD (Look Of The Day). Fashion! Tapi fashion for non-muslim, yang muslim jangan ikut pulak ye.


Back to the topic. Hari ni 24 July 2013, genap sebulan aku praktikal dekat PPK Sungai Siput. Sepanjang sebulan ni, I think putaran hidup aku sama je and it's quite boring. 




Weekday activities sekarang ni : Isnin sampai jumaat sama je. Bangun sahur pukul 5 pagi, lepas makan tidur balik sampai pukul 7 (Sangat tak bagus, jangan ikut tau!). Pukul 7.30 pagi bertolak pergi kerja then kerja office hour 8 pagi sampai 5 petang. Sampai rumah dalam pukul 5.30 then tengok tv sambil tunggu berbuka. Lepas berbuka, dah solat semua sambung tengok tv balik.

Kitaran tidur pun dah awal. Masa study dulu, tidur pukul 12 memang waktu standard. Berjaga sampai pukul 2 @ 3 pagi pun normal. Tapi sekarang ni pukul 10 malam dah masuk tidur. Jangan harap la nak menunggu depan tv tengok Ramadan Yang Hilang. -,-'


Weekend : Kalau sabtu ahad selalunya keluar. Kadang-kadang pergi beli barang, jalan-jalan dan tengok wayang. Dalam sebulan ni je dah tengok dua kali movie . Selalunya sebulan sekali nak tengok wayang pun susah. Hah, nampak tak betapa boringnya hidup sekarang ni?!




Really miss zaman belajar dekat U, kalau tengok kitaran hidup sekarang ni dah macam balik ke zaman sekolah dan matrik dulu. Kelas Isnin sampai Jumaat, Sabtu Ahad je cuti. Bezanya sebab dulu duduk hostel tapi sekarang duduk rumah. But I'm still happy sebab dapat makan makanan ibu hari-hari. :)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...