Sebelum ni, dua tahun berturut turut aktif dengan Hari Keterampilan Mahasiswa Kolej Dato' Onn, UKM atau shortformnya HAKERA. Setahun berkhidmat sebagai AJK Ekspo Dan Jualan (EDJ), setahun kemudian, upgrade jadi Pengarah Ekspo Dan Jualan. Hidup mesti ada perubahan kan?
Sepanjang dua tahun duduk dalam post EDJ, banyak kenangan pahit manis yang dapat. Kenangan yang paling mencabar apabila kena deal dengan penggerai penggerai yang nak berniaga sepanjang HAKERA berlangsung. Kena cari penggerai sendiri, ulang alik pergi uptown Kajang malam malam naik teksi, tetapkan sewa tapak jualan, berurusan dengan penggerai, buat meting dengan penggerai, (tapi last last ada makcik sorang tu hasut penggerai lain cakap sewa tapak mahal -,-').
HAKERA 2011, Malaysia Hari Ini bersiaran secara langsung dari tapak HAKERA. Ramai artis datang, ada Fitri Yahya, Wardina dan ramai lagi.
Kena tipu dengan penggerai, penggerai tak nak bayar sewa tapak selepas habis program, kena marah semua tu memang dah asam garam. Belum lagi kira kena marah dengan pihak atasan dan kena tibai dalam meting. Meting sampai 2 3 pagi tu dah jadi kewajipan seharian.
Rapat sangat dengan anak peniaga ni, siap masuk rumah hantu sama sama. :)
Tapi saya enjoy sangat berkhidmat dalam program ni. Banyak sangat pengalaman yang dikutip sepanjang dua tahun. Yang paling utama, cara komunikasi dan tahap keyakinan dah bertambah. Macam mana nak deal dengan orang, nak yakinkan orang dan urusan melibatkan kewangan. Nampak macam senang kan? Cuba try sikit!
Siapa tengok Mimpi Ke Bintang mesti kenal Wan Rull Puppet.
Tahun ni, saya dah bersara. Cewahhh. Dah last sem kan, bagi junior junior pulak timba pengalaman. Tapi i'm still rasa bertanggungjawab untuk tolong adik adik junior ni sikit sikit. Macam mana my friend pernah kena marah dengan ketua peniaga kawasan kajang sampai menangis, saya tak nak adik adik ni kena macam mana kami pernah kena.
Bila dah last sem ni, i'm free from any program. Dah tak join apa apa dah. Tapi kadang kadang, terasa rindu saat saat busy dulu. Saat saat meting setiap hari, tidur tak cukup, kehulu kehilir buat kerja. Tapi puas sebab dapat banyak pengalaman berharga.
There is one day when u really miss the old u. Now, i really miss all those moments! :'(
2 comments:
wahhhh...mcm best ja byk program...klau cik siti, mmg tk join la program2 ni...busy memanjang...huhu
best ada banyak aktiviti..
http://www.noormalashahar.blogspot.com
http://www.noormalashahar.com
Post a Comment