Cuti semester selama sebulan yang lepas, selain menghabiskan masa collect data tesis di Kuala Gula selama dua minggu, aku juga berjaya pulang ke kampung halaman ayah di Yan Kechil, Kedah. Akibat menyahut seruan tok yang mengadu, cucunya seorang ni paling jarang balik kampung, maka aku gagahkan diri drive dari Kuala Kangsar ke Yan Kechil pukul 3 pagi.
Ok itu tipu. Kena balik kampung sebab tok nak suruh ayah repair pintu rumah. Semata mata -,-'. Kena drive sebab ayah mengantuk. Balik kampung pukul 3 pagi sebab nak lari dari jalan jam. Sekian.
Tapi as usual, kalau family ayah dah pakat berkumpul, maka sangat kecoh dan happening gila habaq kat hang. Aktiviti biasa bila dah berada di Yan, Kedah semestinya ~ ayaq terjun lereng bukit tempat orang berkelah. Tempat tinggal, Tasha cantik dengan ehem ehem, bakal suaminya. ~ (lagu yang tok selalu nyanyikan masa kecik dulu) Huahuahuaaa.
Selalunya air terjun yang selalu kami pergi ialah Air Terjun Perigi dan Batu Hampar. Tapi kali ni Pak Jang bawak pergi mandi sungai dekat Yan Besar. I forgot the name but it's totally awesome. Airnya dalam, ada jambatan boleh lompat lompat dan siap ada tali untuk bergayut. Tapi yang tak bestnya, kita mandi dekat bawah, orang lalu lalang atas jambatan tu. Dan tempatnya kecik dan tak ada toilet salin baju.
Nampak macam tak tinggi, tapi bila betul betul, tinggi habaq kat hangpa. Siapa nak berlatih jadi ahli terjun negara boleh datang sini. Actually sungai tu bukan tempat rekreasi untuk mandi manda pun. Sebelah rumah orang je. Tapi ada juga orang yang mandi situ sebab best boleh terjun terjun.
Pak Jang pun dah macam kanak kanak ribena bila dapat mandi sungai.
Masa ni Pak Jang buat contest. Dia sorok satu batu dan kami akan cari batu tu. Siapa yang jumpa, dapat sepuluh hinggit. Duit tu digunakan untuk belanja cendol lepas mandi ni. hihi. Yang Pak Jang tertunduk tunduk tu, dia cari batu yang dia sorok tu. Dia yang sorok, dia yang tak jumpa. -,-'
Malam tu perancangan kami nak pergi menjaring udang dekat laut tapi hajat tak kesampaian sebab Pak Lang esoknya kena bangun awal hantar anak dia pergi asrama. Sekarang musim udang dekat sana, so memang bertimbun timbun la udang free cari sendiri. Totally awesome. Kalau dapat cari sendiri mesti best. Tapi nak buat macam mana, dah tak ada rezeki kan. huhu
1 comment:
best! best! :)
Post a Comment