Followers

Kapal terbang terhempas.



Siapa ada baca pasal kapal terbang terjatuh di Melaka hari tu?




Minggu lepas Pak Jang aku singgah rumah aku masa nak otw ke Kedah. Sembang sembang dengan dia, dia buka cerita yang dia jadi orang pertama tengok kapal terbang tu jatuh. Dia tengah drive pastu nampak kapal terbang tu jatuh tepi kereta dia. Then, dia park kereta ke tepi dan pergi tengok. Tapi sebelum tu...

.... Buka handphone, snap! snap! tangkap gambar dulu !! ....


Bukan nak cakap Pak Jang aku, tapi zaman sekarang ni hampir semua orang macam tu. Termasuk la orang yang tengah menaip ni. Hihi. Kecuali orang yang still pakai 3310 la, tak ada kamera.


Sekarang ni kalau ada apa apa kejadian or kemalangan.


1) Mesti cari phone dulu. 
2) Baru fikir nak tolong. 
3) Upload masuk facebook.



Lagi dasyat, buat nombor 1 dan 3 je. Lepas tu terus blah. Tolong pun tak. Contoh yang jelas, gambar gadis jatuh kat Times Square semalam. Pukul 12 tengahari dah kecoh satu facebook, padahal kejadian tu pukul 11 pagi. -,-'


Then my sis cakap, dulu dulu sebelum makan, kita tadah tangan baca doa, makan. Sekarang, sebelum makan, tadah handphone, tangkap gambar, upload facebook, makan. Doanya? Dalam hati kot.


So, fikir fikirkan dan selamat beramal. :-)


2 comments:

emmeraz said...

semua org boleh jd wartawan dengan adanya kemudahan alam maya

hana hadi said...

xtau plak pasal kapal terbang ni.. hana start suka ambil gambar ni masa aktif blog.hehe awal tahun lepas. pantang ada xtvt or apa2 mesti gambar di dahulukan.haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...