Followers

RESIPI : Ikan Keli Masak Cabai

Assalamualaikum...

hari ni aku nak share resipi makanan feveret aku.. Ikan Keli Masak Cabai... ada sesetengah orang panggil masak berlada, ikan keli masak pedas or lain-lain... walau apa pun orang nak panggil, aku tetap panggil ikan keli masak cabai.. dah nama pun orang perak..kih3


Bahan-bahan

3 ekor ikan keli
100 g cili kering
1 ulas bawang putih
1 ulas bawang merah untuk dikisar
1 ulas bawang merah dihiris untuk ditumis
halia (sepotong kecil)
asam jawa (sedikit)
1 sudu teh gula
1 sudu kecil garam


Cara-cara

Penyediaan ikan keli


1) Siang ikan keli, basuh sehingga bersih dan basuh menggunakan cuka atau limau untuk menghilangkan bau hanyir.
2) tambah sedikit garam dan goreng.. suka hati korang kalau nak goreng sampai garing ke tak tapi aku suka yang tak berapa garing sebab lagi lembut.

sedapnye...

Penyediaan sambal


1) Cili kering di rebus supaya lembut.
2) Kisar cili kering, bawang putih, bawang merah dan halia.
3) Panaskan minyak dan tumis bawang merah yang telah dihiris.
4) Masukkan bahan-bahan yang dikisar tadi. tak payah letak semua. 3 sudu besar pun dah cukup.
5) Masukkan asam jawa dan biar mendidih sehingga minyak naik ke atas.
(bergantung dekat korang nak masak berapa lama sebab nanti kuah dia kering, aku suka lagi banyak kuah)
6) Masukkan garam dan gula dan akhir sekali masukkan ikan keli yang telah digoreng tadi.


SIAP!! aigoo..tengok gambar pun aku dah terliur...


2 comments:

deno said...

peberet ni tapi dah xleh makan

milopurple said...

kenapa xboleh makan??ruginye~hihi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...