Pada 19-21 April yang lalu, para pelajar bagi
kursus Sumber Tenaga dan Alam Sekitar telah menjalankan kerja lapangan di
Lenggong, Perak. Sepanjang program selama 3 hari tersebut kami telah dibawa
melawat ke pelbagai tempat seperti Stesen Jana Kuasa Empangan Chenderoh, Muzium
Arkeologi Lenggong, gua-gua tapak arkeologi dan tempat pembuatan Labu Sayong di
Kuala Kangsar. Selain itu kami turut mengadakan kaji selidik tentang kesan
pembinaan Stesen Jana Kuasa Chenderoh terhadap kehidupan penduduk di kawasan
sekitarnya.
Pelbagai manfaat dan ilmu baru telah kami
peroleh sepanjang kerja lapangan ini berlangsung. Kami telah melihat sendiri
stesen jana kuasa yang membekalkan kuasa eletrik ke seluruh negara, melihat
tapak-tapak bersejarah negara, mendapat pengalaman membuat labu sayung dan mendapat
pelbagai pengalaman dan ilmu baru. Selain itu kami telah mendapat pengalaman
menemubual beberapa orang penduduk kampung untuk tujuan kaji selidik.
Pengalaman ini telah meningkatkan kemahiran komunikasi yang ada dalam diri
setiap pelajar.
Secara keseluruhan, aktiviti kerja lapangan
ini sangat bermanfaat. Di samping mendapat pelbagai ilmu dan dapat menimba
pengalaman, pelajar turut dapat melapangkan minda apabila dapat belajar di luar
bilik kuliah.
No comments:
Post a Comment