Assalamualaikum..
alhamdulillah.. bersyukur ke hadrat ilahi.. akhirnya perancangan yang telah kami lakukan selama lebih 1 tahun bakal terlaksana pada esok hari.. ala, yang aku cakap nak fly tu.. esok la aku fly nye...
nak tau aku nak pergi mana?? hihi... insyaallah kalau tiada aral melintang esok kami akan berlepas ke Guangzhou, China...
actually program ni adalah di bawah Kelab Keusahawanan Kolej Dato' Onn, UKM.. oleh kerana akulah pemimpin kelab ini (cewahhh, ayat macam pemimpin negara) so, aku lah yang bertanggungjawab untuk buat program ini menggantikan ketua kelab sesi lepas.. that's why la aku asyik meeting mengalahkan presiden Columbia je...=)
untuk apa kami ke sana?? kami pergi sana untuk mengkaji gaya keusahawanan di sana.. untuk sesiapa yang tahu atau tidak tahu, Guangzhou ni adalah lubuk shopping.. kebanyakkan barang-barang di Malaysia ni diimport dari sana... so, prepare duit banyak-banyak la kalau nak pergi sana ye..
berdasarkan cerita-cerita orang yang pernah pergi sana, kalau barang branded yang harga rm300 di Malaysia, boleh dapat RM80 je di sana.. kualiti aku tak tahu la sebab esok baru aku pergi... tapi aku bukan jenis gila barang branded pon.. janji boleh pakai sudah la..
yang masalahnye sekarang ni, aku dah excited sangat nak pergi sana sampai dah tak ada mood nak exam.. esok last paper dowhh... nasib baik paper pb je, bukan subjek major.. mampus la aku nak mengarang ayat menjawab soalan esei esok...
=________=
No comments:
Post a Comment