Followers

Bahana Contact Lens~

Assalamualaikum...

zaman sekarang ni dah ramai orang yang pakai lens berbanding spek mata.. KEBANYAKKAN orang sekarang pakai binatang ni sebab nak mata nampak cantik..betul tak??  aku bukan menuduh, tapi kalau dah pakai lens yang warna BIRU atau PINK sampai tak nampak langsung keaslian warna mata orang asia tu bukan untuk nampak cantik ke?? 


tapi tak semua orang.. expecially orang macam aku yang pakai lens sebab rabun ni... aku start pakai lens lebih setahun yang lepas..  aku pakai lens pun sebab rabun dan aku tak suka pakai spek.. bagi aku kalau pakai spek mata kita tak bebas melihat sebagaimana kita tak pakai spek.. terutama kalau spek kita tu berbingkai penuh.. rasa macam tengah teropong dari dalam kotak je...


bagi sesiapa yang pakai lens ni mesti ada pengalaman sendiri masa mula-mula pakai atau masa dah advance.. masa mula-mula pakai lens, aku pakai yang colourless.. masa tu nak bezakan depan belakang pun tak tau.. masa tu kalau aku nak keluar kena bersiap 30 minit awal sebelum keluar.. nak pakai tu pun berapa kali ulang-alik basuh tangan sebab nak pastikan tangan betul-betul bersih.. paling dasyat masa mula-mula pakai dulu, aku akan pandang atas je sebab takut lens tu jatuh.. nak jalan pun pandang atas..  dapat bayangkan tak?? dah macam orang buta...  haha...  bila ingatkan balik rasa kelakar pulak... =______=


tapi aku tak boleh lupa pengalaman yang paling dasyat..  masa tu aku rasa kalau aku lambat sikit je keluarkan lens dari mata, maybe aku boleh buta...  semuanya angkara eye-mo dan ke'careless'san aku sendiri..


eye-mo selalunya digunakan untuk mata kering.. untuk aku, aku beli eye-mo yang antibacteria punya sebab mata aku selalu gatal-gatal.. n eye-mo ni memang tak boleh digunakan oleh orang yang sedang memakai lens.. 

untuk siapa yang pakai lens pula, ada jugak solution khas yang berfungsi macam eye-mo dan memang khusus digunakan semasa pakai lens bagi elak mata kering.. aku ada dua-dua solution ni.. 1 eye-mo warna pink, dan satu lagi solution untuk pakai lens warna biru..


nak dijadikan cerita, satu hari aku pergi study di library dengan kawan-kawan aku.. rajin tak aku? sejuk perut mak aku baca ni... biasa la kalau dekat library selalunya memang sejuk sebab aircond kuat.. bila aircond dah kuat mata mesti akan layu kering..  so, aku buka kotak pensil tengok ada solution terus pakai... dan KESILAPAN aku yang paling besar ialah AKU TAK TENGOK SOLUTION TU DULU!! 


lepas 3 minit macam tu baru aku terasa macam nak tengok solution tu.. arggghhhh.....  itu adalah EYE-MO, bukan SOLUTION UNTUK LENS!! aku dah menggelabah, cepat-cepat aku buka lens dekat situ jugak.. masa tu dah tak ada naluri nak cari toilet atau basuh tangan dulu dah...


nak tau apa jadi dekat lens tu?? lens tu jadi keras kematu..  jadi macam plastik keras yang selalu orang buat cover assigment tu... sampai macam tu sekali... cuba bayangkan kalau aku lambat keluarkan lens tu... argghhh... tak dapat nak bayangkan... 

nasib baik la selamat mata cek ni...  sayang aih, mata cek ni dua ja, tak da pengganti dah kalau hilang....

so kepada sesiapa yang pakai lens tu, semoga lebih berhati-hati lagi lepas ni... aku still lagi pakai lens tapi tahap caution tu lebih tinggi lagi lepas merasai pengalaman sendiri.. sebelum ni dengar orang cerita je tapi lepas kena betul-betul, baru insaf.. huhu


3 comments:

Anonymous said...

While the breast actives is really a section of the stairstep-breakaway comp plan is any time a distributor reaches a clear qualifying point, they then proceed to
exercise to see result?

Look at my homepage breastactivesexposed.com

Anonymous said...

salam.
saja saya nak kongsi. saya rasa contact lens tu keras bkn sbb salah letak ubat titis,tapi sbenarnya kalau kita tak rendam contact lens tu dlam solution dia,automatik dia akn keras bberepa jam lepas tu.
tapi tak dinafikan mungkin ada kesan kalau salah letak ubat..

Unknown said...

Contact lens yg dah keras tu still boleh guna ka bila dia dah lmut blik?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...