Followers

Saya dan Tun Dr. Mahathir Mohamad




22.03.2013. Hari ini dalam sejarah. I got to see Tun Mahathir Mohamad face to face. (Wah, fengsan akibat terlebih excited). Siapa tak kenal Tun Dr. Mahathir bekas Perdana Menteri Malaysia memang nak kena cepuk la kan.




Tun Dr. Mahathir dan wife dia Tun Siti Hasmah datang ke UKM sempena program bual bicara Mahasiswa Dan Kedaulatan Negara. Program mula pukul 9 malam tapi pukul 8 dah terpacak dekat DECTAR. Semua orang sangat excited nak jumpa bekas Perdana Menteri ni termasuk la saya. Mihmih.






Bila Tun masuk je dewan tu, i can't describe the feeling. Sangat teruja. Yes, i'm very admired him. But when i see muka Tun dengan wife dia, terasa macam atuk dan nenek sendiri pulak. Sangat kesian tengok Tun Hasmah jalan kena pimpin. Yela, orang dah berumur kan. And they are older than my own grandmother. Panjang umur.


Sepanjang bual bicara tu, banyak cerita yang Tun kongsikan. Dan sangat benar, kita tak boleh dengar rumour dari orang lain. Kalau nak tahu cerita sebetulnya, kena tanya pada tuan cerita itu sendiri. Contohnya cerita pasal masa Tun letak jawatan as Perdana Menteri dulu, duit Malaysia tinggal sedikit. Dan ramai orang cakap Tun yang ambil duit tu. 


But the truth is, memang Tun akui sendiri masa tu duit tinggal sikit tapi sebenarnya duit duit tu dia laburkan ke arah yang akan menyumbang kepada pemdapatan negara di kemudian hari. Kira pelaburan la. Contohnya buat KLIA yang telan kos juta juta. Dan sekarang ni dah dapat hasil. Sempat jugak Tun buat lawak, Tun cakap dia laburkan buat Putrajaya dan ramai cakap membazir. Tapi sekarang ni tempat tu la yang orang dok pergi.




Masa sesi soal jawab ada student tanya pengalaman Tun lalui saat saat getir masa kegawatan ekonomi Malaysia dulu. Dan Tun cerita la macam mana dia lalui masa tu. Dia selidik kenapa matawang kita jatuh, selidik macam mana bank berurusan. And lastly he said, 'ni rahsia ya, jangan bagitau orang'. Haha. He told satu dewan pastu dia cakap ini rahsia. :p





And the most excited one, saya dapat salam dengan Tun Siti Hasmah. Twice. Agak agak Tun perasan ke tak budak yang sama je asyik salam kan. Hikhik. 


1 comment:

Unknown said...

kejap, jgn cakap kita duduk dekat2 je.. Haha.. seronok kan, dpt jumpa Tun berdua depan2..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...