Followers

Rahsia Cantik RM5 di Daiso




Orang cakap, benda yang baik jangan guna sorang sorang, lebih baik dikongsi untuk kesejahteraan hidup sejagat. Cewahhh.... Ekceli sebenarnya selalu jeles dekat orang orang orang yang selalu share produk bagi cantik yang diorang pakai. Tapi nak beli dengan duit PTPTN yang seciput sedut tu sangat la mampu memudaratkan diri dihujung semester nanti. 


Makanya demi nak cantik tapi duit pun selamat, marilah sama sama kita serbu Daiso. Tau tak Daiso tu binatang apa? Daiso tu kedai yang jual macam macam barang termasuklah perkakasan rumah, pinggan mangkuk, produk kecantikan, barang hadiah, alat tulis dan macam macam lagi yang berharga RM5. Semua barang dalam kedai ni lima hinggit weh. Dan barang barang ni semua diimport dari Jepun. Amek kau. Tak dapat merasa pergi Jepun, dapat beli barang diorang pun jadi la kan.



Kalau masuk Daiso ni sangat sangat best. Sebabnya banyak barang barang yang tak ada dekat Malaysia, ada dekat sini. Contohnya macam kayu untuk pakai kasut sarung tanpa tunduk pegang kasut, bekas buat aiskrim paddle pop sendiri dan macam macam lagi. Kalau nak tahu benda tu macam mana, pergi Daiso tengok sendiri.


Dan yang paling best, kita boleh cantik hanya dengan lima hinggit. Dekat Daiso ni ada macam macam produk kecantikan dan barang make up. Dan yang paling popular adalah Charcoal Mask ni.




Sebab apa saya cakap popular? Sebab dah nak dekat sepuluh kali saya cari dekat Daiso The Mines dengan Daiso Aeon Ipoh dari tahun lepas tapi asyik out of stock je, last last dapat dekat Daiso Mid Valley. Punya susahnya nak cari benda ni. Kalau dekat online diorang jual ada yang sampai RM25, padahal harga sebenar RM5 je. Hamboiiiii....


Charcoal Mask ni fungsinya untuk hilangkan blackhead dan whitehead. Guna dia macam guna gam. Sapu pada bahagian hidung, lepas dah kering, tarik. Memang akan nampak kesannya lepas tarik tu. 



Kalau tak nak jenis gam gam boleh guna Pore Care Pack ni. Hanya perlu tampal je kat hidung. Fungsi nya sama juga macam Charcoal Mask tu. Dalam satu kotak ada empat pack so boleh guna empat kali. Tapi best lagi Charcoal Mask tu.



Kalau nak kulit muka sehalus bayi pula, boleh cuba BB Face Mask With Collagen ni. Harga dia lima hinggit juga dan dalam dia ada dua keping mask macam ni.



Pakai sebelum tidur dan pagi esok boleh la usap usap pipi doplohpat jam. Siyesly kulit muka akan jadi lembut. I love this the most. Tapi jangan silap pilih pula sebab dia ada dua jenis. Satu with Collagen satu lagi with Hyaluronic Acid kalau tak silap. Baik amik collagen punya sebab acid kan tak elok.

So, apa lagi. Jom serbu Daiso..... :D






8 comments:

eimah siti said...

betul2...charcoal mask tuu mmg laku pn...mcm goreng pisang yang masih panas....yg jual smpai RM25 tuu mmg cekik darah la....

Nadia Johari said...

wah rm5 je..kne serbu ni..

EddiE ¯°☺°GiLaX - Mu$iC°☺°¯ said...

wahhhhhhhhh nice info... tqqq. :)

Miss Purple said...

betul2..

Miss Purple said...

cepat2 serbu daiso.. :D

Zurina said...

wah! info yg bgus...nk g daiso la sat g...:)

psst my secret said...

salam dear,nk kirim boleh?kita stay klantan,xde mende alah daiso2 ni..nk kirim banyak2..utk kwn2 skali.kite bli on9 hritu rm30 utk 2botol :(

Specky Berry's jotting said...

Assalammualaikum dear. Good info you got there. Just to add on regarding the hyaluronic acids. Actually its really good for the skin as its nourishes, rejuvenates and repairs the skins. It also act as an anti wrinkles. Its just as good as the one with collagens. So in case the one with collagen is unavailable you may try the one with the hyaluronic acids. Heeee sharing knowledge ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...