Assalamualaikum..
masa balik dari ukm untuk start cuti hari tu my family datang ambil kat ukm... ni kali ke-3 family datang ke ukm sepanjang 2 tahun belajar kat sana... first masa hantar daftar, second masa aku kena operate dulu (aku tak pernah cerita dekat blog) dan ni kali ke-3... ni pun mak beria-ia nak datang ambil sebab rindu kat anaknya yang baru balik dari oversea + aku demam....
kalau family aku datang kl, tempat yang wajib ayah aku singgah ialah chow kit road... mesti singgah pasar chow kit untuk beli barang... sebenarnya bukan nak beli barang sangat pun, pasar dekat ipoh ni pun berlambak tapi mak dengan ayah aku nak mengimbau balik zaman-zaman diorang duduk kl dulu... masa ni la dia ingat balik kenangan tempat kerja lama, rumah lama, pergi dating dekat mana (eh,ada ke?!)...
gambar ni ihsan pak cik google... |
dan kali ni ayah aku siap lalu dekat Hospital Kuala Lumpur iaitu tempat aku lahir... kesian kat aku kan? dah 20 tahun hidup ni baru tengok tempat lahir sendiri... huk... huk...
gambar ni pun ihsan pak cik google.. |
tiba-tiba dia tanya dekat ayam tu, eh dekat kakak aku... 'tahu masak?'... kakak aku cakap la tahu.... pastu dia tanya balik 'ayam ni nak masak apa?'... kakak aku bodoh-bodoh je jawab nak goreng... pastu pak cik tu reply... 'hah, buat goreng pastu bagi mak mertua makan... pastu ayam ke mana gigi mak mertua tu pun ntah ke mana'... mak aku dengar gelak la... yang kami pulak terpinga-pinga.... lepas tu mak aku cerita dekat ayah aku sambil gelak giler-giler sampai keluar air mata... baru la kami tahu yang tu ayam pencen...
gambar ni pun ihsan pak cik google.... kesimpulannya semua gambar dalam entry ni ihsan pakcik google... *gigihnye aku bagitau satu-satu.... |
so lepas ni kena tahu ye ayam yang warna kuning tu ayam pencen... kalau tak sampai tahun depan kena bahan macam kakak aku... haha
3 comments:
hahahha..ika tumpang gelak .hikhik
hehehe, patah gigi mak mertua.. x psal3 reject..
haha,yg tak leh tahan potong ayam mcm dah lama dendam ngan ayam tu.. :P
Post a Comment