Assalamualaikum..
trip group kami dari UKM seramai 14 orang students, 4 orang pengiring dari kolej, dan 2 orang pengiring dari CESMED.. CESMED ni adalah sponsor utama program ni sebab kami berkerjasama dengan diorang.. nama program ini adalah Jelajah Prospek Perniagaan Di China dan tujuan utama kami adalah mengkaji peluang-peluang perniagaan kat China yang boleh di bawa ke Malaysia.. tapi tujuan ini akhirnya terpesong sebab barang-barang kat sana yang murah.. terus jadi trip shopping pulak.. =)
baru unite dengan travel agent China.. excited tengok diorang punya kertas nama UKM tu..=) |
kami bertolak dari UKM pukul 2 pagi, padahal flight pukul 5.30 pagi.. memang sempat la kami duduk berkelah kat LCCT tu.. siap makan nasi goreng lagi duduk bersila ramai-ramai.. memang style la.. tapi suasana dekat LCCT tu pun memang tragis (ceh, ayat tak boleh nak gempak lagi).. orang ramai bergelimpangan tidur merata-rata.. mungkin sebab flight diorang delayed lama sangat tapi keadaan kat situ dah tak macam airport dah.. memang kesian tengok orang ramai tidur sambil terbaring atas lantai je.. tapi aku sure tu bukan orang Malaysia sebab selalunya orang luar yang akan buat selamber rock macam tu..
kami ke sana dengan penerbangan AirAsia dan seat ak dalam flight no 10C kat tepi laluan, ingatkan dapat la duduk tepi tingkap tapi tak dapat.. perjalanan kami ambil masa 4 jam dan sampai di Baiyun International Airport pukul 9.30 pagi.. 4 jam dalam flight dengan keadaan kerusi yang tegak memang tak selesa.. dah la duduk tepi laluan orang berjalan.. sampai aku dah hafal muka-muka peramugari dengan peramugara kat situ yang tak reti nak duduk diam...
biasa la dalam AirAsia ada jual makanan, tapi harganya wowww.... mencekik betul... nasi lemak sampai RM9, mineral water pun sampai RM4.. nasib baik la dia jual pagi dan aku jenis tak selera makan pagi-pagi, kalau tak mesti aku yang mengkayakan AirAsia ni... tapi bila tengok cina sebelah aku makan macam sedap je... =_____=
selepas 4 jam tidur dalam keadaan tegak, aku pun sampai di Baiyun International Airport Guangzhou... but perjuangan baru bermula.. kalau di LCCT kawalan tak berapa ketat, but kat BIA ni kawalan dia ketat giler.. kena cam muka bagai... sampai ada member aku kena cek dalam bilik khas sebab dia suruh orang lain tolong pegang pasport dia... tak pasal-pasal je.... fuhhh.....
morning view of the sky..
pemandangan Guangzhou dari udara..

di Guangzhou ada jejantas untuk jalan dari kapal terbang ke airport...
kat Malaysia kena naik tangga.. =___=
pemandangan Baiyun International Airport dari dalam bas.. |
1 comment:
hi miss purple~~
huhuhuhuhuhuhu
Post a Comment