Assalamualaikum..
Sekarang ni dekat Ipoh setiap petang hujan lebat, selalunya bulan ramadan musim panas tapi sekarang ni lagi 3 hari nak puasa tapi still lagi musim hujan... hujan kalau sikit-sikit tak pe jugak, ni hujan lebat yang boleh menyebabkan banjir punya... jangan pulak tiba-tiba rumah aku tenggelam bulan puasa ni... kalau jadi memang dalam sejarah la, 20 tahun aku hidup first time merasa banjir....
petang semalam aku kena jadi driver bawak mak + adik beradik aku settlekan beberapa urusan yang tak pernak habis-habis... erkkk,.. pernah tak korang rasa jadi driver?? kena ikot je bontot orang nak pergi mana.. and bila dah sampai tempat yang dituju, kena tinggal sorang-sorang duduk dalam kereta dan tunggu sampai urusan dyorang habis... what the......?? =______= macam mana la ada orang yang boleh kerja jadi driver tu...
dan masa otw nak balik rumah tu hujan mula turun dengan lebatnye.. terlalu lebat ok!! sangat lebat sampai tak nampak jalan... and this is my first time drive dalam hujan yang sangat lebat tanpa kehadiran ayah disisi... (ayat poyo lagi tak boleh!!) .. dan masa ni la aku rasa aku telah menjadi driver yang sangat berhemah dengan membawa kereta dengan kelajuan 30km/j.. sangat berhemah kan?? mak di sebelah dah berzikir panjang melihat anaknya membawa kereta dengan begitu berhemah.. ok fine!! ini tipu.. mak berzikir panjang sebab risaukan anaknya yang tak habis P lagi bawak kereta dalam keadaan tak nampak jalan...
nak jadikan cerita lebih tragis.. tiba-tiba sampai tengah jalan banyak kereta berhenti.. dalam fikiran aku dah ingat ada excident je.. yela, takkan la road block pulak.. polis mana yang terlalu taat setia pada negara sangat sampai nak buat road block tengah-tengah hujan lebat tu...tapi tekaan aku salah.. rupa-rupanya jalan tu dah naik air... masa ni dah teringat lagu 'banjir oh banjir, kampung kita naik air oh'... kalau siapa tak tahu lagu apa ni pergi telan garam banyak-banyak...
jalan tu jadi jamed sebab ada beberapa buah kereta yang tuannya lebih sayangkan keretanya dan sanggup membazir duit minyak nak patah balik... oleh kerana aku pakai kereta bapak aku dan aku pun tergolong dalam golongan yang sayang kereta, aku cadang nak patah balik ikut jalan lain tapi mak aku cakap jalan lagi satu tu pun mesti banjir jugak.. so, terpaksa la kereta aku mencekalkan hatinya untuk meredah banjir... masa tu memang doa kereta tak mati enjin tengah-tengah banjir tu je.. kalau mati enjin je, habis!!
alhamdulillah nasib baik kereta 'bapak' aku (sila baca guna intonasi macam dalam cerita Anakku Sazali) dapat survive sampai rumah walaupun gear dah berbunyi akibat masuk air... but the most important is I got experience.. next time tak ada la cuak lagi..=)
No comments:
Post a Comment