Followers

Kes Jenayah Lagi.



Assalamualaikum..




tengok , baru 2 hari lepas aku cerita pasal jenayah yang pembantu rumah Pak Nil pencuri , ni jadi lagi kes jenayah. yang peliknya kes ni jadi dekat dalam u yang ramai pak cik guard kepala botak perut buncit naik motor mintakkaki eh kawasaki. 


memang tak ada kesedaran sivik dan perasaan gentar langsung dalam diri penjenayah penjenayah ini. hah, kan dah keluar ayat buku teks sivik dan kemanusiaan. 


ingatkan dalam u ni lagi selamat sebab ramai pak guard yang selalu clamp kereta dan motor dekat tempat parking dan letak surat saman 50 hinggit satu kesalahan , tapi sebaliknya dekat dalam u ni pun berlambak kes jenayah yang dasyat macam kes pecah mesin ATM dan rogol. 


ke tugas pak guard ni hanya untuk clamp clamp je kot. ntah la.



Testing Testing New Born Baby



Assalamualaikum..

Yes!! akhirnya dapat jugak download application blogger kat henset cikai ni. Tu pun lepas berhempas pulas mengerah tenaga zahir dan batin hentak hentak baling de dinding henset baling hanjing ni pastu download balik.

Almaklum la nak beli ipong tak mampu, beli aiskrim pong pong mampu ler. So, henset tritriten ni je jadi peneman setia. *sape rasa kesian boleh pm aku mintak alamat untuk post laju ipong tiga guni.

Kembali ke tajuk asal. Let's welcome our new born muslimat umat Nabi Muhammad to this Islam world. Nursyaza arissa binti sohaimi. My Pak Jang's new daughter. Very cute baby girl!:-) 
Published with Blogger-droid v2.0.9

Kualiti Gadjet China ada Gred?


Assalamualaikum..


entry sambungan dari entry Hard Disk 2 Tera RM50.


orang selalu cakap gadjet gadjet buatan China tak elok cepat rosak senang punah ranah.  masa aku nak beli gadjet gadjet dekat sana pun aku rasa was was. takut la kita beli jauh jauh, baru turun kapal terbang tak sempat nak tayang dekat sanak saudara mak jemah sebelah rumah dengan tok selapit, dah rosak kan. sayu je hati gantung dekat frame buat kenangan beli jauh jauh.



masa dekat Galaxy Computer Plaza , Guangzhou tu aku sembang dengan owner satu kedai tu. walaupun sembang ibarat ayam dan itik yang sedang bercekau, tapi aku paham la sikit sikit bahasa cina murtad dia.


ekceli barang barang dekat China yang murah murah ni sebenarnya tiruan. dah nama pun produk China, memang tak sah la kalau bukan ciplak kan. tapi barang ciplak diorang ni memang diorang tiru seratus peratus macam asal punya dan ada gred. dah macam telur ayam pulak kan ada Gred A Gred B bagai. 




ketahanan barang barang tu ikut gred. macam Gred A memang ketahanan tip top dan harga mahal sikit. Gred B sederhana tahan dan Gred C tak tahan. tapi kalau tengok Gred A, B, C tu memang sama sebijik seratus peratus macam yang original. memang diorang je yang tahu nak bezakan Gred tu.


paling best bila kita dah beli gadjet dekat kedai A pastu pergi kedai B orang tu cakap yang kita punya tu yang tak elok punya. pastu kedai C pulak cakap lain. hah, tu namanya nak mintak kaki yek!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...