Followers

Hard disk 2 Tera RM50.



Assalamualaikum...


ekceli ni kisah lama yang dah bersawang sawang. sebelum baca sila tiup dulu sawang sawang kat atas kepala tu. fuh fuh.


hah,  percaya tak ada hard disk 2 Tera RM50  je? sila percaya walaupun sukar jiwa raga perut ketiak bulu kaki nak menerimanya.  siyes la, tapi bukan dekat Malaysia.  aku beli dekat Guangzhou hari tu. aku tak tahu dekat Malaysia ni ada ke tak hard disk 2 Tera ni, kalau ada pun mesti susah nak cari dan harganya mesti beratus kan? kalau 250 GB pun dah seratus lebih, ni pulak sampai 2 Tera kan.



aku beli hard disk ni pun bagi hadiah birthday adik aku, dia yang nak sangat. dah alang alang dekat sana murah aku beli je la. aku beli brand Samsung sebab nipis dan smart, tapi felo aku cakap brand WD lagi okei dan tahan. harga dia 100 Yuan je bersamaan RM 50. so, sila percaya sambil pendam perasaan jeles dalam hati. hihi.




untuk aku pulak aku ambil ipod nano je. sama jugak harga dia 100 Yuan , RM50 sahaja.  tapi aku sangat suka ipod ni sebabnye first sekali dia ada camera , second dia punya tempat tekan tu ada sensor, kalau nak slow or naikkan volume just buat gaya macam pusingkan benda tu je. tak payah tekan pun.  dan lastly, memory dia 32 GB. hah, hambik kau.  nak letak cerita Running Man berpuluh episod pun boleh. 



same like mine tapi aku punya belakang dia ada kamera dan dia ada tulis 32 GB. but sadly aku lupa letak dekat mana. :(


apa lagi yang best dekat sana? hah, kawan kawan aku beli jam berkamera. hah, bukan jam je yang ada dekat situ, ada pen berkamera n macam macam lagi. dah ala ala cerita James Bond pulak. 



ni la jam tu, ada macam macam bentuk. untuk sport ada, tali kulit ada.




jam ni boleh rakam video tapi video dia tak ada la pancar pakai cahaya LCD macam dalam cerita fantasi omputeh tu. dia kena connect ke komputer guna USB. jam ni harga sebenar dia 160 Yuan bersamaan RM80 then dapat less RM50 je. 


tapi kalau aku, aku tak galakkan korang beli binatang ni.  kalau jatuh ke tangan orang yang salah memang hancus merana hidup. terutama bagi wanita wanita anggun di seluruh dunia. kalau kita jumpa jam dekat dalam toilet mesti buat no heh je kan. padahal sebenarnya jam tu elok je rakam apa yang kita buat. memang nahas!



okei, gadjet gadjet ni semua aku beli dekat Galaxy Computer Plaza , Guangzhou, China. dekat sini ada 3 bangunan bertingkat tingkat macam Low Yat yang duduk sebelah sebelah jual gadjet.  memang sini la tempat gadjet gadjet tu berkumpul sanak saudara cucu cicit piat piut . 


tapi kami pergi dekat bangunan tengah je sebab travel agent cakap dekat sini lagi murah. pusing satu bangunan ni pun dah rambang mata, tangan dan poket, terima kasih je la nak pergi tiga tiga bangunan kan.


tapi siyesly aku frust sangat sangat sebab tak dapat beli i-phone 4 dekat sini. cuba teka harga dia berapa?  tak pe la biar aku bagi tau.  harga dia 350 Yuan je bersamaan RM175. bapak murah la. 


kalau aku pergi sini first day masa duit tengah tersembul sembul meronta nak keluar dari poket, konfem aku beli.  ni tak, kitorang pergi sini hari kelima masa duit pun tinggal zarah zarah nipis je dan ada 2 hari lagi sebelum balik. say bye bye jumpa lagi next time sambil kesat air mata berjujuran je la.



nak tahu pasal kualiti gadjet China ni boleh tengok dekat sini ye.






Wanted : Pembantu Rumah Aznil Pencuri



Assalamualaikum..



siapa ada jumpa pompuan ni cepat kol polis tau!  kesian Pak Nil.



ishh, sekarang ni macam macam kes jenayah ada.  duduk rumah pun rasa dah tak selamat apatah lagi duduk hostel.  sebelum raya haji hari tu kecoh dekat kolej aku pasal ada bilik budak pompuan kena masuk pencuri.  pencuri tu sempat ambik purse je dan tinggalkan laptop sebab tangan tak cukup panjang lagi. 

masa siang pulak tu!  tengahari buta pun tangan tu tak boleh duduk diam, apatah lagi malam.


tapi tak boleh nak salahkan pencuri tu 100% sebab budak pompuan tu pun salah jugak. ada ke patut dia pergi toilet tinggal je bilik ternganga tak berkunci.  memang sendiri cari penyakit la kan.   


yang kawan aku kolej lain pun bilik kena masuk pencuri masa pergi toilet jugak.  habis semua kena bawak lari. tinggal kunci kereta je terkontang kanting cakap selamatkan aku selamatkan aku dari tangan penjenayah itu.


sekarang ni memang kena hati hati giler.  nak pergi buang sampah dekat tong sampah koridor pun aku kunci pintu walaupun sekangkang kera. kalau PTPTPU tu bapak aku yang punya tak apa jugak kan.  aku mintak RM10 000 sebulan tak payah bayar balik. next month up RM 50 000 pulak. oh , indahnya dunia. 

masa tu korang nak rompak barang aku ulang alik setiap doploh saat pun tak pe. tapi amik gula gula sekupang empat dalam almari je la ek. aku tak ada barang berharga pun.  huhu





Cicak Leopard Gecko



Assalamualaikum.

  
kalau cakap pasal cicak tokek mesti ramai yang tau kan?  cicak yang bapak besar menggerutu tak cantik bising. tapi ada khasiat untuk ubat HIV dengan AIDS tu kan.  tapi selain cicak tokek tu, sebenarnya banyak lagi cicak yang saiz besar.  contohnya cicak yang encik hati manis bele ni.  tapi ni bukan cicak tokek.  cicak ni namanya Leopard Gecko.


first time aku tengok gila bapak peghak la.   kalau Aiman Hakim Ridza tengok aku , konfem cakap wadahel budak ni jakun bapak. then aku goreng cicak ni hidup hidup sumbat dalam mulut dia sebab nak cover malu.  boleh? 


kali pertama tengok cicak yang besar dan cantik weh. sape tak peghak. kalau cicak ni la yang bergantungan dekat syiling rumah malam-malam tu,  konfem ayah aku takkan lastik cicak guna getah sayur bagi kucing makan dah. ayah aku bagi makanan kucing dekat binatang ni ada la bagi dia membiak banyak-banyak lagi bagi cantik rumah.



ini la Leopard Gecko. cantik kan warna dia.  biru kuning.  tapi kalau ada purple mesti lagi cantik. ^,^




cicak ni hidup suami isteri berdua je.  sekor nama Goku , sekor lagi nama Gohan.  Dragon Ball sangat kan.  aku rasa bini dia ni mandul kot sebab sampai sekarang tak dapat anak lagi.  ke jantan tu yang mandul. tapi aku tak tahu yang mana jantan yang mana betina. yang penting dua-dua cantik.




ini lah rumah diorang.  cukup la satu bilik kan. buat apa banyak banyak,  anak pun tak de.




okei yang ni jangan tanya aku diorang tengah buat apa kat dalam tu. sumpah aku tak tahu.


cara bele Leopard Gecko ni senang je.  dia makan cengkerik dengan ulat mealworm yang dicampur dengan calsium.  calcium ni bukan calci-yum yang makan makan boleh jadi tinggi kalah tiang letrik tu yek. karang ada yang suap binatang ni makan calci-yum pulak dah.  ni calcium B3 memang khas untuk binatang ni.  tujuannya supaya binatang ni tak kena penyakit. 


amacam,  hensem tak saya?


orang suka bele binatang ni sebab dia senang nak manage, tak de bau bau busuk bagai.  tapi kalau aku nak bele terima kasih je la.  tengok makanan dia je dah buat aku nak lari. ^__^




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...