Assalamualaikum..
hari ketiga raya... masih di kampung di Yan, Kedah... duduk di kampung belah ayah aku ni memang penuh dengan gelak tawa... tambah-tambah bila dah lepak sekali dengan Mak Ngah aku, memang rasa nak pecah perut aku gelak...
kalau balik kampung Kedah ni, ada beberapa perkara wajib yang kami buat... belakang rumah tok aku ni bendang... bendang yang luas n background dia Gunung Jerai... memang cantik sangat-sangat... tambah cantik kalau ada pelangi time lepas hujan... wow, memang cantik ciptaan Allah...
so bila dah ada bendang, memancing ikan kat petak sawah adalah aktiviti yang tak boleh lepas... ayah dengan Pak Lang aku memang suka tangkap ikan... memancing, menjala, short karen, memang ayah dengan Pak Lang la pakar... aku pulak kalau balik kampung je mesti muka terbakar akibat berjemur kat sawah padi...
kawasan rumah tok aku ni jugak banyak air terjun dan dekat dengan laut... so setiap kali balik kampung family kitorang mesti pergi berkelah dekat air terjun dan jalan-jalan dekat tepi laut... air terjun yang selalu kitorang pergi Air Terjun Perigi dekat Gunung Jerai dengan Kawasan Rekreasi Batu Hampar... Air Terjun Perigi ni yang Remy Ishak dengan Maya Karin berlakon dalam cerita Cun tu... air terjun dia memang tinggi, sejuk dan sangat best!! laut pulak kami selalu pergi Pantai Murni dengan Tanjung Dawai... bestt!!
1 comment:
Kwsn rekreasi batu hampar? Dekat sgt dgn kg sy tue...hehe!
Err, buat apa sampai kene short karen tuh?
Post a Comment