Followers

Yeay, Saya Dah Siap Tesis !



Hai hai hai.




Bila terhasilnya gambar di atas dengan tajuk entry yang tak semenggah tu, maka korang semua haruslah tahu bahawa sekarang ni aku dah free. Yeayy! Mood excited menerjah diri. Aku dah siap tesis weh. Aku buat buku tebal hijau tak lawa tu. Nama aku tu. Siyesly!!


Oh, masih terasa di awang-awangan dan tak percaya. Walaupun dah hantar tiga hari yang lepas, tapi hari-hari bangun pagi mesti teringat tesis dah hantar ke belum. Pastu bila mood lepak-lepak tengok Running Man sepam dua, tiba-tiba rasa macam eh, betul ke boleh relax ni? Tesis dah siap ke? Haha. Nampak sangat buat tesis ni dah jadi igauan nyeri.


So, bila dah siap semua ni. Haruslah aku ucap terima kasih dekat orang-orang yang banyak tolong masa aku susah dan senangkan. Amalan ibarat kacang lupakan kulit haruslah dibuang jauh-jauh ye anak-anakss. 


Firstly, special thanx to my supervisor Prof. Shukor yang mula-mula digelar daddy, tapi dah turun pangkat jadi bapak tiri sebab dia suruh Dr. Ahmad tanya soalan masa aku present hasil hari tu. (Ciss, nasib baik dapat jawab). Prof yang sangat banyak ilmu pasal binatang dan sangat sporting share cerita macam-macam. Selalu belanja makan masa dekat Kuala Gula dan siap bagi elaun masa kitorang duduk sana. Sayang prof ketat-ketat. Maaf lah sebab selalu suruh prof semak tesis masa dah dekat-dekat due date. Hikhik. Jangan lupakan kami bila dah dapat gelaran Dato' nanti ye Prof. =)


Bapak tiri.


Secondly, kepada Abang Faiq, Research Assistant prof dekat Kuala Gula. Maaflah sebab selalu menyusahkan bila kami datang sana. Thanx banyak-banyak sebab selalu belanja beli barang dapur untuk guest house PERHILITAN tu bila kami datang sana, sampai habis duit gaji tu. Hehe. Terima kasih sebab rajin melayan kami kami kami ni, sanggup cari goreng pisang merata ceruk bila kami teringin nak makan. Bawak naik bot pergi cari kerang besaq-besaq. Tolong gelak bila kitorang bergelut dalam selut. And all the memories...


Tau kan Abang Faiq yang mana? Bukan yang pakai tudung hitam tu yek.


For my freinds like siblings, Basyi and Madi. Ahhh, dah macam adik beradik dah dengan dua ekor ni. Kehulu-kehilir naik motor bertiga pergi kedai. Teman gaduh, teman masak, teman tengok movie malam-malam sampai aku tidur dulu. Thanx sangat-sangat. Mieya ngan Syiro jugak. Thanx sebab tolong aku collect data masa mula-mula tu.


Le siblingsssss....

And lastly, orang yang paling kuat membebel suruh siapkan tesis. Selain parents. Thanx la ek. Nasib la kawan dengan orang kuat membebel ni. Jangan ingat perempuan je kuat membebel ek. Hikhik. :)



Finally! Alhamdulillah. Syukur.


2 comments:

hana hadi said...

cmcm xsangka dapat siapkan tesis kan kan..

Busyra Takiyudin said...

wah dah siap. rasa lega kan lepas siap.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...