Hari tu aku ada bagitau sebab aku malas nak update blog. Sebabnya aku ni jenis kalau update entry, wajib ada gambar. Yela, bila ada gambar, nampak berseri sikit kan sambil baca boleh tengok-tengok gambar. Dan aku pon suka baca entry orang yang ada gambar. Kalau karangan je sampai empatpuluhdua page, mampuih berdengkoq aku depan laptop semata-mata baca cerita tak berfaedah.
Lagipun kalau ada gambar banyak-banyak ni, tak payah nak taip panjang-panjang lebar nak cerita sebijik-sebijik. Contohnya macam gambar atas ni, korang tengok pon dah tahu aku tengah buat apa kan. So tak payah la aku buat karangan panjang lebar bagitau aku tengah observe burung menggunakan microskop yang dipegang dengan tangan kiri. Tangan kanan pulak tengah pegang pen biru, sehelai kertas dan sebuah buku dengan kedudukan pen diatas kertas dan pen dan kertas di atas buku. Mampus nak terang sebijik-sebijik. Orang pun bukan nak tau kedudukan pen, kertas dan buku tu pon kan. Macam orang cakap, 'Picture tell everything'. Cewaahhh...
Lagi satu sebab aku malas nak update, sebab aku tak tahu nak susun ayat! Aku rasa skill aku buat karangan sampai Cikgu Salmah puji melambung masa sekolah menengah dulu dah hilang. Susah la nak buat ayat bila menaip. Dulu pakai pen, susah nak padam. Sekarang ni, ayat tak best sikit je, backspace! Kejap kejap delete. Last-last lima jam mengadap benda yang sama tapi satu ayat pon tak buat lagi.
Aku jeles tengok blogger-blogger yang pandai susun ayat cantik-cantik. Perenggan first cakap pasal satu benda, perenggan kedua cakap benda lain. Aku pula rasa macam semua benda nak buat dalam satu ayat je. Idea banyak, tapi tak tau nak susun ayat -,-'
Dah la bukan budak sastera. Aku rasa orang sains ni memang tak kisah kot kalau ayat tunggang langgang. Yang penting apa yang nak bagitau tu, orang faham. Ke aku sorang je macam tu? Tapi aku tengok macam lecturer-lecturer aku pun. Majoriti jenis lagi pandang kesalahan tak bubuh titik di hujung ayat berbanding ayat tunggang langgang. Ke titik tu lagi penting? -,-
And last reason, aku malas nak update blog sebab....... Aku tak tau nak tutup entry macam mana. Macam entry ni la. Ok. Tergantung sampai sini je. Bye!
Terima kasih sudi baca. =)
p/s : Korang pernah tak baca karangan budak sekolah takut hantu yang ramai share dekat fb tu? Memang failed!
1 comment:
Malas sebab xde mood, bila ada mood berderet la pulak nak taip. Hehehe.
Post a Comment