Well hello. Selepas dah habis exam jumaat minggu lepas dan berjaya kembali ke tanah air, (cewah, tanah air) ke kampung halaman. Now, i'm here in Pertubuhan Peladang Kawasan Sungai Siput (U). Dah tiga hari ko, aku start praktikal. Dan alhamdulillah, tiga hari yang sangat bosan ini sudah berjaya ditempuhi dengan jayanya.
First day lapor diri, bos awal-awal dah cakap tempat ni tak ada bahagian yang aku study which is Environmental Science. Pertubuhan Peladang ni more kepada kawalselia para peladang kawasan Sungai Siput dan bahagian keusahawanan untuk jual-jual barang bekalan pada peladang. So, i said. Dah tau tak ada, kenapa terima masa aku apply dulu? Ngekk la. (tapi aku jawab dalam hati je la. Nak mampus sound dia macam tu)
Tapi lecturer aku cakap tak apa la. Cuba kaitkan mana-mana yang berkaitan. Hmm, apa yang berkaitan ek? Kerja aku hari-hari, jawab telefon. Agak-agak berkaitan tak? Hahaa.
Tapi aku happy la duduk sini. Sebab office ni tak ramai pekerja. Only less than ten. So aku cepat kenal semua. Perempuan dekat sini ada dua orang je n still muda lagi. Diorang pun tak sombong. And yang paling best sebab dekat dengan family. Balik-balik kerja, mak sambut dengan senyuman. Buka tudung saji, makanan terhidang. Yeayy! I'm a happy kids!
Masa aku masuk sini, diorang tengah busy dengan persiapan Mesyuarat Agung Pertubuhan Peladang. So aku just tolong mana yang patut je. Dan pagi tadi dah selesai mesyuaratnya. Dan aku pun dapat dua hamper sebagai hadiah. Alhamdulillah. Rezeki.
Entry ni tak ada gambar. Malas nak snap. Kalau ada nanti aku upload ye. Bye!
No comments:
Post a Comment