Followers

I Love Ukm

Masa kena buat pilihan nak masuk u masa kat matrik dulu, pilihan aku sume ukm. dalam borang upu tu kena isi 8 pilihan, 7 ukm n 1 je aku letak um. 




kenapa ukm??

alasan aku yg paling kuat masa tu sebab kakak aku kat usm, penang. kakak saudara kat uum, sintok. matrik kat kulim, umah tok kat yan, kedah. semua kat utara! 


rumah aku pulak kat ipoh, perak n balik2 akan pusing kat utara je. aku nak cari kelainan pulak, nak try kat selatan walaupun tak de la selatan sgt ukm ni. 

kenapa tak upm??

family aku ni fikiran lain sikit kot. bagi parents aku, upm tu low sebab dulu u tu tuk pertanian je. sampaikan masa aku dapat tawaran ukm ayah aku biasa2 je sbb dia ingatkan upm. 


after dua tiga hari pastu baru dia tanya balik, upm ke ukm, n pastu baru dia bangga n senyum meleret2 je. hehe. 

kalau mak aku xpayah ckp la, dapat2 tau je terus nangis sebab xsangka aku dapat ukm, universiti KEBANGGAAN malaysia tu. aku pun bangga walaupun masa tu aku tak tahu 1 benda pun pasal ukm ni.

ukm's life..

masa sebelum aku datang sini, aku bayangkan ukm ni kat bandar macam kl, busy dgn kenderaan, traffic light sana sini, byk shopping complex tapi bila dah sampai kat sini, haha, jauh panggang dari rupa, betoi ke peribahasa aku ni??hihi. 


tempat ni memang berbeza sgt2 dengan imaginasi aku. tempat ni dikelilingi hutan, banyak pokok n jauh dari kebisingan bandar. 


dalam hati aku dah bygkan macam matrik aku dulu je tapi akhirnya aku rasa bersyukur sgt dapat kat sini sebabnye tempat ni sgt tenang n nyaman. sgt sesuai untuk aku yg allergik panas ni. hehe. 

kwn2 nak promote ni...


lagipun aku ambil kos sains sekitaran dan kos aku banyak berkaitan dengan alam sekitar so secara tak langsung, aku lebih menghargai sumber2 alam semulajadi ni.

sains sekitaran.

dari form 1 lagi aku memang tak suka sains. kalau subjek sains dulu mesti dalam lab n masa tu la time tido yang paling ideal bagi seorang pelajar asrama mcm aku ni. haha. yes, i hate science!! 



yang pejam mata tu bukan aku ye. 
aku 'jarang' kantoi tido masa lab. hehe


masa form 4 pun still dapat kelas sains dan bersambung sampai matrik. aku pun tak tau kenapa jalan aku ke arah sains je padahal aku mmg tak suka sains. 


sampai time matrik, aku memang betul2 fedup dengan subjek sains. mmg masa tu niat aku kalau masuk u, aku tak nak amik sains dah tapi finally, aku still lagi dalam bidang sains. mmg tak bole lari dah. 


maybe mmg Allah dah tetapkan takdir aku tuk berada dalam bidang sains. tapi apa yang aku boleh cakap skrg, i'm really enjoy my course. 

aku suka sebab kos aku ni pasal alam, laut, sungai, tanah, ekosistem, udara dan kos aku bukan hanya dengar lecture kat dewan kuliah yang sejuk beku tu je tapi kami banyak pergi fieldwork. 

setiap sem kami akan apply apa yang kami belajar kat dalam kelas kat ekosistem sebenar macam dekat tasik chini, tasik kenyir lembah pangsun dan banyak lagi. 








geng2 envi kids..



ni masa kat pantai ma' daerah..lepaskan penyu kat laut..



berbelit2 lidah nak baca nama pokok ni 
padahal pokok limau je pun...


mencari hidupan kat dalam sungai..


ni sampel yang kami ambil..






kelawar..euwww~~


dah macam owg jkr ukur jalan la pulak. haha. 
ni nak buat peta.



trap serangga.

kami belajar mengkaji air, udara, pencemaran, haiwan, tumbuhan dan byk lagi. ala-ala macam national geographic tu la. best kn?? jom2 sume tukar kos amik sains sekitaran. haha



ininotakaki : after raya ni de fieldwork kat bukit frazer, tasik kenyir ngan melaka..=,=

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...