Followers

Kontrak Pembelajaran

masa aku 1st sem kat ukm dulu, kokurikulum bg student baru guna sistem baru masa tu, tak sama dengan senior2. aku pun dah lupa apa nama sistem tu.

setiap hari sabtu,kami akan dibawa pegi melawat pusat2 yang ada dekat ukm ni macam pusat kebudayaan, pusat sukan, pusat islam n sebagainya (bukan pusat kat perut tu). so, setiap minggu kami pun buat la rombongan cik kiah 1 kolej pegi melawat tempat2 ni.

diorang cakap masa sem 2 kami kena pilih nak ambil ko-k bawah pusat apa. tiba2 masa sem 2, diorang mansuhkan sistem ko-k tu n buat sistem baru. kali ni sistem kontrak pembelajaran pulak.



apa kejadahnye tu??

masa tu aku fikir macam kawen kontrak tu. hihi.

rupa2nya sistem baru ni memerlukan student buat program. kami kena jadi majlis tertinggi atau ajk untuk program apa2 dan untuk mendapat jam kredit, kami kena hantar kontrak pembelajaran.

ni program kolej yang aku join masa sem 2..

kontrak pembelajaran tu kira macam report n peranan kita dalam program tu la. yang bestnye, jam kredit untuk ko-k ni adalah sebanyak 8 jam kredit!! bapak banyak, kalau tak komplit konfem tak bole grad.


setiap 1 jam kredit, kita kena buat program yang perancangan dan pelaksanaan programnye mengambil masa selama 40 jam. itu untuk 1 jam kredit, kalau 8 jam kredit maknanya amik masa 320 jam!! dua kali bapak dah!!

dan bukan tu je, kami jugak kena penuhkan 8 domain yang ada dalam kontrak pembelajaran tu iaitu;-

  1. kemahiran sosial dan kebertanggungjawaban, 
  2. kemahiran komunikasi, 
  3. kemahiran pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat, 
  4. kemahiran menunjukkan nilai, sikap, etika dan profesionalisme, 
  5. kemahiran pemikiran kritikal, penyelesaian masalah dan pendekatan saintifik, 
  6. kemahiran kepimpinan dan kerja berpasukan, 
  7. kemahiran pengurusan dan keusahawanan dan last sekali 
  8. kemahiran kretif dan inovatif.
so, kalau kita dah buat 320 jam punya perancangan n pelaksanaan program pun, tapi kita tak penuhkan domain2 tu kita tetap takkan dapat 8 jam kredit.

kebaikan kontrak pembelajaran.

menurut pandangan seorang mahasiswa tahun 2 macam aku ni, kebaikan yg ada dalam sistem ni, student akan lebih aktif dan dapat belajar kemahiran2 yang ada dalam domain2 tu.

hari interaktif keusahawanan

memang betul pun, sekarang ni kat kolej pon orang berlumba2 nak buat program untuk dapatkan jam kredit, student2 ulat buku yang tak nak aktif pun terpaksa mengaktifkan diri.

so tak hairan la setiap minggu ada je program yang berlangsung. n lepas ni takkan ada lagi budak nerd keluaran ukm.

melalui sistem ni juga, secara tak langsung kami dapat belajar cara nak buat program n berkomunikasi dengan orang luar dan pihak atasan. macam masa aku sem 2 dulu, aku jadi secretariat expo dan jualan untuk program hari keluarga kolej, HAKERA nama program tu.

papa with anak buah expo n jualan, HAKERA..

masa join program tu aku dapat belajar mcm2, cara nak berkomunikasi dengan orang luar, nak tangani masalah n banyak lagi. aku pun dah dapat pengalaman kena tipu dengan peniaga.

sume benda tu kita akan dapat belajar bila kita join untuk buat program. bila kita pegang jawatan2 ni, kita pun akan belajar untuk memimpin sesebuah organisasi. so, kemahiran2 ni kita boleh gunakan bila nak cari kerja nanti.

keburukan kontrak pembelajaran.

antara keburukan yang aku nampak, student semakin busy. mana taknye, pagi sampai petang kelas, malam meting sampai 1/2 pagi. esok pagi kelas kul 8 lagi. memang kena pandai manage masa betul2.

student jugak lebih pentingkan ko-k dari pelajaran. sebabnya ko-k ni 8 jam kredit walaupun untuk sepanjang tempoh pengajian, tapi 8 tu mmg banyak.

selalunya subjek2 pun paling byk 4 jam kredit je. kawan2 aku pun macam dah tak kisah ponteng kelas untuk program sebab dua2 ada jam kredit.

 aku pun risau jugak, takut nanti pelajaran n exam sume ok tp tak boleh grad sebab ko-k je. huhu

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...