Followers

Cerita Langkawi #4 : Island Hoping


Masa mula mula dengar nama Island Hoping ni, apa kejadahnya benda ni? Lompat pulau? nak lompat macam mana? Kalau pulau tu besar lopak air je, bole la nak lompat lompat kan? Kalau bapak besar gedabak tu macam mana?




As u know, Langkawi ni ada banyak pulau dekat sekeliling dia. Antaranya Pulau Dayang Bunting, Pulau Beras Basah dan banyak lagi. So, kalau ke Langkawi, kita boleh ambil pakej untuk pergi ke pulau-pulau ni yang ada keistimewaan tersendiri. Kebanyakkan motel or hotel yang ada di Langkawi ni memang ada sediakan pakej Island Hoping ni tapi harga lain-lain jugak. 


Macam dekat Motel Seri Mutiara dia cas RM30 seorang. Tapi dekat Pantai Cenang majoriti harga RM25 je. Maybe dekat Kuah je harga RM30 kot. So, mestilah ambil pakej yang paling murah kan. Last day la katakan. Duit pun dah habis borong Daim empatbelas guni. Huahua.



Kami ambil pakej dekat kedai nasik lemak tepi jalan area jeti Pantai Cenang. Intan Baru Boating. Pakcik tu macam tau tau je kitorang nak pergi Island Hoping. Yang bagusnya Intan Baru ni dia boleh ambilkan kita dekat hotel dan hantar balik lepas dah habis. So, tak payah nak drive ke jeti. Tapi kami memang dah datang dengan kereta, tak payah la diorang ambil kat hotel.


Kami sampai jeti dalam 9.15 pagi macam tu tapi orang tu cakap air tak naik lagi, kena tunggu air naik dulu. So, tunggu dekat setengah jam jugak la. Oleh kerana jumaat ialah cuti umum bagi negeri Kedah, orang memang ramai. Kalau cuti sekolah, orang lagi ramai.



Destinasi pertama, Pulau Dayang Bunting.





Bot akan tinggalkan kita sejam dekat pulau ni. Dekat sini ada Tasik Dayang Bunting yang kita boleh mandi. Tapi kena menapak naik tangga yang tinggi. Belum sampai tasik dah lenjun mandi peluh. Kalau orang tua-tua yang sakit lutut tu, memang sangat tak digalakkan ke sini.


Destinasi kedua, Eagle Watching. Sepatutnya kita boleh bagi makan dekat helang-helang ni. Tapi sekarang dah tak boleh sebab tak nak ada pencemaran. Nanti banyak pulak plastik roti yang bersepah merata-rata. Hanya driver boat je yang boleh bagi roti dekat burung-burung ni.



Memang banyak helang yang makan dekat sini, aku pun terpegun. Yela, selama ni duk tengok ikan je makan roti, ni helang makan roti. Hihi. Omey sangat!


Last destination, Pulau Beras Basah. Pantai dekat sini, Subhanallah. Cantik sangat. Memang tak tercemar. Air jernih, pasit pantai putih, memang cantik la.






Dekat sini jugak kita ditinggalkan selama sejam. Tapi pulau ni best sikit la sebab kita boleh snorkeling atau naik banana bot. Tapi agak mahal la sebab dekat pulau yang susah nak sampai kan. Makanan pula dinasihatkan bawa sendiri sebab keseluruhan Island Hoping ni dalam 3 hingga 4 jam. Tambah penat mandi lagi, perut pun berkeroncong la kan. 

Kalau siapa nak snorkeling, di sini ada sediakan peralatan snorkeling tapi agak mahal. Tapi driver boat pun ada buat sewa peralatan yang harga lebih murah. Di sini pon bole naik banana boat. Dan harga pon boleh tahan jugak la. 

Di sini ada sediakan toilet, tapi kalau nak tukar baju lebih baik tukar dekat hotel je. Naik boat masa otw balik tu pun baju dah kering. Naik kereta dah tak basah dah. Kami siap boleh pergi shopping dekat Pantai Cenang lagi lepas mandi ni. #aptb



Last but not least, we got this as the souvenir. Kenangan hingga akhir hayat....... kalau tak pecah! 
^____^






Konfius Nak Pilih Tempat Praktikal



Selepas beberapa lama hidup dalam kehidupan yang tak teratur, huru-hara dan serabut tahap nak terjun lombong. Akhirnya pagi tadi, aku dah selamat hantar draf tesis! "Yeayy! A big clap for me and all my coursemate!" Walaupun namanya draf, tapi seketul buku setebal 74 muka surat itu lah yang bakal tentukan gred apa yang aku bakal dapat untuk 6 jam kredit. So, it's not draft sangat la kan. =____=


Hidup aku juga lebih bermakna sebab hari ni merupakan kelas terakhir untuk semester ini. Yang juga bermaksud, kelas terakhir untuk final year dan paling terakhir dalam kamus hidup aku sebagai seorang pelajar. Oh nooo, i will become Alumni UKM soon. Terasa tiga tahun yang begitu menyeksakan jiwa raga ini begitu singkat. Singkat??



 Last picture contain a lot of memories....


Not, bukan ni je budak kos aku. Tapi ni je yang kaki bergambar. hihi


Next month, aku bakal menjalani latihan industri atau nama lainnya praktikal. Selepas kecewa tengok kawan-kawan-happy-dapat-tempat-praktikal-berbulan-bulan-yang-lepas dan aku tak-dapat-dapat-tempat-praktikal-pun. Akhirnya tadi aku dapat dua tawaran tempat untuk praktikal. Ekceli empat, bukan dua. Tapi hanya dua tempat yang dah hantar surat tawaran, iaitu Jabatan Pengairan dan Saliran dan Pertubuhan Peladang. Lembaga Getah Malaysia pula dah call cakap bersetuju nak ambil dan Envirovert Sdn. Bhd, company swasta kat Bangsar pun ada call tadi. So, it's four in total.


Ekceli, aku dah berserah sangat-sangat dekat pihak U untuk carikan tempat sebab bagi siapa yang tak dapat tawaran tempat untuk praktikal, diorang akan hantar je kat mana-mana company ikut suka diorang. So nasib kau la kalau dia campak kau dekat Bukit Fraser ke, hutan Grik ke, gua batu kapur ke. Tapi bila aku dah tak nak fikir dan hanya nak berserah, banyak pula dapat tawaran. Alhamdulillah... Sesungguhnya Allah dah rancang yang terbaik untuk kita kan?


Dan sekarang aku tak tahu nak pilih yang mana? JPS, Pertubuhan Peladang, LGM or Envirovert? Siapa-siapa yang ada pengalaman praktikal dekat tempat-tempat ni atau mana-mana, anda dialu-alukan untuk share. Sharing is Caring right?! :-)



Ubah Diri, Dan Yang Lain Akan Berubah




Aku terbaca cerita ni dekat facebook. Tajuknya 60 saat untuk berubah. Dan aku rasa cerita ni menarik untuk dikongsikan kepada semua. Yela, zaman sekarang ni kan ramai yang berlumba-lumba nak mengubah dunia, dan hanya mengejar pangkat dan nama. Before nak berangan tinggi-tinggi melangit tu, let's read this first!



...

"Ketika aku muda, aku ingin mengubah seluruh dunia. Lalu aku sedari, betapa sukar mengubah seluruh dunia ini, lalu aku putuskan untuk mengubah negaraku saja. 

Ketika aku sedari bahawa aku tidak boleh mengubah negaraku, aku mula berusaha mengubah bandarku

Ketika aku semakin tua , aku sedari tidak mudah mengubah bandarku. Maka aku mula mengubah keluargaku

Kini aku semakin tua, aku pun tak boleh mengubah keluargaku. aku sedari bahawa satu-satunya yang boleh aku ubah adalah diriku sendiri.




Tiba-tiba aku tersadarkan bahawa bila saja aku boleh mengubah diriku sejak dahulu, aku pasti boleh mengubah keluargaku dan bandarku. Pada akhirnya aku akan mengubah negaraku dan aku pun boleh mengubah seluruh dunia ini. "





Tidak ada yang boleh kita ubah sebelum kita mengubah diri sendiri. Tak boleh kita mengubah diri sendiri sebelum mengenal diri sendiri. Takkan kenal pada diri sendiri sebelum mampu menerima diri ini apa adanya.


.....

Hope uollz can learn something from this! Dadaaa... :D


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...