Followers

KeMbar~

siyesly dari aku kecik aku suka sangat kat orang yang lahir kembar. maybe sebab anak pak uteh ada sepasang kembar pompuan. walaupun umur aku dengan dyorang hanya beza 6 tahun (kalau tak silap la) tapi masa dyorang kecik aku suka dukung. memang comel sangat baby kembar.

masa aku sekolah menengah aku selalu cakap kat kawan-kawan aku nak sangat anak kembar. n de sorang budak laki kelas aku, adik dia ada kembar sepasang boy n girl. ada ke patut kawan-kawan aku suruh aku kawin dengan dia sebab dia ada genetik kembar. dah la budak laki tu selalu kutuk aku..=______=

sekarang ni aku pulak aku suka baca blog-blog orang yang ada anak kembar. siyesly, jeles giler!! (sabar tasha, kau tu kawen pun tak lagi). antara blog yang aku selalu follow mamakembar3 , amrafaran and the triplets story. mama-mama n abah ni ada baby kembar 3. siyesly sweet giler!!

3 cute boy kepunyaan mamakembartiga..

3 girls n abangnye...comel sangat...


2 girls n 1 boy...alolooo!!

doakan aku dapat anak kembar jugak..amin..hihi=D

Proud to be Perakian

maybe sume dah tahu yang aku ni student UKM Bangi dan berasal dari Ipoh, Perak (kalau tak tahu, mai aku nak bagitau) ...disebabkan sangat busy + kedudukan kampung halaman yang jauh (jauh la sangat,padahal naik ets 2 jam je) so, dah jarang balik kampung. selalunya aku akan pastikan dalam sebulan mesti balik walaupun sekejap. memang tak puas ok balik kampung sekejap ni. nak jalan2 kat ipoh pon xsempat. =______=


disebabkan dari form 1 aku duduk hostel n semenjak matrik dah duduk hostel di luar Perak, so banyak perkembangan negeri bukan tanah kelahiranku ini yang aku tak tahu. yes! bukan tanah kelahiran sebab aku lahir kat kl, but dari kecil tinggal kat perak.


point sebenar yang aku nak cerita bukan benda2 lagha di atas. tapi aku nak cite kemajuan tempat tinggal aku sekarang ni. semalam aku call my mom nak tanya pendapat dia, study week nanti nak balik rumah or study kat hostel. n my mom cakap suka hati la. kalau balik boleh bawak mak jalan2 pegi mydin baru. ok, that its the point.


tak silap aku masa aku balik study week hari tu, baru buka satu lagi jusco kat seksyen 18 n belum pun aku cuti sem, dah buka 1 lagi pasaraya mydin kat meru. dan apa yang aku tahu, mydin ni adalah mydin yang terbesar kat malaysia!!! wow, i'm very proud...


dan lagi 1, hari tu aku nampak kakak aku post 1 keratan akhbar yang cakap diorang nak bina Disneyland Malaysia kat meru jugak. 1st Disneyland in Malaysia ok!!


*lost world tambun pun baru sekali aku masuk..=_____=


Laporan Kerja Lapangan


               Pada 19-21 April yang lalu, para pelajar bagi kursus Sumber Tenaga dan Alam Sekitar telah menjalankan kerja lapangan di Lenggong, Perak. Sepanjang program selama 3 hari tersebut kami telah dibawa melawat ke pelbagai tempat seperti Stesen Jana Kuasa Empangan Chenderoh, Muzium Arkeologi Lenggong, gua-gua tapak arkeologi dan tempat pembuatan Labu Sayong di Kuala Kangsar. Selain itu kami turut mengadakan kaji selidik tentang kesan pembinaan Stesen Jana Kuasa Chenderoh terhadap kehidupan penduduk di kawasan sekitarnya.



               Pelbagai manfaat dan ilmu baru telah kami peroleh sepanjang kerja lapangan ini berlangsung. Kami telah melihat sendiri stesen jana kuasa yang membekalkan kuasa eletrik ke seluruh negara, melihat tapak-tapak bersejarah negara, mendapat pengalaman membuat labu sayung dan mendapat pelbagai pengalaman dan ilmu baru. Selain itu kami telah mendapat pengalaman menemubual beberapa orang penduduk kampung untuk tujuan kaji selidik. Pengalaman ini telah meningkatkan kemahiran komunikasi yang ada dalam diri setiap pelajar.



                Secara keseluruhan, aktiviti kerja lapangan ini sangat bermanfaat. Di samping mendapat pelbagai ilmu dan dapat menimba pengalaman, pelajar turut dapat melapangkan minda apabila dapat belajar di luar bilik kuliah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...