Followers

Sebab Malas Update Blog




Hari tu aku ada bagitau sebab aku malas nak update blog. Sebabnya aku ni jenis kalau update entry, wajib ada gambar. Yela, bila ada gambar, nampak berseri sikit kan sambil baca boleh tengok-tengok gambar. Dan aku pon suka baca entry orang yang ada gambar. Kalau karangan je sampai empatpuluhdua page, mampuih berdengkoq aku depan laptop semata-mata baca cerita tak berfaedah.




Lagipun kalau ada gambar banyak-banyak ni, tak payah nak taip panjang-panjang lebar nak cerita sebijik-sebijik. Contohnya macam gambar atas ni, korang tengok pon dah tahu aku tengah buat apa kan. So tak payah la aku buat karangan panjang lebar bagitau aku tengah  observe burung menggunakan microskop yang dipegang dengan tangan kiri. Tangan kanan pulak tengah pegang pen biru, sehelai kertas dan sebuah buku dengan kedudukan pen diatas kertas dan pen dan kertas di atas buku. Mampus nak terang sebijik-sebijik. Orang pun bukan nak tau kedudukan pen, kertas dan buku tu pon kan. Macam orang cakap, 'Picture tell everything'. Cewaahhh...

Lagi satu sebab aku malas nak update, sebab aku tak tahu nak susun ayat! Aku rasa skill aku buat karangan sampai Cikgu Salmah puji melambung masa sekolah menengah dulu dah hilang. Susah la nak buat ayat bila menaip. Dulu pakai pen, susah nak padam. Sekarang ni, ayat tak best sikit je, backspace! Kejap kejap delete. Last-last lima jam mengadap benda yang sama tapi satu ayat pon tak buat lagi. 


Aku jeles tengok blogger-blogger yang pandai susun ayat cantik-cantik. Perenggan first cakap pasal satu benda, perenggan kedua cakap benda lain. Aku pula rasa macam semua benda nak buat dalam satu ayat je. Idea banyak, tapi tak tau nak susun ayat -,-' 

Dah la bukan budak sastera. Aku rasa orang sains ni memang tak kisah kot kalau ayat tunggang langgang. Yang penting apa yang nak bagitau tu, orang faham. Ke aku sorang je macam tu? Tapi aku tengok macam lecturer-lecturer aku pun. Majoriti jenis lagi pandang kesalahan tak bubuh titik di hujung ayat berbanding ayat tunggang langgang. Ke titik tu lagi penting? -,-


And last reason, aku malas nak update blog sebab.......   Aku tak tau nak tutup entry macam mana. Macam entry ni la. Ok. Tergantung sampai sini je. Bye!  

Terima kasih sudi baca. =)




p/s : Korang pernah tak baca karangan budak sekolah takut hantu yang ramai share dekat fb tu? Memang failed!



Yeay, Saya Dah Siap Tesis !



Hai hai hai.




Bila terhasilnya gambar di atas dengan tajuk entry yang tak semenggah tu, maka korang semua haruslah tahu bahawa sekarang ni aku dah free. Yeayy! Mood excited menerjah diri. Aku dah siap tesis weh. Aku buat buku tebal hijau tak lawa tu. Nama aku tu. Siyesly!!


Oh, masih terasa di awang-awangan dan tak percaya. Walaupun dah hantar tiga hari yang lepas, tapi hari-hari bangun pagi mesti teringat tesis dah hantar ke belum. Pastu bila mood lepak-lepak tengok Running Man sepam dua, tiba-tiba rasa macam eh, betul ke boleh relax ni? Tesis dah siap ke? Haha. Nampak sangat buat tesis ni dah jadi igauan nyeri.


So, bila dah siap semua ni. Haruslah aku ucap terima kasih dekat orang-orang yang banyak tolong masa aku susah dan senangkan. Amalan ibarat kacang lupakan kulit haruslah dibuang jauh-jauh ye anak-anakss. 


Firstly, special thanx to my supervisor Prof. Shukor yang mula-mula digelar daddy, tapi dah turun pangkat jadi bapak tiri sebab dia suruh Dr. Ahmad tanya soalan masa aku present hasil hari tu. (Ciss, nasib baik dapat jawab). Prof yang sangat banyak ilmu pasal binatang dan sangat sporting share cerita macam-macam. Selalu belanja makan masa dekat Kuala Gula dan siap bagi elaun masa kitorang duduk sana. Sayang prof ketat-ketat. Maaf lah sebab selalu suruh prof semak tesis masa dah dekat-dekat due date. Hikhik. Jangan lupakan kami bila dah dapat gelaran Dato' nanti ye Prof. =)


Bapak tiri.


Secondly, kepada Abang Faiq, Research Assistant prof dekat Kuala Gula. Maaflah sebab selalu menyusahkan bila kami datang sana. Thanx banyak-banyak sebab selalu belanja beli barang dapur untuk guest house PERHILITAN tu bila kami datang sana, sampai habis duit gaji tu. Hehe. Terima kasih sebab rajin melayan kami kami kami ni, sanggup cari goreng pisang merata ceruk bila kami teringin nak makan. Bawak naik bot pergi cari kerang besaq-besaq. Tolong gelak bila kitorang bergelut dalam selut. And all the memories...


Tau kan Abang Faiq yang mana? Bukan yang pakai tudung hitam tu yek.


For my freinds like siblings, Basyi and Madi. Ahhh, dah macam adik beradik dah dengan dua ekor ni. Kehulu-kehilir naik motor bertiga pergi kedai. Teman gaduh, teman masak, teman tengok movie malam-malam sampai aku tidur dulu. Thanx sangat-sangat. Mieya ngan Syiro jugak. Thanx sebab tolong aku collect data masa mula-mula tu.


Le siblingsssss....

And lastly, orang yang paling kuat membebel suruh siapkan tesis. Selain parents. Thanx la ek. Nasib la kawan dengan orang kuat membebel ni. Jangan ingat perempuan je kuat membebel ek. Hikhik. :)



Finally! Alhamdulillah. Syukur.


Welcoming June




Hai.


It's June already. Like every years, June is month of birthday. To be specifically, birthday orang-orang tersayang. It's starting by Mr. Oren on 16th June, my beloved mom on 19th June and my younger sis on 29th June. Triple celebrations.


But this June will be more memorable for me. I will finish my study on this month. *Yeayyy*. Counting days. But before that, I have to face my judgement day first. Final exam. Kali ni exam final yang paling final punya exam. Only three papers. On 12th, 13th and 21th June. And after that I will leave this place, UKM. Tempat yang banyak mengajar erti matang dan menjadi manusia sebenar. 


Will leaving all my awesome classmate soon.


On 24th June, I will starting my intern in Pertubuhan Peladang Sungai Siput (U). Satu fasa pengenalan ke arah alam pekerjaan, In Shaa Allah. Sangat gementar dan still rasa tak percaya. Semoga dapat lalui dengan cemerlang dan moga cepat-cepat dapat kerja. Aminn. 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...