Followers

Bahaya : Pokok Haba Neraka Penyebab Keguguran



Assalamualaikum..


Pokok Haba Neraka -


nama pun dah evil gila kan. pokok ni sangat sangat sangat bahaya kepada wanita yang dah berkahwin terutamanya yang sedang mengandung. pokok ni memang tak ada khasiat tapi orang selalu tanam sebab bunga dia cantik, warna kuning giteu. pokok ni sangat bahaya kepada ibu mengandung kerana boleh menyebabkan keguguran. kalau wanita yang lepas kahwin dan tak sedar dia mengandung pun bahaya, debu bunga pokok ni kalau dihidu boleh sebabkan keguguran.




satu kes diceritakan oleh orang Taman Herba ni, ada sepasang suami isteri ni dah kahwin 20 tahun tapi tak dapat anak. doktor cakap suami dan isteri tak ada masalah apa apa pun, bila dia datang dekat Taman Herba ni baru diorang tahu punca diorang tak dapat anak. rupa rupanya dekat rumah diorang, diorang tanam pokok Haba Neraka ni keliling rumah. memang la tak dapat anak. hari hari sedut debu bunga pokok ni.


dan lagi satu kes, diorang buat pameran dekat satu tempat tu dan diorang tak sedar ada orang ambil sikit pokok ni. lepas berapa lama tu ada sorang perempuan call Taman Herba ni cakap terima kasih sebab pokok Haba Neraka ni memang mujarab, dia guna untuk gugurkan kandungan dia. Astaghfirullah..........




so, cepat cepat la pergi tengok dekat laman rumah masing masing. takut takut la ada tanam pokok ni buat hiasan jadi pagar rumah. lebih baik buang tanam pokok lain. nanti tak pasal pasal baby dalam kandungan jadi mangsa.




GilaPing : Cara Terbaru Naikkan Trafik



Assalamualaikum..


Siyesly GilaPing ni sangat berkesan. aku tak tahu benda ni dah lama atau baru wujud tapi bagi orang yang ketinggalan sangat macam aku ni, semestinya baru sedar akan kewujudan laman web ni. Oleh sebab blog ni dah lama bersawang akibat tuannya yang busy memanjang dan malas blogwalking, trafic semakin nazak. paling nazak sampai 12 pageview je sehari. 


Semalam tengah godek godek internet ni tiba tiba jumpa GilaPing.com ni. laman web ni tempat kita ping entry dan orang akan baca entry kita berdasarkan subjek. yang bestnye sebab tak payah susah susah nak daftar daftar bagai. hanya log in guna facebook je. senang dan cepat! dan aku try ping entry dekat sini dan ini lah hasilnya.





aku ping pukul 12 tengah malam semalam. sebelum tu pageview ada la 30 lebih kot. bangun bangun pagi hah, terbeliak terus bijik mata. 203! cepatnye naik.



today pageview ni aku printscreen pukul 10 pagi. see, baru pukul 10 dah 99 pageview. cepat giler trafic masuk. sangat sangat bagus ping entry dekat sini. sila la try. hihi :)





Pokok dan khasiatnya di Taman Herba Perak



Assalamualaikum


fieldwork yang lepas kami singgah ke Taman Herba Perak Darul Ridzuan. taman herba ni terletak di Batu Gajah, Perak berdekatan dengan Gopeng. ekceli, walaupun aku ni dah duduk menetap kat perak 20 tahun 11 bulan, tapi this my first time aku dengar dan tahu tempat ni. selama ni selalu lalu lalang dekat situ hantar adik pergi Matrik Perak, tapi tak pernah tahu. haisshh, malu kejap mengaku orang perak.


dekat sini banyak sangat informasi pasal tumbuhan dan khasiatnya diorang bagitau. ekceli, banyak pokok pokok yang kita biasa tengok dan petik buat main masak masak dalam tempurung kelapa masa kecik kecik dulu tapi sebenarnya ada banyak khasiat. 


bila jalan dekat dalamTaman Herba ni, baru tahu rupa-rupanya banyak pokok yang mak aku tanam dekat rumah, baca penerangan dia rupa rupanya boleh buat ubat. selalu dekat rumah buat petik uneh uneh je. -,-'





macam pokok Pisang Tali ni. dekat rumah korang atau jiran jiran mesti ada tanam kan? orang tanam sebab cantik macam merecun papan kan. tapi sebenarnya dia ada khasiat untuk rawat sakit usus, demam kuning dan darah tinggi. hah, memang elok sangat untuk mak aku yang ada darah tinggi. cara-caranya hanya rebus rizom dia dan minum. rizom tu bahagian pokok antara batang dan akar. bentuk dia macam halia.



hah, pokok Jenjuang ni mak aku panggil pokok puding. memang banyak orang tanam buat hiasan. pokok ni pun banyak khasiat antaranya untuk rawat kencing berdarah, batuk berdarah, tibi, kurang darah, demam panas, sakit gusi bengkak, sakit sendi, cacar dan kudis. huh, banyak gila khasiat dia. dan pokok ni jugak baik untuk rawat masalah haid untuk kaum wanita.



pokok Lidah Ayam ni pun banyak di tanam sebagai hiasan. dekat tepi jalan pun banyak kan. pokok ni berkhasiat untuk merendahkan tekanan darah tinggi dan kencing manis. cara dia senang je, rendam daun pokok ni dalam air dan minum air rendaman tu. see, tak payah pergi klinik jumpa doktor bawak buku tiga lima dah.



pokok ni paling mak aku suka. macam macam warna bunga dah mak aku kumpul buat koleksi. aku pulak tukang kutil bunga dia. haha. pokok Ros Jepun ni berkhasiat untuk rawat sakit kerongkong, mengecutkan bengkak, melegakan radang, sakit kulit, lecur, ruam, terbakar serta buat cuci mulut. hah, siapa rasa mulut dia macam longkang boleh la guna pokok Ros Jepun ni. cara-caranya, baca sendiri dekat gambar tu. malas nak taip panjang panjang. hihi.


ada banyak lagi pokok-pokok yang banyak khasiat dekat sini. dan banyak jugak yang aku snap gambar pokok dengan penerangan dia. kalau rajin nanti ada la sambungannya. kalau tak ada tu paham paham je la yek! =)









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...