Followers

line oh line~

Assalamualaikum..

dari tengah malam semalam aku try nak hantar attachment kat facebook tapi sampai hari ni still tak boleh...  korang dapat bayangkan tak bertapa lemah lembut nye beruk band 'kesayangan' aku ni.. selalunya tengah-tengah malam atau pagi-pagi buta la line laju sebab tak ramai guna tapi disebabkan beruk band ni terlalu special, bukan takat tengah malam, 24 jam memang lemah lembap!!


kalau aku upload gambar nak masuk kat entry ni sekarang ni memang pagi ramadan nanti la siap upload gamaknya... aishhh~~!!


tak guna la diorang pasang menara line tinggi-tinggi kat atas bukit kampung aku ni mengalahkan menara eiffel kalau line lemah lembut macam siput sedut nak beranak...  tolong la faham kegeraman aku sekarang ni.. grrr.... memang kena pergi cc la petang ni.. report program yang dah 2 minggu siap tak hantar-hantar lagi.. memang azab la ambik beruk band macam ni!!




Beruk oh beruk!!

Assalamualaikum...

ergghhhh...  geramnye dengan beruk band yang laju sangat macam kambing biri-biri nak beranak ni...  mood nak update blog pun turut 'laju' mengikut peredaran statistik beruk band ni... kalau la celcom beruk band ni laju macam UKM Jaring memang 24 jam aku duduk depan laptop je dekat rumah...


aku rasa semenjak aku langgan beruk ni, tak pernah laju pon...


mungkin ada hikmah di sebalik beruk band yang lembap ni..  maybe Allah lembapkan line beruk band ni sebab nak suruh aku selalu tolong mak buat kerja rumah kot..  haha.. bagus, think positif!!



Bola vs Shopping

Assalamualaikum...

semua sedia maklum yang Euro 2012 telah pun melabuhkan tirainya apabila Sepanyol menjadi juara selepas menentang Italy 4-0.. wah, macam tak caya je aku bercakap pasal bola...  ok, sebenarnya aku memang tak tahu 1 benda pon pasal bola ni... pasal siapa juara Euro ni pun aku baru google sebab nak buat entry ni (waa, kalau belajar rajin macam ni kan bagus).. kalau apa yang aku labun ni salah, tolong la jangan bahan aku macam mana korang bahan nur dayana yang tersilap cakap pasal bola kat fb tu...


smart kan pic ni... purple gituuu~


ok, point aku sebenarnya aku nak cakap pasal lelaki dan bola vs perempuan dan shopping...  hari tu aku keluar makan malam dengan felo kolej aku... kat dalam kereta dia cakap yang lepas makan tu dia nak tidur kejap dan bangun balik sebab nak tengok bola...   aku pun pelik kenapa la lelaki ni fanatik sangat dengan bola sampai sanggup bangun pagi-pagi buta untuk tengok orang berebut bola sebijik atas padang...   kan bagus kalau dyorang pegi kedai, beli bola sorang sebijik, main la bila-bila nak main..   tak payah berebut dah...   tak payah nak bangun pagi-pagi buta tengok bola dan pagi esoknya pergi kelas dengan mata panda... 


but jawapan yang aku terima dari felo aku buatkan aku terfikir...  dia cakap kalau perempuan pelik lelaki boleh bangun pagi-pagi buta tengok bola, lelaki pulak pelik macam mana perempuan boleh shopping lama-lama tapi tak lenguh pun kaki...   dia pelik macam mana perempuan boleh belek baju yang sama sampai 1 jam tapi tak beli....  


mmm.....    ok fine... dia menang!!   =______=





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...