Followers

Guangzhou #3 : Makanan

Assalamualaikum..


entry sambungan dari Guangzhou #1 dan Guangzhou #2

sepanjang aku berada di Guangzhou selama 6 hari, kami makan di Restoran Abdullah..  orang Malaysia yang pergi ke Guangzhou biasanya pasti akan singgah di restoran ini sebab restoran ni menyediakan makanan muslim yang kena dengan selera kita.. (erkk..kena ke??)


ni la restoran Abdullah..


sepanjang kami makan di sana pasti ada orang Malaysia yang makan di situ jugak..  ada rombongan family, ADUN dari Terengganu, rombongan student USM dan ramai lagi..  di sana, kami diiberi 3 kali makan iaitu sarapan, makan tengahari dan makan malam.. sarapan akan dihantar di bilik hotel jam 8 pagi setiap hari..  (orang yang hantar makanan ni dah jadi alarm kami, bila dia datang ketuk pintu, baru kami bangun dari tidur..=)  hanya makan tengahari dan makan malam sahaja kami perlu pergi ke restoran ni..  


korang tengok mesti rasa macam sedap kan?? aku tengok pulak rasa mual..=____=


cantikkan teko kat tengah tu.. ambik bawak balik buat surveniur ok gak...


sepanjang 6 hari di sana menu yang kami dapat hanyalah rotate menu yang sama je..  menu yang disediakan memang banyak iaitu 6 lauk setiap kali makan tapi hari-hari mesti ada ikan masak stim dan kambing.. Guangzhou ni memang dia punye trademark ialah kambing...  orang sana memang suka daging kambing.... sate pun sate kambing je...



air pula air teh China.. air teh China ni tawar je sebab tidak guna gula tapi sangat baik untuk sistem penghadaman.. tapi biasanya kami akan suruh pekerja restoran tu tambah air sejuk, tak puas kalau tak minum air sejuk lepas makan.. 



ni mesti bukan pinggan aku, kalau pinggan aku penuh dengan lauk je..hihi


ni sarapan kami hari ke-3 (kalau tak silap) rasa mee sup ni macam lemak daging je..
bau dia......   adoiiiii...  semerbak..... 

masakan dekat China ni kebanyakkannya bau sangat la kuat...  dan sangat meloyakan...  ada sekali tu travel agent kami makan hotdog , bau dia....  nauzubillahhh .....


jika masakan di Malaysia mempunyai banyak rempah ratus, di China pun sama...  tetapi ada sejenis rempah yang diorang guna, rasa dia 'akan menyebabkan kita rasa lumpuh 1 mulut' ( ayat kawan aku).. can u imagine mulut lumpuh?? haha...  dia cakap sekali kita tergigit, rasa tu akan tersebar sampai seluruh mulut.. lepas tu terus tak de selera nak makan dah...  aku tak tahu la rasa macam mana sebab aku tak pernah tergigit..  last sekali bila semua tak tahan, dyorang request suruh tukang masak tak payah letak rempah tu dah.. settle!!




Guangzhou #2 : Departure


Assalamualaikum..

trip group kami dari UKM seramai 14 orang students, 4 orang pengiring dari kolej, dan 2 orang pengiring dari CESMED.. CESMED ni adalah sponsor utama program ni sebab kami berkerjasama dengan diorang.. nama program ini adalah Jelajah Prospek Perniagaan Di China dan tujuan utama kami adalah mengkaji peluang-peluang perniagaan kat China yang boleh di bawa ke Malaysia.. tapi tujuan ini akhirnya terpesong sebab barang-barang kat sana yang murah.. terus jadi trip shopping pulak.. =)


baru unite dengan travel agent China..  excited tengok diorang punya kertas nama UKM tu..=)


kami bertolak dari UKM pukul 2 pagi, padahal flight pukul 5.30 pagi.. memang sempat la kami duduk berkelah kat LCCT tu.. siap makan nasi goreng lagi duduk bersila ramai-ramai..  memang style la..  tapi suasana dekat LCCT tu pun memang tragis (ceh, ayat tak boleh nak gempak lagi).. orang ramai bergelimpangan tidur merata-rata.. mungkin sebab flight diorang delayed lama sangat tapi keadaan kat situ dah tak macam airport dah.. memang kesian tengok orang ramai tidur sambil terbaring atas lantai je.. tapi aku sure tu bukan orang Malaysia sebab selalunya orang luar yang akan buat selamber rock macam tu..


duduk bersila dekat lantai ibarat berada di rumah sendiri... 


kami ke sana dengan penerbangan AirAsia dan seat ak dalam flight no 10C kat tepi laluan, ingatkan dapat la duduk tepi tingkap tapi tak dapat..  perjalanan kami ambil masa 4 jam dan sampai di Baiyun International Airport pukul 9.30 pagi.. 4 jam dalam flight dengan keadaan kerusi yang tegak memang tak selesa.. dah la duduk tepi laluan orang berjalan.. sampai aku dah hafal muka-muka peramugari dengan peramugara kat situ yang tak reti nak duduk diam...


morning view of the sky..


pemandangan Guangzhou dari udara..


biasa la dalam AirAsia ada jual makanan, tapi harganya wowww.... mencekik betul...  nasi lemak sampai RM9, mineral water pun sampai RM4..  nasib baik la dia jual pagi dan aku jenis tak selera makan pagi-pagi, kalau tak mesti aku yang mengkayakan AirAsia ni...  tapi bila tengok cina sebelah aku makan macam sedap je... =_____=


selepas 4 jam tidur dalam keadaan tegak, aku pun sampai di Baiyun International Airport Guangzhou...   but perjuangan baru bermula..  kalau di LCCT kawalan tak berapa ketat, but kat BIA ni kawalan dia ketat giler..   kena cam muka bagai...   sampai ada member aku kena cek dalam bilik khas sebab dia suruh orang lain tolong pegang pasport dia...  tak pasal-pasal je....   fuhhh.....


di Guangzhou ada jejantas untuk jalan dari kapal terbang ke airport...  
kat Malaysia kena naik tangga.. =___=


pemandangan Baiyun International Airport dari dalam bas..




Guangzhou #1 : Preparation

Assalamualaikum...


Hai kawan-kawan!! hihi.. excited pulak sebab dah lama tak berblog.. Alhamdulillah, akhirnya aku dah selamat pergi ke Guangzhou, China pada 30/6/2012 dan pulang ke Malaysia pada 6/7/2012..


6 hari berada di Guangzhou, China membuatkan aku rasa macam lost giler.. lost sebab first time pergi jauh sangat daripada family (muka anak mak =______=)..   huhu..   masa sebelum naik flight, kol mak pon nak menitik dah air mata ni..   smpai2 Malaysia, rasa macam nak terbang terus balik Ipoh tapi apakan daya,   kena attend kursus plak dah..   aigooo.....=(


insyaallah,  semua kenangan aku di China akan diabadikan di dalam blog ni..   mungkin banyak la entry pasal China lepas ni..   memang tak la aku buat 1 entry je pasal trip ni.. aku pergi 6 hari kot, at least 6 entry aku akan gebang pasal China ni..   sehari 1 entry..   haha..   (ayat meletup, padahal nak update pun pemalas)


macam biasa, aku kan suka buat kerja last minit.. 30 minit sebelum nak bertolak baru la terhegeh-hegeh nak cari sweater, baru nak tengok baju cukup ke tak.. bajet nak bawak barang sikit je sebab nanti nak beli barang banyak-banyak kat sana takut tak muat beg.. tapi tengok-tengok masa pergi pun dah penuh 1 beg..


penuh dengan apa?? penuh dengan makanan...  sebabnya takut dekat sana tak lalu nak makan makanan China..  masakan diorang kan tak pedas..  aku ni kalau makan tak ada sambal belacan tak sah... kalau boleh tapau sambal belacan bawah pergi sana, memang aku bawak banyak-banyak.. bagi orang China rasa sikit.. haha...tapi tak boleh la pulak....  so, bertimbun la meggi cup dengan biskut kat dalam beg...


banyak lagi megi cup kat belah bawah tu~


baju pulak aku bawak sikit je sebab objektif kitorang pergi sana kan sebab nak shopping ...  so, barang tak boleh bawak banyak-banyak takut balik nanti tak muat...  ni pun aku bawak satu lagi beg untuk isi barang yang nak beli dekat sana...  kalau tak muat jugak hantar balik naik kapal la alamatnya...  ^,^




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...