Followers

air oh air

happy 2012 allz. 

dah lama tak hupdate blog akibat busy dengan exam. perkara biasa bagi orang yang biasa study last minit, dah exam baru kelam kabut nak cover sume bab. (jangan la tiru macam saya) 

3 paper dah lepas dan 4 lagi masih menunggu. exam kali ni bagi ak paling banyak rintangan dan cabaran bagi aku khususnye dan bagi semua student UKM amnya. 

sebabnya masalah ayor air. tekanan air kat daerah hulu langat sekarang ni sangat kritikal sebab musim panas je tak ada hujan so UKM memang effect teruk. sampai dalam dewan exam pon pengawas exam tu cakap 'anda dinasihatkan supaya tidak ke toilet kerana tiada air'. haha. 

nasib baik ada encik SYABAS. syabas sy ucapkan kepada SYABAS kerana telah membantu pelajar UKM. hihi.


ni la lori syabas yang datang. tapi untuk kolej aku lorinye bukan macam ni. buruk!!

1st time dalam hidup aku beratur ramai-ramai kat lori air bawak baldi. selalu tengok dalam tv je. 

masa time susah macam ni baru la kita tahu nak menghargai benda milik Allah. selalunya kalau mandi setengah jam, setengah jam la paip terpasang. tapi bila tak ada air dan kena mandi setengah baldi je baru kita tahu pentingnya sesuatu benda tu. (^_^)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...