Followers

sad story =(

Seorang doktor meluru masuk ke ruang hospital dalam keadaan tergesa-gesa selepas 
mendapat panggilan kecemasan dari pihak hospital.. 

dia menukar pakaian dan terus meluru ke blok pembedahan.. 

dia mendapati ayah kepada budak yang berada dalam bilik pembedahan sedang berdiri 
menunggunya.. 


apabila si ayah melihat doktor itu, dia terus berteriak.. 

"kenapa kamu ambil masa yg lama untuk datang..??

kamu tahu tak anak saya dalam bahaya sekarang nie..??
kamu x ada rasa bertanggungjawab ke..??"

doktor tersebut tersenyum dan berkata : 


"saya minta maaf, saya berada di luar hospital & saya datang sepantas yang mungkin selepas 
mendapat panggilan kecemasan tu.. dan sekarang, saya harap anda bertenang.. jadi, saya 
dapat buat kerja saya.." 

"bertenang kamu kata..?! 

kalau anak kamu berada dalam bilik 2 sekarang nie, bolehkah kamu bertenang..??
kalau anak kamu mati sekarang nie apa yang kamu buat..??kata si ayah dgn marah.. 

si doktor tersenyum lagi & berkata : 

" saya akan kata bahawa Allah telah berfirman dlm kitab-Nya yg suci 
" daripada Allah kita datang dan kepada-Nya kita kembali"..


doktor tak mampu untuk memanjangkan hayat seseorang..Insya-Allah kami akan cuba yang terbaik untuk anak kamu.." 

"memberi nasihat bila kita tidak mengalaminya memang senang..!"

kata si ayah..
pembedahan tu mengambil masa beberapa jam..

tidak lama kemudian, si doktor keluar dgn gembira.. "

alhamdulillah..anak anda selamat..!"  dan dia terus berjalan tanpa menghiraukan si ayah....

"kalau kamu ada sebarang soalan..kamu boleh tanya jururawat..!"

"kenapa doktor tu sombong sangat..?! 
tak boleh ke dia tunggu beberapa minit supaya saya dapat tanya beberapa soalan tentang 

anak saya..?! "komen si ayah selepas melihat jururawat.. 


jururawat itu berkata sambil air mata mengalir di pipinya : 
"anaknya meninggal dunia semalam dlm kemalangan jalan raya.. 
Dia berada dalam upacara pengebumiaan anaknya ketika kami menghubunginya untuk 
pembedahan anak encik. Dan sekarang dia telahpun menyelamatkan nyawa anak encik, dia 
tergesa-gesa utk menghabiskan upacara pengebumiaan anaknya..


" Moral : Never judge anyone because you never know how their life is & what they're going through..."

2 comments:

nazc said...

itulah dia manusia...kan...selfish

Mawar Indah said...

biasanya kita nmpak masalah kita je,
xnmpak masalah owg len...
lumrah manusia~~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...