Followers

Konfius Nak Pilih Tempat Praktikal



Selepas beberapa lama hidup dalam kehidupan yang tak teratur, huru-hara dan serabut tahap nak terjun lombong. Akhirnya pagi tadi, aku dah selamat hantar draf tesis! "Yeayy! A big clap for me and all my coursemate!" Walaupun namanya draf, tapi seketul buku setebal 74 muka surat itu lah yang bakal tentukan gred apa yang aku bakal dapat untuk 6 jam kredit. So, it's not draft sangat la kan. =____=


Hidup aku juga lebih bermakna sebab hari ni merupakan kelas terakhir untuk semester ini. Yang juga bermaksud, kelas terakhir untuk final year dan paling terakhir dalam kamus hidup aku sebagai seorang pelajar. Oh nooo, i will become Alumni UKM soon. Terasa tiga tahun yang begitu menyeksakan jiwa raga ini begitu singkat. Singkat??



 Last picture contain a lot of memories....


Not, bukan ni je budak kos aku. Tapi ni je yang kaki bergambar. hihi


Next month, aku bakal menjalani latihan industri atau nama lainnya praktikal. Selepas kecewa tengok kawan-kawan-happy-dapat-tempat-praktikal-berbulan-bulan-yang-lepas dan aku tak-dapat-dapat-tempat-praktikal-pun. Akhirnya tadi aku dapat dua tawaran tempat untuk praktikal. Ekceli empat, bukan dua. Tapi hanya dua tempat yang dah hantar surat tawaran, iaitu Jabatan Pengairan dan Saliran dan Pertubuhan Peladang. Lembaga Getah Malaysia pula dah call cakap bersetuju nak ambil dan Envirovert Sdn. Bhd, company swasta kat Bangsar pun ada call tadi. So, it's four in total.


Ekceli, aku dah berserah sangat-sangat dekat pihak U untuk carikan tempat sebab bagi siapa yang tak dapat tawaran tempat untuk praktikal, diorang akan hantar je kat mana-mana company ikut suka diorang. So nasib kau la kalau dia campak kau dekat Bukit Fraser ke, hutan Grik ke, gua batu kapur ke. Tapi bila aku dah tak nak fikir dan hanya nak berserah, banyak pula dapat tawaran. Alhamdulillah... Sesungguhnya Allah dah rancang yang terbaik untuk kita kan?


Dan sekarang aku tak tahu nak pilih yang mana? JPS, Pertubuhan Peladang, LGM or Envirovert? Siapa-siapa yang ada pengalaman praktikal dekat tempat-tempat ni atau mana-mana, anda dialu-alukan untuk share. Sharing is Caring right?! :-)



Ubah Diri, Dan Yang Lain Akan Berubah




Aku terbaca cerita ni dekat facebook. Tajuknya 60 saat untuk berubah. Dan aku rasa cerita ni menarik untuk dikongsikan kepada semua. Yela, zaman sekarang ni kan ramai yang berlumba-lumba nak mengubah dunia, dan hanya mengejar pangkat dan nama. Before nak berangan tinggi-tinggi melangit tu, let's read this first!



...

"Ketika aku muda, aku ingin mengubah seluruh dunia. Lalu aku sedari, betapa sukar mengubah seluruh dunia ini, lalu aku putuskan untuk mengubah negaraku saja. 

Ketika aku sedari bahawa aku tidak boleh mengubah negaraku, aku mula berusaha mengubah bandarku

Ketika aku semakin tua , aku sedari tidak mudah mengubah bandarku. Maka aku mula mengubah keluargaku

Kini aku semakin tua, aku pun tak boleh mengubah keluargaku. aku sedari bahawa satu-satunya yang boleh aku ubah adalah diriku sendiri.




Tiba-tiba aku tersadarkan bahawa bila saja aku boleh mengubah diriku sejak dahulu, aku pasti boleh mengubah keluargaku dan bandarku. Pada akhirnya aku akan mengubah negaraku dan aku pun boleh mengubah seluruh dunia ini. "





Tidak ada yang boleh kita ubah sebelum kita mengubah diri sendiri. Tak boleh kita mengubah diri sendiri sebelum mengenal diri sendiri. Takkan kenal pada diri sendiri sebelum mampu menerima diri ini apa adanya.


.....

Hope uollz can learn something from this! Dadaaa... :D


Serabut Week.




Selepas seminggu hidup huru hara. Ibaratnya makan tak lena, mandi tak kenyang, setiap malam bertapa di library sampai subuh. And it's FINALLY............!!! 



SAYA DAH SELESAI PRESENT 
HASIL TESIS!!!


Ouwh, heavennya. Hidup yang huru hara kembali bersinar. 


Minggu ni dah minggu kedua bulan Mei, tinggal lebih kurang sebulan je aku akan berada di bumi UKM. Counting day untuk tinggalkan dunia pelajar. In Shaa Allah. Will miss all this. Dan kehidupan yang lebih mencabar akan menanti selepas ni. Semoga Allah permudahkan segalanya. Amin.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...