Followers

Ayam Pencen vs Mak Mertua

Assalamualaikum..



masa balik dari ukm untuk start cuti hari tu my family datang ambil kat ukm... ni kali ke-3 family datang ke ukm sepanjang 2 tahun belajar kat sana... first masa hantar daftar, second masa aku kena operate dulu (aku tak pernah cerita dekat blog) dan ni kali ke-3...  ni pun mak beria-ia nak datang ambil sebab rindu kat anaknya yang baru balik dari oversea + aku demam....



kalau family aku datang kl, tempat yang wajib ayah aku singgah ialah chow kit road... mesti singgah pasar chow kit untuk beli barang...  sebenarnya bukan nak beli barang sangat pun,  pasar dekat ipoh ni pun berlambak tapi mak dengan ayah aku nak mengimbau balik zaman-zaman diorang duduk kl dulu...  masa ni la dia ingat balik kenangan tempat kerja lama, rumah lama,  pergi dating dekat mana (eh,ada ke?!)...


gambar ni ihsan pak cik google...



dan kali ni ayah aku siap lalu dekat Hospital Kuala Lumpur iaitu tempat aku lahir...  kesian kat aku kan? dah 20 tahun hidup ni baru tengok tempat lahir sendiri...  huk... huk...


gambar ni pun ihsan pak cik google..


masa dekat pasar chow kit tu mak aku beli ayam pencen...  masa beli tu aku tak tahu itu ayam pencen sebab dia bubuh kunyit warna kuning... aku bajet ayam untuk panggang....   mak aku je tahu tu ayam pencen...  pakcik yang jual ayam ni muka serius giler...  potong ayam pun macam dah lama berdendam dengan ayam tu...



tiba-tiba dia tanya dekat ayam tu, eh dekat kakak aku... 'tahu masak?'...  kakak aku cakap la tahu.... pastu dia tanya balik 'ayam ni nak masak apa?'...  kakak aku bodoh-bodoh je jawab nak goreng...  pastu pak cik tu reply... 'hah, buat goreng pastu bagi mak mertua makan...  pastu ayam ke mana gigi mak mertua tu pun ntah ke mana'...   mak aku dengar gelak la... yang kami pulak terpinga-pinga....  lepas tu mak aku cerita dekat ayah aku sambil gelak giler-giler sampai keluar air mata...  baru la kami tahu yang tu ayam pencen...

gambar ni pun ihsan pak cik google....
kesimpulannya semua gambar dalam entry ni ihsan pakcik google...
*
gigihnye aku bagitau satu-satu....

so lepas ni kena tahu ye ayam yang warna kuning tu ayam pencen...  kalau tak sampai tahun depan kena bahan macam kakak aku...  haha




It's Ramadan

Assalamualaikum..



yeayh, it's 3rd of ramadhan today... are u fasting??.. apa kejadahnye aku merepek malam-malam buta ni... okey, actually nak bagitau yang hari ni dah hari ke-3 ramadan tapi aku baru nak wish selamat berpuasa pada semua...




kepada semua rakan-rakan taulan terutamanya all muslimin dan muslimat...   Selamat Menunaikan Ibadah Puasa...   bersyukurlah kerana kita masih diberi kesempatan untuk menjalani ibadah puasa pada tahun ini...  semoga pada bulan rahmat ni dapatlah kita sama-sama melipat gandakan ibadat dan mencari pahala banyak-banyak...  puasa setahun sekali, dan kita tak tahu umur kita panjang atau tidak untuk berjumpa bulan ramadan tahun hadapan, so manfaatkan lah bulan ramadan ini dengan sebaiknya.... (pesanan untuk diri sendiri jugak)



Banjir

Assalamualaikum..


Sekarang ni dekat Ipoh setiap petang hujan lebat, selalunya bulan ramadan musim panas tapi sekarang ni lagi 3 hari nak puasa tapi still lagi musim hujan...  hujan kalau sikit-sikit tak pe jugak, ni hujan lebat yang boleh menyebabkan banjir punya... jangan pulak tiba-tiba rumah aku tenggelam bulan puasa ni...  kalau jadi memang dalam sejarah la, 20 tahun aku hidup first time merasa banjir.... 


petang semalam aku kena jadi driver bawak mak + adik beradik aku settlekan beberapa urusan yang tak pernak habis-habis... erkkk,.. pernah tak korang rasa jadi driver?? kena ikot je bontot orang nak pergi mana.. and bila dah sampai tempat yang dituju, kena tinggal sorang-sorang duduk dalam kereta dan tunggu sampai urusan dyorang habis... what the......?? =______= macam mana la ada orang yang boleh kerja jadi driver tu... 


dan masa otw nak balik rumah tu hujan mula turun dengan lebatnye.. terlalu lebat ok!! sangat lebat sampai tak nampak jalan...  and this is my first time drive dalam hujan yang sangat lebat tanpa kehadiran ayah disisi... (ayat poyo lagi tak boleh!!) .. dan masa ni la aku rasa aku telah menjadi driver yang sangat berhemah dengan membawa kereta dengan kelajuan 30km/j.. sangat berhemah kan?? mak di sebelah dah berzikir panjang melihat anaknya membawa kereta dengan begitu berhemah.. ok fine!! ini tipu.. mak berzikir panjang sebab risaukan anaknya yang tak habis P lagi bawak kereta dalam keadaan tak nampak jalan... 


nak jadikan cerita lebih tragis.. tiba-tiba sampai tengah jalan banyak kereta berhenti.. dalam fikiran aku dah ingat ada excident je.. yela, takkan la road block pulak.. polis mana yang terlalu taat setia pada negara sangat sampai nak buat road block tengah-tengah hujan lebat tu...tapi tekaan aku salah.. rupa-rupanya jalan tu dah naik air... masa ni dah teringat lagu 'banjir oh banjir, kampung kita naik air oh'... kalau siapa tak tahu lagu apa ni pergi telan garam banyak-banyak... 


jalan tu jadi jamed sebab ada beberapa buah kereta yang tuannya lebih sayangkan keretanya dan sanggup membazir duit minyak nak patah balik... oleh kerana aku pakai kereta bapak aku dan aku pun tergolong dalam golongan yang sayang kereta, aku cadang nak patah balik ikut jalan lain tapi mak aku cakap jalan lagi satu tu pun mesti banjir jugak.. so, terpaksa la kereta aku mencekalkan hatinya untuk meredah banjir... masa tu memang doa kereta tak mati enjin tengah-tengah banjir tu je.. kalau mati enjin je, habis!!


alhamdulillah nasib baik kereta 'bapak' aku (sila baca guna intonasi macam dalam cerita Anakku Sazali) dapat survive sampai rumah walaupun gear dah berbunyi akibat masuk air... but the most important is I got experience.. next time tak ada la cuak lagi..=)


bahagianya budak-budak ni main air kumbahan banjir ni...yukkss!!























Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...