maybe sume dah tahu yang aku ni student UKM Bangi dan berasal dari Ipoh, Perak (kalau tak tahu, mai aku nak bagitau) ...disebabkan sangat busy + kedudukan kampung halaman yang jauh (jauh la sangat,padahal naik ets 2 jam je) so, dah jarang balik kampung. selalunya aku akan pastikan dalam sebulan mesti balik walaupun sekejap. memang tak puas ok balik kampung sekejap ni. nak jalan2 kat ipoh pon xsempat. =______=
disebabkan dari form 1 aku duduk hostel n semenjak matrik dah duduk hostel di luar Perak, so banyak perkembangan negeri bukan tanah kelahiranku ini yang aku tak tahu. yes! bukan tanah kelahiran sebab aku lahir kat kl, but dari kecil tinggal kat perak.
point sebenar yang aku nak cerita bukan benda2 lagha di atas. tapi aku nak cite kemajuan tempat tinggal aku sekarang ni. semalam aku call my mom nak tanya pendapat dia, study week nanti nak balik rumah or study kat hostel. n my mom cakap suka hati la. kalau balik boleh bawak mak jalan2 pegi mydin baru. ok, that its the point.
tak silap aku masa aku balik study week hari tu, baru buka satu lagi jusco kat seksyen 18 n belum pun aku cuti sem, dah buka 1 lagi pasaraya mydin kat meru. dan apa yang aku tahu, mydin ni adalah mydin yang terbesar kat malaysia!!! wow, i'm very proud...
dan lagi 1, hari tu aku nampak kakak aku post 1 keratan akhbar yang cakap diorang nak bina Disneyland Malaysia kat meru jugak. 1st Disneyland in Malaysia ok!!
*lost world tambun pun baru sekali aku masuk..=_____=
Followers
Laporan Kerja Lapangan
Pada 19-21 April yang lalu, para pelajar bagi
kursus Sumber Tenaga dan Alam Sekitar telah menjalankan kerja lapangan di
Lenggong, Perak. Sepanjang program selama 3 hari tersebut kami telah dibawa
melawat ke pelbagai tempat seperti Stesen Jana Kuasa Empangan Chenderoh, Muzium
Arkeologi Lenggong, gua-gua tapak arkeologi dan tempat pembuatan Labu Sayong di
Kuala Kangsar. Selain itu kami turut mengadakan kaji selidik tentang kesan
pembinaan Stesen Jana Kuasa Chenderoh terhadap kehidupan penduduk di kawasan
sekitarnya.
Pelbagai manfaat dan ilmu baru telah kami
peroleh sepanjang kerja lapangan ini berlangsung. Kami telah melihat sendiri
stesen jana kuasa yang membekalkan kuasa eletrik ke seluruh negara, melihat
tapak-tapak bersejarah negara, mendapat pengalaman membuat labu sayung dan mendapat
pelbagai pengalaman dan ilmu baru. Selain itu kami telah mendapat pengalaman
menemubual beberapa orang penduduk kampung untuk tujuan kaji selidik.
Pengalaman ini telah meningkatkan kemahiran komunikasi yang ada dalam diri
setiap pelajar.
Secara keseluruhan, aktiviti kerja lapangan
ini sangat bermanfaat. Di samping mendapat pelbagai ilmu dan dapat menimba
pengalaman, pelajar turut dapat melapangkan minda apabila dapat belajar di luar
bilik kuliah.
fieldwork oh fieldwork
dah lama sangat tak update blog akibat kesibukan diri menghadapi sem 4..ceh, ayat tu kalau bole bagi skema lagi..actually hari tu busy sangat dengan program kolej yang berlangsung pada 23-25 Mac iaitu Hari Keterampilan Mahasiswa (HAKERA)..
Dan sekarang ni sangat busy dengan fieldwork..hari sabtu yang lepas baru balik dari filedwork Sumber Tenaga Dan Alam Sekitar kat lenggong selama 3 hari..hari jumaat nanti akan ke Kuantan pulak untuk fieldwork Geomorfologi Pinggir Pantai..n minggu depan pulak ke Cameron Highland untuk filedwork Ekologi Daratan dan Pengurusan Gunatanah..
kalau bab pergi fieldwork memang sangat excited sebab dapat keluar berjalan tapi yang tak seronoknye duit pun kena keluar jugak..adoiii...
cakap pasal duit, sekarang ni saya cewah,guna saya tengah buat 1 business...nak tahu apa businessnye??tungguuuuu~~!!!
Subscribe to:
Posts (Atom)


