Pagi isnin orang selalu sibuk dengan Monday Blue bagai. Tapi hari ni, dalam sejarah buat kali kedua, kolej aku tak ada air. Omm Ermm Geee!
Kolej ni tak ada air adalah sesuatu yang sangat dasyat bagi seisi penghuni UKM.
Sangat dasyat weh. Sebabnya kolej aku ni kira macam penanda aras la. Selalunya kalau kolej kolej lain tak ada air, kolej ni steady lagi. Tapi kalau kolej ni tak ada air.... bersedia la jadi Mak Senah, pakai kain batik ikat senteng, bawak baldi kiri kanan, beratur depan lori syabas.

And the worse is, pagi ni aku ada dua exam mid term. Oh my, bayangkan tekanan yang dihadapi itu. Dah la semua kolej tak ada air, karang lecturer pun tak kenal mana student mana kambing. -,-
Petang tadi pula, kami ada kelas Pengurusan Hidupan Liar dan Hutan Tropika. Dan lecturer aka daddy supervisor tesis yang ajar. Dan semalam birthday dia. Dan kami pun pakat pakat nak buat surprise nyanyi lagu birthday dekat dia walaupun tak ada kek.
Alasan tak beli kek sebab tak nak dia kena kencing manis. -,- .Hehe. Baik kan kami? Sejuk perut lecturer dapat student baik dan penyayang macam ni. Tapi tengah tengah nyanyi lagu birthday, tiba tiba black out. Yes! Bukan dia yang surprise, dengan kitorang kitorang sekali surprise.
Ambik kau, krisis terhebat dialam ini, sekali air, sekali eletrik tak ada. U kau hado? -,-'
1 comment:
haha..lawak tak kenal mana student mana kambing..hehe.. mmg tak selesa kot tak ada air..tapi dah ada air haa.. membazir ja kan ..huhu..kalau letrik tu boleh tahan..air tak ada tu yg tak tahan..hehe
Post a Comment