Followers

Welcoming June




Hai.


It's June already. Like every years, June is month of birthday. To be specifically, birthday orang-orang tersayang. It's starting by Mr. Oren on 16th June, my beloved mom on 19th June and my younger sis on 29th June. Triple celebrations.


But this June will be more memorable for me. I will finish my study on this month. *Yeayyy*. Counting days. But before that, I have to face my judgement day first. Final exam. Kali ni exam final yang paling final punya exam. Only three papers. On 12th, 13th and 21th June. And after that I will leave this place, UKM. Tempat yang banyak mengajar erti matang dan menjadi manusia sebenar. 


Will leaving all my awesome classmate soon.


On 24th June, I will starting my intern in Pertubuhan Peladang Sungai Siput (U). Satu fasa pengenalan ke arah alam pekerjaan, In Shaa Allah. Sangat gementar dan still rasa tak percaya. Semoga dapat lalui dengan cemerlang dan moga cepat-cepat dapat kerja. Aminn. 



Camera Handphone dan Blogging




Semenjak, dua menjak, tiga menjak ni, rasa diri dengan dunia blog ni dah jauh sangat. Jauh macam blog tinggal dekat rumah, dan aku pula ada dekat kolej. #Motifsangat. Padahal doplohpat jam je online dan doplohpatjam je refresh blog. Tapi rasa jauh. Macam mana tu?


Sebab utama semestinya kekangan masa. Yela, nak buat tesis lagi, sibuk cari tempat praktikal lagi, tidur lagi dan berjimba pun boleh tahan juga galaknya. So, masa yang berlalu tu rasa cepat je. Ibarat mencurah air ke daun keladi lajunya. Daun keladi kan tak telap air, so dia terus turun laju je kan. Gitu la.


Selain tu, rasa malas nak update blog semenjak tukar fon. Ceh, nak mansion jugak fon baru. -,-' Dulu aku pakai Sony Xperia X8. Walaupun kecil dan comel, tapi gambar dia sangat cantik. Well, fon sony memang semua camera dia cantik walaupun 2 Megapixel je. 


kembar 3 Sony Xperia X8 dari google.


Tapi yang tak best nya sebab camera fon ni tak boleh zoom. Bagi orang yang galak amik gambar macam aku ni, memang la rasa tak puas kan. Jumpa Dr. Mahathir hari tu pun terpaksa guna fon kawan sebab nak zoom bagi jelas. Ish, mencikk!


Jadi dengan rasa tak bersalahnya, aku curang dengan Sony, beli fon lain. Beyond Note II. Pernah dengar tak? Ekceli, beyond ni fon keluaran Indonesia. Macam Beyond Note II ni, dia Android 4.1.1, latest punya.  Screen besaq gedabak, ada tv dan puas hati sangat kalau online pakai fon. Aplikasi semua macam Samsung SIII. Sepanjang aku pakai dah berapa bulan ni, tak pernah buat hal lagi. Baik je dia. Cewahh!


Beyond Note II gambar dari google


Tapi, still camera juga masalah. Boleh zoom, ada setting macam-macam tapi still tak memenuhi tahap kepuasan. Haha. Demand sangat, beli fon murah tapi nak camera standard DSLR. Memang mintak jentik telinga la kan? 


Jadi bila camera fon tak cantik, dah malas nak ambil gambar. Tak ada gambar, malas nak update blog. Disebabkan tu la blog ni duk bersawang lama sangat dah. Aisshhh, tak best kan kalau baca entry panjang-panjang tapi tak ada gambar? Rasa macam minum milo tak letak gula je. -_-



Jalan-jalan di Melaka




Aku jenis yang sangat suka travel. Tak kisah ada duit ke tak, janji dapat pergi jalan-jalan dan tengok tempat orang. Kerja yang paling gila aku pernah buat, masa duduk dekat Matrik Kulim dulu. Pergi overnight berdua dekat Penang naik bas. Ingatkan nak overnight tepi laut, last-last lepak depan kedai 24 jam. Pastu boleh pulak ada Indian excident depan kedai tu smpai gaduh-gaduh. Paling last, tumpang tidur dekat lobi hotel. Pagi esok chow balik. 

Nampak cool kan? But pleasee. Tolong la jangan ikut. Sampai sekarang aku rasa macam keje tu sangat gila! Bayangkan kalau jadi pape masa tu, kena rompak ke. Tak mintak.... tapi kalau jadi macam mana? Sila fikir panjang ye adikss adikkss!!


Okei, tutup cerita lama. Back to the point. Last two week, aku dengan tiga orang member pergi ke Melaka. Walaupun aku dah pernah sampai ke oversea, tapi Melaka dengan Johor pun aku tak pernah sampai. Booo... Noob gilersss!! But..but..but... sekarang aku dah ke Melaka, so tinggal Johor je la tak pergi lagi.


Ekceli, planning ni pon agak gila jugak sebab minggu depan tu dah kena hantar draft tesis. Masa kitorang pergi tu pon ramai member lain cakap. 'Wooo, untunglaaa (ayat biasa) dah siap tesis, boleh pergi jalan-jalan'. Tapi hakikatnya... Senyum je la. Walaupun tak siap lagi, buat muka yakin je, nak bagi diorang cuak. Mihmihmih.


Kat Melaka yang bestnya sebab tempat semua dekat-dekat. Uollz just park kereta dekat Dataran Pahlawan, area Menara Taming Sari, then jalan kaki je dekat kawasan situ. Semua tempat bersejarah ada dekat situ. Kalau malas jalan boleh naik beca, tapi kami kan nak save bajet. Haruslah exercise je.



Dan sebab nak jimat bajet juga la kitorang hanya lalu je depan menara tu, tak naik pon. Haha. Ekceli, kalau nak jimat bajet, tak naik menara tu pon tak apa. Korang just pergi naik kapal besar dekat belakang menara ni. Dekat atas kapal besar tu pun uollz boleh nampak pemandangan kawasan tempat ni dari atas. Kan dah jimat 20 hinggit....


Dekat belakang menara ni ada banyak muzium, Muzium Samudera, Muzium TLDM dan Muzium Kastam. Masa kitorang datang ni, masuk semua free sempena Hari Samudera kot. Kalau hari biasa tak tahu pula berapa kena bayar. 




Ni dekat kapal besar. First time naik kapal, dah macam budak sekolah pula jakunnya.




Ni pula dalam Muzium Kastam. Dalam ni macam muzium biasa je. Banyak barang-barang yang kastam rampas. Tapi dalam ni ada air-cond. Wajib la singgah sebab cuaca dekat Melaka ni sangat panas. Tepi laut kan. Bawak payung pon tak guna. Baik angkut air-cond kepit celah ketiak. haha



Dekat sebelah muzium-muzium tu pula ialah Sungai Melaka. Dekat situ boleh naik Melaka River Cruise. Tapi tengahari rembang naik Cruise adalah sangat tidak romantik. Kalau malam-malam best la boleh tengok lampu-lampu. 


Sebelah tu pula, Jonker Walk yang famous itu. It's just gerai baba dan nyonya kat tepi jalan je. Dan kitorang tak jalan habis pun sebab sangat panas. -,-


Last destinasi dekat area tu ialah Kota A'Famosa. Ekceli, dari awal lagi aku cari kat mana Kota A'Famosa ni. Tapi tak nampak-nampak. Lepas tu saja la jalan naik bukit sebab nampak ada pengantin tangkap gambar dekat situ. Rupanya tempat ni kat atas bukit. Kena naik tangga sampai atas. Fuuhhhh... berpeluh tiak!



Bukti kami dah sampai Melaka. Yeaaayyyyy!!

Dah jalan dalam panas-panas terik, semua mengidam nak makan Coconut Shake Pantai Klebang. Ramai yang cakap sedap sangat sampai berderet-deret orang beratur nak beli. Tapi sayangnya kitorang tak jumpa kedai yang dimaksudkan itu. So, just beli dekat tepi pantai Klebang je. Tapi sedap juga. Sangat sedappppp!! Makan dengan laksa pulak tu kan. Hmmppp!! *thumb up*


Maghrib tu singgah solat dekat Masjid Selat Melaka. Masjid ni sangat cantik sebab dia terapung atas selat melaka. Tapi sayangnya kami sampai dah malam, so tak nampak permandangan sekeliling dia.


Dan sebelum balik, singgah beli souvenir kat Uptown Pahlawan Walk. Uptown dia sangat panjang. Tapi kitorang beli fridge magnet je. hihi. Tu je yang termampu. :*



Last but not least... tempek gambar member edit yang super duper cantikkkksss ini.

With last, in memory...... <3



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...