Followers

Jualan Murah PC EXPO Mid Valley




Assalamualaikum


apa rancangan korang hujung minggu ni? duduk rumah kumpul lemak? dating? study?  tak tau lagi? 


dah buang tebiat aku ni baru hari rabu dah tanya orang hujung minggu ni nak buat apa.  mentang-mentang jumaat dah tak ada kelas,  rasa macam esok dah cuti pulak kan.  ekceli aku nak war-warkan dekat semua orang kampung, pekan, bandaraya, dewan parlimen, dewan sekolah dan tak lupa orang dewan budaya.  

....
meh meh cik kiah, mak jemah, tok selapit,  pak cik wahab mari-mari dengar. 
....


mari ramai ramai kita serbu Mid Valley hujung minggu ni. sebabnye hujung minggu ni ada PC EXPO.  best woww.  sebab apa aku kata best.  jom tengok bawah ni.




hambik kau.   tv LCD, notebook, GPS singgit je??



Samsung note, Apple Ipad dengan Acer tab pun singgit??



hah, tak murah lagi tu? ada lagi.  barang-barang lain pun sehinggit je? 

...

haha.  jangan terpedaya lagi.  tak habis cerita lagi ni.  hah, duduk balik duduk balik.  nampak tak dekat bawah tulisan RM 1 tu dia ada tulis auction. nampak tak? nampak tak?  diorang lelong la barang-barang tu. siapa cepat dia la yang dapat. dan ada syarat syarat dia.  nak tahu apa syarat-syarat dia tengok dekat facebook PC EXPO ni.  ok,  selamat memenuhkan komuter hujung minggu ni.  daaa~






Dah tahap kritikal ni!



Assalamualaikum...



minggu ni rasa macam hidup sangat-sangat tak productive.  bukan productive bagi pompuan-pompuan dah kahwin nak produce anak tu.  aku still budak matured yang tak cukup ketinggian,  belum sampai seru untuk berkahwin.  ni productive dalam menjalankan kerja la.



sem ni kan kelas aku semua petang kecuali lab rabu pagi yang merupakan benda yang paling aku tak suka, menyampah, dan segala men men yang lain.  bila aku dah buat azam baru iaitu bangun awal dan tak nak tidur lepas subuh dah,  hari-hari yang berlalu terasa sangat lambat.  

ni memang dah bosan tahap kronik.


dah bukak tutup refresh loading muka buku, si pencicit a.k.a twitter dan blog sembilanplohtujuhratus kali tapi jam belum pukul 12 lagi.  kelas pulak pukul 4 petang sampai pukul 5 je! ahhh.  rasa macam nak balik Ipoh kejap, pagi esok naik ETS balik UKM ulang alik setiap hari.  



sekurang-kurangnya dekat rumah ada chef yang bertauliah dan boleh habiskan masa dengan melantak tak ingat dunia.  ni duduk bilik yang sekangkang kera dengan bertemankan katil empuk, longgokan buku dan En. Acer Pink je,  apa yang nak buat.  bukan boleh goreng buku-buku ni cicah sambal belacan pun. dapur pun tak ada.  aigoooo,  sangat-sangat bosan dan rasa macam kera sumbang. 



p/s ;- tengah taip-taip entry ni tiba-tiba hujan,  terlupa pulak ada baju dekat ampaian. nak pergi angkat pun tak sempat, memang dah konfem basah lenjun.  haihh!  memang saje je nak bagi aku kerja lebih kan.




Syaiton Jangan Kacau Azam Aku!



Assalamualaikum...



sejak balik dari kampung semalam, niat di hati yang tulus mulus ni nak buat azam baru.  tiba-tiba terasa diri makin pemalas ya rabbi sampai esaimen yang lecturer bagi masa first day masuk sem hari tu pun tak sentuh lagi.


sebulan sebelum masuk sem baru hari tu kemain lagi niat beserta semangat yang jitu alim suci bersih konon sem ni nak buat yang terbaik cemerlang gemilang terbilang bagai. masuk first week niat masih suci walaupun dah mula menampakkan tanda-tanda murtad di situ.


kusangkakan panas sampai ke petang, masuk je 2nd week naluri dah mula menunjukkan tanda-tanda berbisik 'takpe, banyak lagi masa nak buat esaimen tu. lambat lagi nak kena hantar. hapdate je blog banyak-banyak, tak payah nak rajin sangat buat esaimen awal-awal'  dan beginilah akhirnya apabila syaiton telah memasuki fikiran manusia.


orang lain buat azam awal-awal tahun, aku pulak dah hujung bulan sepuluh baru terkedek-kedek nak pasang azam gantung dekat leher tulis 'aku nak mulakan hidup baru bersama yang tersayang'.  ehh!


sempena bulan mulia lepas raya haji ni,  aku dah set impian dan harapan setinggi gunung everest tak nak tidur lepas subuh dah.  sebelum-sebelum ni bangun solat subuh lepas lipat je telekung terus menggelupur atas katil lepas 2 saat dah sampai korea jumpa nichkun.



dengan azam baru ni nak bangun-bangun lepas solat subuh pergi turun naik tangga tingkat tiga tujuhpluhpatlima kali dengan harapan seminggu kemudian perut yang buncit jadi kempis seperti papan lapis playwood.


lepas excersize duaplohpat saat blogwalking sampai lebam pastu dah penat tidur balik. haha. boleh ke macam tu? sama jugak keje tak jalan jugak.  NO! tingkatkan keazaman. mari kita beresaimen sampai lebam.   Zzzzzzz~



Sebab Rezeki Susah Nak Masuk



Assalamualaikum...



kita sebagai manusia selalu mengeluh dengan pemberian Allah.  padahal Allah dah bagi banyak dah, kita je yang tak sedar dan tak bersyukur.  setiap apa yang Allah dah tentukan dalam hidup kita semuanya bersebab. kalau ada yang selalu rasa dia tak ada rezeki or rezeki susah nak masuk, mungkin anda tergolong dalam ciri-ciri kat bawah ni. 




ok, sebelum tidur mari kita renungkan apa yang dah kita buat selama ni dan tengok ada tak ciri-ciri diri kita yang termasuk dalam senarai tu.  bangun pagi esok mulakan dengan niat baru dan berdoalah semoga murah rezeki sentiasa.  Amin!!






Pajak Loken



Assalamualaikum...


korang tahu tak apa tu Loken??  siapa orang Perak yang tak tahu Loken tu apa memang patut pergi rendam muka dekat Sungai Kinta enampuluhpat hari tujuhpuluhsembilan malam la... *ceh, ayat eksyen kemain padahal dulu aku pun tak tahu Loken tu binatang apa...   



Loken tu lebih kurang macam uptown atau downtown la tapi waktu pagi...  dulu ayah aku selalu pangggil Pajak Loken.. ada setengah orang panggil Pasar Karat...  benda yang sama la kot...



Loken ni tempat dia dekat Memory Lane Ipoh...  ala, kalau korang lalu dekat Pusat Bandar Ipoh tu,  dekat tepi jalan tu ada satu lorong yang ada pintu gerbang besar tulis Memory Lane... hah!! kat situ la...  tapi jangan pulak korang pergi hari Rabu pukul 5 petang...  tiga hari empat malam korang tunggu depan pintu gerbang tu pun takkan jumpa sebab Loken ni hanya ada hari Ahad pukul 7 pagi sampai 3 petang je...


gambar dicilok dari Abang Google.


keistimewaan Loken ni sebab dia banyak jual barang-barang antik atau  barang-barang lama...  ada setengah yang masih elok dan boleh digunakan....  kalau siapa peminat barang antik mesti tahu tempat ni... ada telefon dulu-dulu yang kena pusing-pusing pilih nombor tu, duit-duit zaman tok wan tok nek dan macam-macam lagi..  dah selalu pun terpampang dekat tv..  selain tu ada jugak barang-barang terpakai,  pakaian bundle yang belum dicuci dengan air panas,  ubat resdung yang tayang gambar hidung berlubang,  pinggan mangkuk terpakai dan banyak lagi.  




bagi gadis-gadis remaja bajet urban suka pakai tudung glamer merah mak ngah dengan pin bunga hidup dekat atas kepala tu, mesti tak pandang barang-barang antik bersawang bagai kan ..  jangan pulak sedih hentak-hentak kaki.. dekat sini ada jugak jual baju-baju, kasut, tudung macam dekat uptown or downtown... but believe me, kualiti sama macam downtown/uptown tapi harga dia lagi murah..






Cerita Raya Aku...



Assalamualaikum...


semoga belum terlambat nak wish SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA KEPADA SELURUH MUSLIMIN DAN MUSLIMAT DI DUNIA.... bagus sangat kau sha, dah berhabuk bersawang blog ni plus perut berlapis-lapis makan rendang baru nak wish Selamat Hari Raya kan... :)  belum lambat lagi kan kan kan?? =D




raya haji tahun ni 'paling bermakna' sangat sangat dalam hidup aku...  huh!!  memang bermakna raya apabila masa dihabiskan dengan tidur sampai pukul 4 petang dan bangun-bangun tidur semua orang dah bersiap nak balik kampung.. 



maka bermula la satu kisah perjalanan yang berliku-liku untuk pulang ke kampung halaman yang dah dua tahun tak balik...  kisah diteruskan dengan makan jem sampai kenyang dekat highway dan brek kereta pulak tak makan....  so, naik kereta pun dah macam naik roller coaster bila ayah asyik tekan brek je nak test ok lagi ke tak....  


dan bertambah perfect kisahnya bila dah sampai depan pagar rumah Opah dekat Slim River, tak ada orang pun dekat rumah, semua dah balik Ipoh termasuk la Opah sekali...  how fantastic my raya life kalau setiap kali raya macam ni... =____=



raya kedua tahun ni semua sedara sepupu sepapat berlipat-lipat berkumpul dekat rumah Mak Uda sebab anak dia nak dirisik eh bertunang... maka bila segerombolan manusia dah berkumpul, banyak jugak la ketupat yang berjaya dihasilkan...  kalau bukak kedai jual ketupat, sebulan jugak la baru boleh habis orang beli...  hihi...  0ps!!  ingat pesan mak, tulis blog jangan mengumpat orang...  sorry mom, tersengaja....  h0h0





Aku pun tumpang bangga



Assalamualaikum..


BANGI: Tiga sahabat baik penuntut Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), di sini, mungkin layak digelar graduan 1Malaysia apabila masing-masing berketurunan Melayu, Cina dan Sikh berjaya menamatkan pengajian peringkat sarjana di universiti itu semalam.

Mengaku bersahabat baik sejak lima tahun lalu, Mohd Faradi Mohamed Ghazali, 26, Terry Woo Kit Wan, 25, dan Jasminderjit Kaur Shabay Singh, 25, adalah antara 900 pelajar peringkat sarjana yang menerima skrol dalam istiadat konvokesyen UKM ke-40, di sini, semalam.

Menurut Faradi, dia gembira kerana berjaya menamatkan pengajian selama lima tahun bermula di peringkat sarjana muda pada 2007 sehinggalah tamat sarjana bersama dua lagi sahabatnya itu.
“Kami berkenalan pada minggu orientasi semasa mula-mula memasuki universiti dan terus berkawan rapat sampai sekarang walaupun mengambil kursus yang berlainan,” katanya.

Faradi yang berasal dari Kuala Terengganu menamatkan Sarjana Sastera (Kesusasteraan Melayu) dengan memperoleh jumlah nilai purata gred (CGPA) 3.57.

Perasaan sama turut dikongsi Terry yang berasa bertuah kerana dapat menyelami budaya hidup masyarakat Melayu dan Sikh apabila turut bergaul dengan keluarga dua sahabat baiknya itu.
“Sepanjang belajar di sini, kami tidak dilihat sebagai individu yang berlainan kaum,” kata graduan Sarjana Sains Sosial (Linguistik) itu yang memperoleh CGPA 3.67.

Bagi graduan Sarjana Ekonomi Kewangan, Jasminderjit, dia sudah lali menjadi perhatian apabila mereka bertiga keluar bersama.



sedutan paper Harian Metro semalam....







kenapa aku sebuk sangat post pasal berita ni??  sebabnya mereka mereka dan mereka ni adalah felo kolej aku...  and aku kenal sangat la mereka mereka dan mereka ni...  hihi...  mesti la tumpang bangga kan orang yang kita kenal masuk paper....  haha...  



diorang bertiga ni memang rapat pun...  bukan diorang bertiga je, semua felo-felo kolej aku memang rapat... tapi Kak Min dengan Kak Terry ni memang sangat rapat walaupun berbeza agama dan kepercayaan... best kan kalau rakyat Malaysia semua macam ni.... ??



tapi diorang ni pun suka gaduh-gaduh manja...  kadang-kadang kita pun gelak tengok perangai diorang... tapi aku bangga dapat felo 1 Malaysia macam ni...  :)




Fieldwork Cameron yang awesome!!



Assalamualaikum...



akhirnya tepat jam 9.30 malam 22/10/2012 sampai la aku kat bumi UKM ni bersama bau strawberry dari Cameron Highland bercampur bau leachate dari Bukit Tagar...  baunyaa....  aigooo , sangat semerbak...  terutama bau leachate dari Bukit Tagar tu... haha...


actually dah 2 kali dah budak-budak kos aku fieldwork kat Cameron Highland ni tapi bagi aku dulu lagi besttttt and awesome...  sebabnya dulu tidur kat apartment dekat Brincang...  turun-turun apartment jalan 2/3 langkah dah sampai Pasar Malam Brincang..  3 hari 2 malam duduk situ, melayang-layang duit meninggalkan poket yang kering....


hasil daripada doplohpat jam round pasar malam Brinchang, terserempak dengan Ray Era fm... 
masa ni kawan aku tegur dia dulu, aku ingatkan kawan sekolah dia ke... rupa-rupanya artis...  waa, terkena bebbb!!



tapi fieldwork kali ni tidur dekat apartmen Tanah Rata...  nasib baik duduk situ 1 malam je dan pasar malam dekat situ bagai hidup segan mati tak mahu... kira jimat la sikit duit walaupun berkopak jugak!!  but i love the apartment...  so big n nice!!


ruang tamu dia pun besar with tv + astro...  (apartmen dulu ada astro tapi tak ada kad...  dah puas mintak baru dapat!!) apartmen ni ada 3 bilik 2 bilik air siap dapur yang lengkap dengan perkakasnya walaupun tak berasap...  kira so sweet untuk family tinggal.... ^,^



fieldwork kali ni untuk subjek EIA..  Environmental Impact Assessment ... dimana setiap company or sape-sape yang nak buat projek besar macam hotel, highway, airport dan lain-lain , kena buat EIA dulu untuk tengok kesan projek tu pada alam sekitar...  


mana tahu projek tu boleh bagi kesan yang teruk macam projek Lynas... so, kalau korang nak buat projek besar nanti boleh la amik aku sebagai EIA Consultant ye.. hihi...  bak kata lecturer aku yang lawyer tu.. ' feel free to call me but the fee is not free'...... =____=



time balik tu singgah cameron valley.. sambil lecturer terangkan pasal EIA untuk agriculture, sambil sambar teh sekotak dua..  



balik ikut Tapah dan singgah TNB Cameron Highland.. sambil dengar taklimat pasal Empangan Jor, sambil buat taik mata...  and lastly tak sampai 20% je yang masuk... yang lain dah lepas ke korea jumpa Nickhun... 




masa dengar taklimat semua mata kuyu, bila bergambar semua mata bulat...  memang Envi Kidz sangattt!! 





destinasi terakhir, Bukit Tagar Sanitary Landfill... 




hah, dekat sini la semua baju kelawar, seluar in, tilam yang penuh peta dunia, bantal-bantal masyam yang korang buang tu pergi...  terutama barang buangan untuk area Kuala Lumpur n Selangor...  banyak weh barang buangan korang...  kalau average sehari sorang buang 1 kg sampah, kalau dah 21 tahun macam aku ni??  pikir la sendiri kenapa tempat ni dah berbukit-bukit!! dan baunyaaaa...  nauzubillahhhhh!! hilang deria bau 45 minit....!!









SEGMEN : Jom Tingkatkan Follower Sampai Lebam



Assalamualaikumm...


sebelum bertolak untuk fieldwork esok kat cameron, lebih afdal kiranya aku masuk satu segmen...  mana la tahu balik-balik nanti bukak bukak blog, follower dah sampai 1 juta kan...(sila nyanyi lagu harapan dulu!!)


okei ni adalah segmen dari encik xiao ni... syaratnye sangat senang just printscreen jumlah follower dan tag blogger lain... senang kan??  so, jom la kita Tingkatkan Follower Sampai Lebam yeee!!






jumlah follower sekarang...



saya nak tag dua orang A...

jiran kolej saya ----> Aisha
orang yang sama kos tapi lain u ---> Aina




Haruslah kopak tabung...



Assalamualaikum....



kasut oh kasut...  semenjak aku masuk UKM ni 2 tahun lepas, kasut yang aku pakai cepat je rosak...  kasut sandle, kasut sarung n lain- lain kasut, mesti nak jadi lidah buaya la, putus la, terkopak la beserta ter ter yang lain...  setiap sem mesti kena tukar kasut dan apabila tukar kasut, purse pun bersedia la nak terkopak sama...  



untuk sem ni, baru masuk minggu ke-6, sandle yang aku pakai hari-hari pergi kuliah dah mula menunjukkan tanda-tanda nak murtad kepada tuannya....  dan itu juga memberi petunjuk untuk aku mengeluarkan zarah-zarah kepingan not not kertas yang ada untuk dihabiskan...  




oleh sebab itu, pagi tadi diriku telah dibawa oleh ktm ke The Mines untuk menghabiskan zarah-zarah duit yang ada bagi membeli sepasang kasut...   bagi student sengkek yang selalu pakai kasut cap pasar malam macam aku ni, harga kasut-kasut dekat The Mines sangat la membuntangkan mata dan mentepukan pemikiranku...  harga nya boleh bagi aku makan Snake Plate KFC 5 set okeii...  



tapi oleh sebab esok dah kena pergi fieldwork kat Cameron takkan la aku nak pakai selipar toilet je pergi sana kan? mesti la nak eksyen bajet gadis korea sikit.... terpaksa jugak la mengkopakkan segala tabung yang ada...huhu!!




kasut esarli yang less 50% je yang termampu...  yang mahal-mahal kena tunggu prince arab mai masuk meminang dulu... tapi dalam nak kopak-kopak tabung tu bole pulak 'ter'sambar beg satu...  nak buat macam mana dah beg tu pandai sangat menggoda...  siap lambai-lambai tangan lagi, sapa tak terpikat kan...  hihi...





ayat dalam hati cakap ' takpe, raya korban nanti boleh kutip duit raya banyak-banyak isi tabung balik'   haha....  ^_____^






Jom serbu Pesta Konvo UKM...!!



Assalamualaikum.....



mari...  mari... mariii....  yeayyy!!  pesta konvo datang lagi...  jom ramai ramai kita serbu pesta konvo UKM pulak....  banyak aktiviti menarik...  yang penting terbuka kepada orang luar....  jom serbuuuu!!!






bila?? dekat mana?? bermula dari 18 hingga 23 oktober 2012....  semestinya di Dataran Gemilang UKM iaitu bersebelahan dengan Stadium UKM....
perasmian pembukaan pada 18 oktober 2012....






nak tahu apa aktiviti yang ada dekat sini???
banyak tu wa nak habaq kat lu olangggg... mcam macam adaaa.......





ambik kau !! upin ipin pun ada....   jom bawak anak sedara, anak menakan, anak jiran sebelah dengan anak tokei kedai sekali pakat mai sini....  bagi student-student yang kekurangan zat tu, dekat sini ada pelbagai gerai jualan makanan dan minuman tau....  boleh gemuk korang kalau datang hari-hari...  haha...  holiawwwwww.....  ^,^



Selesai sudah pembentangan proposal tesis...



Assalamualaikum....



alhamdulillah...  alhamdulillahhh....  alhamdulillahh...  syukur + lege sangat sangat pembentangan proposal dah berakhir...  akhirnya penantian dan penyeksaan selama beberapa minggu berakhir dengan selesainya pembentangan proposal tesis dengan jayanya walaupun kena attack dengan lecturer yang digeruni iteuw...




oleh kerana tajuk tesis aku Penilaian Adaptasi Burung Botak Upeh Yang Dilepaskan Semula Di Santuari Burung Kuala Gula , soalan yang di tanya tak ada la seteruk budak-budak lain yang buat pasal kimia... alhamdulillah semua soalan boleh jawab...



just lecturer yang digeruni iteuw ada tanya soalan yang bagi aku tak releven...  soalan dia kenapa sangkar Burung Botak Upeh tu bentuk macam silinder/kon (aku pun tak tau nak describe bentuk dia)??... kenapa tak petak je ??...  aku jawab sebab dekat atas tu ada ruang yang boleh buka bagi burung tu keluar...  actually aku pun tak tahu jawapan sebenarnya...  tapi bila aku tanya supervisor aku yang sempoi tu, jawapan dia simple je...   ARTISTIK...!!  ^,^


agak-agak bentuk apa ni yek?


tapi ini baru pembentangan proposal, lepas ni ada dua lagi pembentangan untuk tesis..  pembentangan hasil kajian dengan viva...  hopefully semuanya dapat berakhir dengan selamat...  buat masa sekarang boleh la enjoy dulu....  yeayyyy!! ahad ni pergi filedwork dekat cameron.......... (jerit sambil lompat guling-guling)




Seramnya sejuk.


Assalamualaikum...



hari ni dah start presentation proposal tesis bagi kos Sains Sekitaran UKM...  minggu ke-6 bagi sesi 2012/2013 iaitu minggu yang sangat-sangat mendebarkan...  yela, first time present depan semua lecturer kan...  tambah-tambah ada Dr. K yang sangat digeruni oleh student-student kos aku.... =____=



oleh kerana student kos aku ada 62 orang, so presentation dipecahkan kepada 3 hari mengikut supervisor dan ada sesi pagi dan petang...  yang tak bestnye, aku kena present hari last dan student-student bawah supervisor aku semua last sekali...  


arhhh, streesssss!! orang lain dah habis present, bole goyang kaki sambil tengok movie dekat The Mines, aku pulak dup dap dup dap lagi tunggu giliran...


doakan aku boleh present dengan tenang ye kawan-kawan... sekarang tak rasa debar sangat, esok baru nak start debar sebab aku present hari khamis... bole ke macam tu?? hihi...  ^,^


Fieldwork Kuala Gula yang best!!



Assalamualaikum...


alhamdulillah selamat kembali ke bumi UKM yang tercinta...  3 hari berfieldwork di Kuala Gula sangat best walaupun hari-hari mengadap muka Burung Botak Upeh je...  sebab apa best?? sebabnye kawasan tu kawasan kampung, tempatnya aman dan orang-orang dekat sana sangat best....  semua sporting habis!!


dan best jugak sebab mana pernah pergi fieldwork siap dapat cabutan bertuah bagai... kawan aku siap dapat hadiah tapawer lagi...  haha...  kau adoo??


yang paling best sebab rezeki kami kami dan kami sangat murah... hari first mak kawan aku belanja...  dy duduk area situ so mak dia datang melawat kami bersama kfc ditangan.. (yeayyy!! sambil melompat-lompat seperti kanak-kanak 5 tahun)...


hari kedua pulak prof syukor a.k.a supervisor tesis kami belanja dinner dekat Restoran Terapung Kuala Gula sempena birthday kawan aku...memang melantak habis la dengan ketam lembut, sotong goreng bagai...  hihi...^,^  lagipun kami pergi lima orang je, so boleh la orang belanja...  cuba pergi 50 orang, hah sila bayar guna duit PTPTN la jawabnya...  hihi...=)


so, let's pic talk.....



ni lah tempat kajian aku...  Pusat Konservasi Hidupan Liar (Burung Laut) Kuala Gula...  tempat ni milik PERHILITAN... betul-betul depan Kuala Gula Sanctuary Resort...  tempat penginapan kami sebelah ni je.. rumah tetamu PERHILITAN....



ini pulak Burung Botak Upeh yang aku kaji... ni gambar live punya.. bukan dari pak cik google...





burung-burung ni semua kat dalam kandang dan tunggu masa untuk dilepaskan...  actually burung ni dah pupus dekat dunia, dekat Malaysia pun hanya ada dekat Kuala Selangor dengan Kuala Gula je...  so pihak zoo negara biakkan burung ni dalam kandang... bila dia dah besar, diorang hantar dekat Kuala Gula ni untuk lepaskan... kenapa kena lepaskan dekat Kuala Gula ni?? sebabnya burung ni hanya boleh hidup dekat kawasan paya bakau, Kuala Gula ni la habitat dia yang paling sesuai... 




burung hantu ni pulak namanya Nyet, dia duduk sekali dengan Burung Botak Upeh tu... dalam kandang tu pun ada 7 ekor burung je termasuk burung hantu sekor ni...




tapi sebelum nak lepaskan burung ni dekat habitat asal dia, kita kena bagitau dekat orang kampung dulu...  takut nanti diorang pergi tangkap buat masak lemak cili padi pulak...  kita penat-penat bela binatang ni, diorang sedap-sedap makan pulak...




ni masa Program Kesedaran tu...  yang bergambar tu adalah Pengarah PERHILITAN bahagian Konservasi Biodiversiti, pihak Zoo Negara, Prof Shukor my supervisor (dia jadi penyelidik burung ni), dan lain-lain yang aku tak ingat...



ini pulak aktiviti dikala bosan melihat burung... haha.. pe lagi, main game la... ^,^




Kuala Gula tu manis tak?



Assalamualaikum...



mornink all....  ceh, mukadimah bajet retis...  pagi ni aku akan berangkat ke Santuari Burung Kuala Gula...  tahu tak dekat mana??  Kuala Gula dekat Perak la sayang sayang sume...  dekat Taiping...


nak tahu apa yang aku buat dekat sana baca SINI..  aku pergi 3 hari je.. tak ada la menetap dekat sana terus duduk dengan burung-burung berterbangan dekat sana...  dan dekat sana jugak aku kena present proposal tesis depan supervisor... harap-harap semua berjalan lancar...  Amin...


doakan perjalanan aku selamat ye kawan-kawan...
Bye... huhu.. ='( 
(lap air mata)

Tesis


Assalamualaikum....


hai... hai....  haiii....
ok sebelum tu baca tajuk tu betul-betul ye....  kawan aku dah tersalah baca dan ingat benda lain dah....  ^,^


korang tau tak apa itu Burung Botak Upeh? tau? tak tau? jeng jeng jeng... 


cakkk...  saya la Burung Botak Upeh!


binatang ni la yang aku kaji untuk tesis aku...  binatang? erk, burung la... burung ni macam burung bangau... ala, yang korang selalu nyanyi masa kecik-kecik dulu 'bangau oh bangau, kenapa engkau kurus..  macam mana aku tak kurus, makanan aku tak ada'..  eh, betoi ke?haha... =)



tajuk penuh tesis aku ialah 'Lakuan Harian Burung Botak Upeh Dalam Kurungan Di Santuari Burung Kuala Gula' ..  ok, tajuk macam senang je kan?  memang la senang tapi burung ni tak ramai orang kaji sebab dah makin pupus.... so susah la jugak aku nak rujuk sumber-sumber lepas....  siapa yang pernah buat tesis tahu la literature review bagai kan...  nak kena cari kajian lepas...  erm, sebab tu la kena rajin sikit menggagahkan kaki ke library...



sekarang ni tengah bergelut dengan jurnal yang bergelimpangan kat atas meja ni untuk buat proposal...  lecturer aku ni bagus sikit , minggu depan nak kena present proposal , isnin hari tu dia bagi aku tajuk baru dan jumaat ni nak pergi field dekat Kuala Gula...  mana la aku nak cekau masa buat proposal word dengan powerpoint bagai...  adeehhhh... =_____=



Ya Allah, permudahkan la urusan hambaMu ini...   Amin....  
ok, lets sambung bergelimpangan bersama jurnal....... ^,^




En. Acer Pink mati



Assalamualaikum..


aku rasa bila dah masuk 3 tahu kita pakai lappy , dia memang suka buat hal ek? sem ni a.k.a final sem dan sem yang paling banyak nak guna lappy untuk budak-budak kos aku , ramai yang ada masalah dengan lappy masing-masing...  dari awal buka sem lagi semua bising pasal lappy problem...  ada yang not genuine , tak boleh start , skrin pecah dan macam-macam lagi...




yang en. acer pink aku ni pulak keja nak mati je..  asal panas sikit je nak mati padahal aku siap beli kipas baru lagi untuk dia...  yang peliknya dia suka mati bila aku tengok cerita korea online..  tengah best-best layan strong heart kat kshowdrama , masa tu la dia tiba-tiba nak mati... bila layan movie yang ambil dekat kawan-kawan tak ada pulak dia nak mati...  huuhhh...  kan dah nampak tanda-tanda kejelesan dia tu...




erkkk , kalau ikot kan aku dah lama aku tanamkan je en. acer ni...  siap buat tahlil 7 hari 7 malam... amik kau nak mati sangat!


tolong la en. acer pink...  jangan la mati time aku buat tesis...
=_______=





SEGMEN : Follow And Follow

Assalamualaikum...


jam dah pukul 2 tapi mata tak boleh nak tidur lagi...  jom sape-sape yang tak tidur lagi kita join segmen...  tak payah la berangan anak Datuk Seri Ismail Sabri datang masuk meminang kat atas katil tu...  lebih baik kita tingkatkan follower ramai-ramai...  mne la tau boleh sangkut sorang kan??  haha...  niat ada tu!!  =___=




senang sangat kan segmen ni... tak payah karang ayat panjang-panjang macam nak jawab karangan BM SPM....  simple and nice...  ^,^



Mari datang support saya...

Assalamualaikum...


fuhhh fuhhhh fuhhhh...  tiup habuk sikit...  dah berapa lama dah aku tak update pape kat sini...  konon busy padahal bole lagi beli rumah banyak-banyak kat cityville....  dushhh2...  tumbuk diri sendiri... ^,^   memang aku busy la... busy menguruskan program Bicara Bajet 2013 Bangi....  nak tau pe kejadahnye tu tengok sini....




aku jadi pengarah program bagi program ni... tu yang busy sikit tu...   sikit je la busy nye sebab tugas aku just buat aturcara pentadbiran dengan pamplet ni je... masa yang lain dihabiskan dengan bina aset banyak-banyak dekat cityville aku yang sedang membangun tu....







so kepada semua yang tinggal berdekatan dengan UKM Bangi mari la kita sama-sama menimba ilmu dengan datang program ni...  kalau malas nak dengar lama-lama , datang ambil pamplet ni pun cukup la...  penat aku buat design ni yang dah berapa kali kena reject..  dah la lipat 100++ keping pamplet ni sorang-sorang...  jangan tanya kenapa jari aku jadi runcing lepas ni.... 

Tarikh : 5 Oktober 2012
Masa : 9.00 pagi - 12 tengahari
Tempat : Bilik Senat , UKM

Dan yang paling best ialah makan tengahari disediakan percuma....   yeayyy, apa lagi...  mari serbu beramai-ramai......!!





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...