Followers

Laporan Kerja Lapangan


               Pada 19-21 April yang lalu, para pelajar bagi kursus Sumber Tenaga dan Alam Sekitar telah menjalankan kerja lapangan di Lenggong, Perak. Sepanjang program selama 3 hari tersebut kami telah dibawa melawat ke pelbagai tempat seperti Stesen Jana Kuasa Empangan Chenderoh, Muzium Arkeologi Lenggong, gua-gua tapak arkeologi dan tempat pembuatan Labu Sayong di Kuala Kangsar. Selain itu kami turut mengadakan kaji selidik tentang kesan pembinaan Stesen Jana Kuasa Chenderoh terhadap kehidupan penduduk di kawasan sekitarnya.



               Pelbagai manfaat dan ilmu baru telah kami peroleh sepanjang kerja lapangan ini berlangsung. Kami telah melihat sendiri stesen jana kuasa yang membekalkan kuasa eletrik ke seluruh negara, melihat tapak-tapak bersejarah negara, mendapat pengalaman membuat labu sayung dan mendapat pelbagai pengalaman dan ilmu baru. Selain itu kami telah mendapat pengalaman menemubual beberapa orang penduduk kampung untuk tujuan kaji selidik. Pengalaman ini telah meningkatkan kemahiran komunikasi yang ada dalam diri setiap pelajar.



                Secara keseluruhan, aktiviti kerja lapangan ini sangat bermanfaat. Di samping mendapat pelbagai ilmu dan dapat menimba pengalaman, pelajar turut dapat melapangkan minda apabila dapat belajar di luar bilik kuliah.

fieldwork oh fieldwork


dah lama sangat tak update blog akibat kesibukan diri menghadapi sem 4..ceh, ayat tu kalau bole bagi skema lagi..actually hari tu busy sangat dengan program kolej yang berlangsung pada 23-25 Mac iaitu Hari Keterampilan Mahasiswa (HAKERA)..




Dan sekarang ni sangat busy dengan fieldwork..hari sabtu yang lepas baru balik dari filedwork Sumber Tenaga Dan Alam Sekitar kat lenggong selama 3 hari..hari jumaat nanti akan ke Kuantan pulak untuk fieldwork Geomorfologi Pinggir Pantai..n minggu depan pulak ke Cameron Highland untuk filedwork Ekologi Daratan dan Pengurusan Gunatanah..

kalau bab pergi fieldwork memang sangat excited sebab dapat keluar berjalan tapi yang tak seronoknye duit pun kena keluar jugak..adoiii...

cakap pasal duit, sekarang ni saya cewah,guna saya tengah buat 1 business...nak tahu apa businessnye??tungguuuuu~~!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...